CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1444|Reply: 2

Peti Besi Diangkut Perompak, Pingat Kejuaraan Liga Juara-Juara Reece James Lesa

[Copy link]
Post time 17-9-2021 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Pertahanan Chelsea, Reece James kehilangan barang berharga iaitu pingat kejuaraan Liga Juara-Juara dan Euro 2020 apabila kediamannya dipecah masuk.


Kejadian itu berlaku ketika James berada Stamford Bridge bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara menentang kelab Rusia, Zenit St Petersburg, lapor Mirror.




Kredit foto: James




“Selepas pulang dari aksi Liga Juara-Juara, saya dapati perompak memasuki rumah saya. Mereka mengangkat peti besi yang mengandungi barang peribadi saya ke dalam kereta.


“Saya tidak simpan barang kemas dalam rumah, jadi apa yang berada dalam peti besi adalah pingat Liga Juara-Juara, pingat Piala Super dan pingat naib juara Euro 2020," kata pemain 21 tahun itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.


James memainkan peranan besar ketika membantu The Blues muncul juara Liga Juara-Juara malah turut membantu skuad kebangsaan England layak ke final Euro 2020.


James menyeru kepada semua penyokong Chelsea dan England dapat membantunya mengenal pasti individu terbabit.




  



“Semua bukti ada. Pihak polis, penasihat dan pasukan kekal berada di belakang saya kerana kami mempunyai petunjuk siapa yang melakukannya.


“Nasib baik saya tidak berada di rumah ketika kejadian tetapi apa yang saya mahu katakan adalah saya selamat.


“Saya cukup hargai yang saya ada platform untuk memberitahu apa yang berlaku dan saya harap kami dapat menangkap individu berkenaan dan mereka dapat diberikan pengadilan sewajarnya,” katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 04:01 PM | Show all posts
sian dia, gigih eh dorg angkat peti tu. pastu harap2 ada duit, rupanya medal aje. hahahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih..berat tu nmpak dk angkat..sibaik rj ni takde..takut tgk ramai2 gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.347556 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list