CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 595|Reply: 1

Israel Tak Termasuk Senarai Taliban

  [Copy link]
Post time 10-9-2021 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan baharu Afghanistan yang ditadbir Taliban bersiap sedia untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara di dunia kecuali Israel, lapor portal berita Mail Online.


Jurucakap Taliban, Suhail Shaheen berkata, kumpulan itu terbuka untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya ia dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua negara.






Suhail menegaskan kesediaan Taliban untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara kecuali Israel. – AFP




“Dalam fasa pemerintahan baharu ini, sekiranya AS mahu menjalinkan hubungan dengan kami yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan jika mereka ingin terlibat dalam pembinaan semula Afghanistan, mereka dialu-alukan.


“Bagaimanapun, kami sudah pasti tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel. Kami ingin bekerjasama dengan negara-negara lain tetapi bukan Israel,” katanya kepada agensi berita Rusia, Sputnik.


Pada bulan lepas, Suhail telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau ditemu bual oleh stesen penyiaran awam Israel, Kan.


Beberapa jam selepas temu bual itu disiarkan, beliau memuat naik hantaran di Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah ditipu dalam temu bual tersebut.


“Saya ditemu bual oleh ramai wartawan setiap hari selepas kejatuhan kerajaan Afghanistan sebelum ini.


“Sebilangan wartawan mungkin menyamar. Bagaimanapun, saya tidak pernah melakukan sebarang temu bual dengan sesiapa yang memperkenalkan dirinya sebagai media dari Israel,” tegasnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS bolehlah ke sana reramai bantu Taliban. Jangan balik sini lagi pun xpe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Semasa



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2021 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.123393 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list