Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
3270
View
58
Reply

[Tempatan] Dilema tokey restauran:Pelanggan sambil lewa patuhi sop tika dine in

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-9-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pengusaha kedai makan, Muhd. Ikhwan Muhd. Nordin, 33, yang kini membenarkan pelanggan untuk dine-in di premis nasi berlauknya di Kajang, Selangor turut menyatakan kebimbangannya dengan ancaman Covid-19.

Walaupun kami juga telah lengkap dua dos vaksin, perasaan bimbang itu tetap ada kerana kita tahu vaksinasi bukanlah 100 peratus menjadikan kita kebal daripada virus berkenaan.

Apa yang boleh kami lakukan adalah mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap basuh tangan, katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Muhd. Ikhwan, ada pelanggan yang datang ke premisnya dilihat seperti tidak lagi kisahkan segala SOP yang ditetapkan sebaik melangkah masuk ke dalam premis, lebih-lebih lagi selepas pelitup muka dibuka ketika bersedia untuk menjamu selera.

Muhd. Ikhwan memaklumkan, seringkali kelihatan pelanggan yang bergurau senda mengabaikan SOP, saling bersentuhan termasuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Tindakan sebegini sedikit sebanyak membangkitkan kebimbangan dalam hati para peniaga yang cuba sedaya upaya memastikan premis mereka bebas daripada ancaman Covid-19 selain risiko dikenakan tindakan undang-undang.

Pelanggan yang ingin dine-in harus bertimbang rasa dengan situasi peniaga yang tersepit apabila sudah lama tidak boleh beroperasi seperti biasa dan setelah dibenarkan menerima pelanggan, berisiko pula dikenakan tindakan undang-undang apabila berlaku pelanggaran SOP.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC M. V. Srikumar M. Nair berkata, polis akan berterusan melakukan pemantauan terhadap pematuhan SOP tanpa sebarang prejudis.

Operasi pemantauan dilakukan setiap hari malah dalam sehari jumlah pemeriksaan yang dilakukan boleh mencecah sehingga kira-kira 60,000 premis di seluruh negara.

Kerajaan tetapkan hanya individu lengkap dua dos vaksin sahaja diberi kelonggaran memasuki premis perniagaan tertentu termasuk makan di restoran jadi peniaga harus bertanggungjawab terhadap setiap pelanggan yang masuk ke premis mereka, katanya.

Tambah beliau, jika pasukan pemantauan mendapati terdapat sebarang pelanggaran SOP, tindakan tegas akan diambil tanpa teragak-agak termasuk mengeluarkan arahan agar premis berkenaan ditutup.

Sehubungan itu, pelanggan diseru agar tidak terlalu leka dengan kelonggaran SOP yang diberikan kerana kesannya turut akan ditanggung oleh pemilik premis yang hanya mahu mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Pelanggan harus bijak dan bertimbang rasa lebih-lebih lagi dalam era pandemik yang melanda ketika ini. Jika niat ingin dine-in itu dirasakan mendatangkan lebih mudarat, lebih baik bungkus dan makan sahaja di rumah. Itu lebih selamat berbanding dengan risiko yang menanti.

https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/dilema-boleh-dine-in/
IMG_20210909_080952.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:21 AM | Show all posts
wow..muka wartawan sebesar alam
trying to make a statement kah?

benar lah kan
peniaga ni kang kalau tegur pelanggan
kadang pelanggan tak boleh terima
tak tegur, datang penguatkuasa
peniaga jua kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
1.tampal sop kat kedai cam 'no smoking' tu.
2.pasang cctv....bukti sapa yg langgar sop.
3.tegur pelanggan/pekerja yg 'cuai'...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:10 AM | Show all posts
Kalau susah sangat nak jaga SOP bila dine-in, buat solitary dining macam Jepun lah..
Letak partition siap2.. meroyan balik nanti... hahahahahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:23 AM | Show all posts
berita ni akan di recycle utk 100 kedai yang lain oleh wartawan2 yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun sama..apasal gambar wartawan sebesar2 alam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 9-9-2021 11:50 AM
Ni pun sama..apasal gambar wartawan sebesar2 alam ni

Ingatkan tokeh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-9-2021 11:51 AM
Ingatkan tokeh tu.

Itu lah pasal .ingat pemilik..rupanya wartawan..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu muka inspektor sahab sebesar alam ni muka wartawan plak.
Baik tayang gambar nasi berlauk ada gak kena ngena.

Memasing tgh seksaited lagi tu tunggu la esok dah boleh rentas daerah ntah apa lg depa ni nk buat.
Moga kes tak mencanak naik dahlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan gamba tu si owner kedai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
iols bru kelmarin tengok ada pekerjaa kedai baju kena tengking dek customer sebab pkerja tu nak tgk sijil vaksin tu n suruh tulis nama or scan msj. Dia punya kurg ajorr tu mmg myakitkan ati laaaa wlaupon aq tengok jer bkn aq yg kena tengking.. Apa yg susah tah tnjuk ajer laaa sijil tu ckp elok2.. Nak kata mudaa aq tengok dah tuaa bangkaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:24 PM | Show all posts
x nak ikut sop satu hal..pastu usung anak kulu kilir..gigih la tolak stroller dgn bayi time 2 pandemik camneh....nt jadik apa2 mula la tulis mendayu2 penuh emosi panjang2 kat FB
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 9-9-2021 12:14 PM
iols bru kelmarin tengok ada pekerjaa kedai baju kena tengking dek customer sebab pkerja tu nak tgk  ...

Nak biadap ni tak perlu orang tua atau orang muda kan.... dia belum bertemu buku dan ruas kalau jumpa silap2 sebulan makan bubur  nasi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 9-9-2021 12:14 PM
iols bru kelmarin tengok ada pekerjaa kedai baju kena tengking dek customer sebab pkerja tu nak tgk  ...

eloklah pasang cctv senang nak pantau puak ketegaqa macam ni... kesian kat owner kedai dan pekerja dapat maki free saja
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:16 PM | Show all posts
sian kat tauke kedai n pekerja ... ape yg susah sgt nk patuh sop?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:28 PM | Show all posts


noted with thanks

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 9-9-2021 09:38 AM
1.tampal sop kat kedai cam 'no smoking' tu.
2.pasang cctv....bukti sapa yg langgar sop.
3.tegur pe ...

no smoking tu sekadar jadi tatapan je..peniaga pun xkisah nak tegur, apatah lagi oenguatkuasa nam enforce benda ni

tegur pelanggan ni pun peniaga payah nak buat

iols pnh kena, asap kepul2 iols tgh makan meja sebelah
minta owner kedai tegur, dia mcm reluctant

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:50 PM | Show all posts
wah sekarang wartawan mmh kena tunjuk photo ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kerunai replied at 9-9-2021 01:28 PM
noted with thanks

perlu ke nak tepek gambo dia ni besau2 alam  haha
iols ingatkan ada gosip wan ahmad fahysal rupanya2 gambo wartwan da...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha gambo wartawan lebih menarik utk dikomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list