Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
5074
View
72
Reply

[Tempatan] Dilema suami isteri:Salahkah hamil di waktu pandemik?

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-9-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ada suara sumbang yang mengatakan jika wanita itu hamil ketika pandemik dan dijangkiti, maka itu adalah kesalahan sendiri.

Sesetengah masyarakat mempertikaikan keputusan pasangan yang memilih untuk hamil ketika musim pandemik dan menuduh ibu bapa ini sangat tidak arif tentang perancangan keluarga.

Persoalan yang timbul kini adalah salahkah seseorang ibu untuk hamil ketika ini dan bayi yang dikandung hanyalah sekadar bayi hasil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Menurut Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Prince Court, Dr. Maiza Tusimin, sememangnya kehamilan di musim pandemik digalakkan untuk ditangguh.

Ini kerana terdapat banyak risiko kesihatan terutama bagi ibu dan bayi di saat dunia masih bergelut dengan Covid-19.

Namun begitu, keputusan mutlak pastinya terletak di tangan ibu bapa itu sendiri kerana setiap pasangan mempunyai kisah zuriat yang berbeza.

Kita tidak tahu berapa lama pandemik ini akan berlanjutan dan bagi sesetengah pasangan, faktor usia serta tempoh menunggu mendapatkan zuriat mungkin memainkan peranan.

Nasihat saya adalah jika mahu hamil, maka dapatkan perlindungan vaksin, katanya.

Bagi sesetengah pasangan yang sudah menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata, antara manfaat PKP seperti banyak menghabiskan masa bersama menyumbang kepada faktor kesuburan dan kurang tekanan.

Ramai ibu bapa yang berjaya hamil buat pertama kali sepanjang PKP dilaksanakan selepas bertahun-tahun tidak berjaya.

Ada juga antara mereka yang memilih hamil kerana sudah di tahap umur yang semakin berisiko untuk mendapatkan zuriat.

Pendakwah bebas dan Eksekutif Kanan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin berkata, adalah tidak wajar untuk menggelarkan bayi yang lahir di musim Covid-19 sebagai bayi PKP sahaja.

Anak adalah rezeki daripada Allah SWT yang akan dikurniakan kepada ibu bapa terpilih pada bila-bila masa yang telah ditetapkan, pandemik atau tidak.

Jika hamil di musim ini sangat-sangat memudaratkan, saya yakin Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan khas yang meminta ibu bapa untuk menangguhkan dahulu niat mereka, ujarnya.

Katanya, masyarakat tidak sepatutnya memandang sesuatu perkara itu hanya berdasarkan satu contoh kerana setiap orang itu memiliki kehidupan berbeza.

Satu kematian yang berlaku tidak boleh dijadikan sandaran hukum secara umum.

Keadaan kesihatan Siti Sarah mungkin berlainan dengan semua wanita lain. Tahap kestabilan kandungan dan pengamalan protokol kesihatan beliau juga mungkin berbeza, ujarnya lagi.

Oleh sebab itu, seandainya kita tidak tahu kisah sesetengah ibu bapa tentang usaha mereka berkenaan zuriat, maka sebagai umat Islam, adalah lebih baik kita mendoakan daripada mencela.

Sesungguhnya, daripada hadis Abu Hurairah RA pernah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam.

https://www.kosmo.com.my/2021/09/06/salahkah-hamil-di-waktu-pandemik/
IMG_20210909_081554.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Plan seelok eloknya. Ade mcm2 situasi. Ade yg sebelum ni cuba byk kali tapi xde rezeki sebelum pkp aka covid. Bila pkp, alhamdulillah melekat pulak. Hikmah duduk rumah bagi wanita2 yg ingin menjadi ibu. Pada masa yg smua smua bakal2 Ibu Bapa atau yg sudah mnjadi Ibu Bapa kene fhm dan cakna dgn situasi sekarang. Mcm mne nk handle. Kne sediakan langkah berjaga2 buat kedua2 nya. At least we have tried our best. Cthnya: spenajang mengandung elakkan pergi kemana2 hnya utk necessities and babys checkup. Lepas kluar trus mandi dan sbgai ya. Doa2 semoga Tuhan permudahkan. Aku pun xleh nk ckp lebih Sbb kadang2 bila kita berjaga2 juga tapi orang lain x jaga, tempias kne kat kita jugak. Jadi, buat lah yg terbaik Demi anak dah isteri wahai enche suami sekalian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah pon kalau dah ada plan untuk hadap sebarang situasi musim pendemik ni.. Yang menyampah tu dah tau tak mampu, makan tak cukup, tempat tinggal tak selesa tapi sibuk nak bunting gak.. Alasan anak tu rezeki.. Pastu nak beranak meroyan meraung2 lak laki tak boleh nak teman ape bagai.. Kalau mental tak kuat tangguh dulu laa plan nak beranak tu.. Melainkan memang ko dah train diri ko untuk hadap ape2 kemungkinan yang berlaku nanti dengan hati yang tabah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:10 AM | Show all posts
Uiksaku ni dh jarak 8thn okek bru preggy..dan masa aku plan pun masa tu covid baru puluh2 xmcm skrg
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 9-9-2021 09:05 AM
Tak salah pon kalau dah ada plan untuk hadap sebarang situasi musim pendemik ni.. Yang menyampah tu  ...

Satu lagi tolong lah make sure duit nak pi beranak kat sepital cukup
Iyerrrrrr punya takdak duit, sampai nak pi beranak kat sepital gomen pun tak cukup duit
Mana dgn nak guna duit utk makan harian
Tapi gigih nak mengandung musim pkp ni la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:47 AM | Show all posts
Alhamdulillah, saya lagi hamil 1st trimester. Anak pertama, due date bulan Maret 2022. Suami saya bahagia sekali karena sudah lama pengen punya anak kecil lagi. Anaknya sama madu saya cuman 2 dan lahir di Amerika pas mereka kuliah di sana, setelah itu madu saya mula sakit-sakitan dan ndak mahu hamil lagi. Suami saya sedih banget karena pengen punya banyak anak tapi madu saya menolak. 1 anak tiri saya sudah kerja dan 1 lagi masih kuliah dan mereka akrab dengan saya karena selisih usia yang tipis. Mereka juga senang banget karena bakalan punya adik baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:51 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 9-9-2021 09:53 AM

sape pula yg kata salah
tapi at own risk

2K yg penting dikala ini - kesihatan & kewangan
pikir la panjang2 sikit
jangan esok2 dewasayu yg diseru2

anjat gegel tgk gambo tu
kalo dah melayu terima je la seadanya warna mata
nak jugak kaler kelabu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 9-9-2021 09:34 AM
Satu lagi tolong lah make sure duit nak pi beranak kat sepital cukup
Iyerrrrrr punya takdak duit, ...

X malu pulak tu duit xde pastu nk beranak. 9bulan tuhan bg masa utk usaha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.yg pertikai tu sila hadam concept rezeki dlu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu sensitif nih,masa vc ngan adik iols time raya haji tu dia bitau dia tgh mengalami hamil iols cam taktau nak happy ke nak risau.
Patutnya berita kehamilan ni berita gembira la kan tp musim pandemik dia jd berita yg merisaukan plak.
Tp walau risau iols tetap doakan yg baik2 ja.
Lama gak nak tunggu 9 bulan tu kalo bukan pandemik pun kita risau gak inikan plak skrg ni kan.

So pada mak buyong sekelian semoga yg baik2 aja buat kalian opkos la memasing susah hati khen iols pun takde tips sgt nk bg utk elakkn dprd kena virus pasal iols pun dah terkena dah pun huhuhu tu duk umah je tau ha pon boleh kena ni kan plak mak buyong yg mmg tiap bulan kena g klinik/sepital.

Iols skrg nampak sepital pun dh rasa mcm umah hantu, gigil je berdiri situ rasa semua dinding penuh virus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:27 AM | Show all posts
wahh.. kenapa muka wartawan arina terpangpang besar
ape pon kalau dah rezeki tu buat la persediaan dgn teliti.. sedarhana tapi kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:30 AM | Show all posts
meols rasa isunya ada dua di sini.

1. preggy di kala pandemik yg bakal jd endemik.
mak2 nak preggy kena aware dengan benda ni. kena jaga betul2. meols setuju jah part kena vaksin dulu. protect yourself and the baby. mak2 nak preggy kena ambik step further utk pikior and be ready segala kemungkinan yg berlaku kalau deme dijangkiti covid semasa preggy.

2. preggy di kala covid dengan ekonomi mcm ni
esp kalau anak dah ramai, tp hidup susah, meols harap deme jgnla preggy lagi yach. tambah2 yg suri rumah, lps tu suami keje x menentu di kala covid ni. meols harap deme dpt stabilkan ekonomi n jaga anak2 deme dulu sblum deme preggy. pakaila protection.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahal gambar wartawan sebesar2 alam lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 9-9-2021 09:47 AM
Alhamdulillah, saya lagi hamil 1st trimester. Anak pertama, due date bulan Maret 2022. Suami saya ba ...

ada kami tanya pengalaman tante? tidak bukan?
itu kerna kami ngga berminat mau tau titik!

laki kau memang cari penyakit dah tua2 nak jaga budak kecik haaaa ambik org tua lain enjoying their laif while laki kau kena bancuh susu anak ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:07 AM | Show all posts
samperit replied at 9-9-2021 10:58 AM
ada kami tanya pengalaman tante? tidak bukan?
itu kerna kami ngga berminat mau tau titik!

Ndak perlu bancuh susu Kakak karena bayi saya harus minum air susu ibu (ASI), ndak sanggup kasi susu sapi ke anak saya, karena anak saya itu manusia bukan sapi. Lagian bisa transfer nutrisi dan antibodi saya ke anak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru setahun kahwin hati membuak2 nak ada baby...but at the same time risau nak pregnant dalam pandemik ni...tapi nya dah abis covid nanti pon belom tentu lagi sampai rezeki anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang tak tengok ke dalam movie apokalips etc watak2 movie tu sempat kongkek2 shedap? Perlu ke nak heran jika terlepas sekor 2 sperma masuk ofum membentuk zigot?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu rakyat Palestin perlu berhenti membiak ke semasa perang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-9-2021 11:22 AM
Dah tu rakyat Palestin perlu berhenti membiak ke semasa perang?

Tp x dgr lg diorg meroyan sb laki x blh teman masa nk meneran, keperitann kesusahan bawak perut 9 bln, keperitan duka lara sb pjj...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
bini preknen ms musim covid
lps tu bila bini kene ditidurkan sbb tersedut covid, baby kene dilahirkan awal (pra matang)
pastu bini meninggal sbb oksigen tak cukup....tp anak ko survive.ada ko pikir ke sapa nak jaga baby tu?
takkan nk letak baby tu kat umah ipar duai lak
byk cantik muka ko
ingat org lain takde keje lain ke nak dibuat? ko yg sedap henjut, org lain kene jaga anak ko?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list