Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
8624
View
243
Reply

[Tempatan] 2,500 guru yg enggan divaksin tanpa alasan kesihatan akan diletak di sudut khas ketika sesi persekolahan dibuka 3 Okt ni

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-9-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Guru enggan divaksin diasingkan di kawasan khas
Mohd Zaini Samsu Hadi -
15 September 2021

KUALA LUMPUR – Guru-guru yang enggan menerima suntikan vaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kawasan khas bagi kumpulan guru terbabit akan diasingkan daripada warga pendidik yang sudah divaksinasi serta murid.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti jenis tindakan susulan yang boleh dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

“Menerusi rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan. Angka ini selepas kita tolak jumlah guru yang belum boleh divaksin atas alasan kesihatan.

“Secara umumnya, mereka juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian,” katanya yang turut memberitahu sebarang jenis tindakan terhadap guru-guru terbabit belum dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishamuddin berkata, keputusan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka dibuat selepas mengambil kira aspek kebajikan lima juta murid di seluruh negara.

Ujarnya, ia berikutan keseluruhan murid datang daripada pelbagai latar belakang, selain sudah renggang dengan institusi sekolah secara bersemuka bagi tempoh yang agak lama sejak Mei tahun lepas .

Jelas beliau, keadaan itu dikhuatiri akan memberi gambaran kepada murid bahawa mereka tidak akan kembali menjalani sesi persekolahan secara bersemuka.

Selain itu, katanya, pendekatan membuka sesi persekolahan secara bersemuka dan berperingkat sekurang-kurangnya memberi gambaran baharu selari peralihan ke fasa endemik seperti dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita boleh memilih tidak membuka sekolah dan ia jalan paling mudah. Namun, hakikatnya kita ada lima juta murid daripada pelbagai latar belakang dan renggang dengan sekolah untuk tempoh yang panjang mulai Mei lalu.

“Katakanlah jika kita ambil keputusan untuk menutup sekolah sehingga tahun depan, maka dalam pemikiran mereka (murid) persekolahan bersemuka tak berlangsung hingga 2022.

“Kita secara umumnya akan dapati murid melihat mereka tidak akan kembali bersekolah secara bersemuka selepas tidak boleh hadir ke sekolah mulai Mei lalu,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn bahasa kasarnya....kena pulaukan leteww  harap2 cikgu @dua_chzy sempat cucok
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya yg x vaksin....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
untung gak la..takyah mengajar..tugasan pun nak soh buat apa klu takleh bercampur org lain? dalam 1 sekolah rasanya sorang @ dua je la yg xnak vaksin..so bagi tugas print @ fotostat? Untung gak, buat keje2 PAR tapi dpt gaji 6-7k
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh bayang cigu @dua_chzy dok mengomel sensorang bwh ceruk tangga
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan pasal keselamatan. Ini pasal hukuman kerana menolak produk eksperimen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 15-9-2021 02:04 PM
Takleh bayang cigu @dua_chzy dok mengomel sensorang bwh ceruk tangga

Elok le akak ajar anak2 semut sambil berporom makan gaji buta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 15-9-2021 01:59 PM
Dgn bahasa kasarnya....kena pulaukan leteww  harap2 cikgu @dua_chzy sempat cucok

Korang nampak kan dunia ni dah jadik cemana. So akak nak kena senyum sinis ke cemana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah KKM ngan PDRM musti panas ja baca ni karna meka suma dah beksin be it rela ka idok. Kan @caprut ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-9-2021 02:23 PM
Ummah KKM ngan PDRM musti panas ja baca ni karna meka suma dah beksin be it rela ka idok. Kan @capru ...

Kt skolah cikgu berapa ramai cikgu yg xbeksin? Kalo ade geng leh la sesame ajar ank semut
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-9-2021 02:38 PM
NurAlia14 replied at 15-9-2021 02:26 PM
Kt skolah cikgu berapa ramai cikgu yg xbeksin? Kalo ade geng leh la sesame ajar ank semut


Ada sorang je. Dia takleh vaksin sebab baru bersalin. Doktor tak benarkan sebab masa beranak czer pun hampir mati oksigen turun pi 40. Tunggu 6 bulan baru boleh suntik. Aku pun ada surat laporan kesihatan dari doktor. Aku senyum sinis saja la tengok sandiwara dunia segala ini. Ape guna vaksin ntah jika kena Delta pon boleh mampos. Tapi kalau dah nak paksa sangat aku plan ambik Sinovac je walau orang kata ambik Sinovac umpama tak vaksin kerana antibodi yang dihasilkan rendah dan ko tak protected pon dari varian2 yang kuat daya kasik mampos manusia. Tapi bila KKM kata lagik ramai yang ambik Sinovac mati banding Pfizer, terus aku maseh berpikir dan berpikir dan berpikir.

Majoriti porumer yang dah veksin ni mahu bebas tak nak kena restrictions je. Safety reason bukannya faktor utama pon. Sebab ramai yang ragu2 tapi terpaksa je tadah badan huntok jadik bahan klinikal eksperimen vaksin karna tak mau hilang kerja, hilang kebebasan, etc. Pehtu kutuk2 yang tanak vaksin dengan naratif ummah tak vaksin lebih mudah sebar jangkitan padehal laporan KKM menunjukkan sebaliknya.

Inilah dunia kita kena hadap sekarang. Bertabahlah? Entah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:48 PM | Show all posts
tugas ape lah yg akan diberikan ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-9-2021 03:36 PM
Ada sorang je. Dia takleh vaksin sebab baru bersalin. Doktor tak benarkan sebab masa beranak cze ...

Syok la kaka chazey makan gaji buta nanti sambil ajaq semut berkawad satu satu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti gaji kacau.. sbb core bisnis x buat.. vss kot..mcm forumer ckp ramai lagi graduates x de kerja.. sorang gaji senior persamaan 2 org fresh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 15-9-2021 02:50 PM
Syok la kaka chazey makan gaji buta nanti sambil ajaq semut berkawad satu satu

Khuesnt. Boleh la weol teriak2 semut berkawad satu satu horaaa horeeyyy semut berkawad satu satu horaaaa horeeyyyy bawah tangga nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:00 PM | Show all posts
naya duh...ayat suruh resign cara terhormat tu kot..if dah sampai umo layak perkhidmatan..resign je..dari kena asing gini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-9-2021 02:36 PM
Ada sorang je. Dia takleh vaksin sebab baru bersalin. Doktor tak benarkan sebab masa beranak cze ...

Diskriminasi ini menjatuhkn aku
Reputasi kini menjdi bisu
Dan aku melayu
Di situ
Mengharapkan sesuatu yg baru
Itulah impian chzy
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:06 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-9-2021 02:36 PM
Ada sorang je. Dia takleh vaksin sebab baru bersalin. Doktor tak benarkan sebab masa beranak cze ...

satu soalan yg masih berlegar2 dlm pala hotak iols... kenapa yg vaccinate takut/riso dgn vaccinated?
kenapa perlu dipulaukan cekgu2 ni? utk elak dr apa? utk elak vaccinated terjangkit dr unvaccinated? tp bukankah mereka sudah ada pelindung yg dorg cucuk? vaccinated pun boleh sebarkan penyakit kepada unvaccinated especially murid2... so kenapa nak diskriminasikan yg unvaccinated?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xrela nak ganti kelas yg swngaja xnak vaksin ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 15-9-2021 03:12 PM
dua_chzy replied at 15-9-2021 02:36 PM
Ada sorang je. Dia takleh vaksin sebab baru bersalin. Doktor tak benarkan sebab masa beranak cze ...


Ada lagi ke sinovac?

Katanya dah tak order tapi rasanya klinik swasta byk lagi kot stock.

Harap tak teruk la side effect bila g amik nanti, risau gak ni lawan covid menang tapi kalah plak ngan vaksin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list