Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
328
View
4
Reply

MR D.I.Y. syarikat terurus terbaik

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-9-2021 09:17 PM | Show all posts |Read mode

ONG menunjukkan Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia yang diterima syarikat baru-baru ini.

MR D.I.Y. syarikat terurus terbaik

PETALING JAYA – Peruncit pembaikan kediaman terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) merupakan salah satu daripada empat syarikat yang menerima Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat swasta tempatan dengan pendapatan tahunan melebihi AS$25 juta (RM103 juta) atas kecemerlangan organisasi dan sumbangan mereka terhadap industri serta ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, sebagai sebuah syarikat yang rela-tifnya masih muda pada usia 16 tahun, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan ber-kenaan di samping syarikat dan jenama terkenal serta dihormati.

Tambah beliau, kejayaan tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dua kumpulan terpenting bagi syarikat, iaitu 12,000 tenaga kerja MR D.I.Y. dan pelanggan yang telah memberi sokongan padu sejak penubuhan kedai pertamanya pada 2005.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas penat lelah mereka dalam menunaikan janji syarikat untuk menawarkan produk mampu milik di lokasi yang mudah untuk diakses.

“Begitu juga kepada pelanggan yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi sehinggalah kami dapat berkembang kepada 827 buah kedai di seluruh negara.

“MR D.I.Y akan berusaha untuk kekal relevan dalam meme-nuhi keperluan masyarakat dan menyediakan nilai terbaik untuk wang mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia Deloitte Private adalah sebahagian daripada Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Global Deloitte.

Ia menggunakan proses penilaian terbukti untuk mengukur kualiti pengurusan perniagaan dalam bidang termasuk strategi, kemampuan dan inovasi, budaya dan komitmen, tadbir urus serta kewangan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 10:40 AM | Show all posts
DIY ni banyak membantu golongan B40 dan M40 untuk mencari barang yang murah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
i suka cuma upset selalu stock sampai sepah sepah x susun.  Rimas jadinya.... sekali masuk puluh puluh jugakla.. beli entah pape
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 05:03 PM | Show all posts
selain eco, diy ni pun berhantu kalau masuk...
nak beli 1 barang, keluar lebih drpd 1 brg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:22 PM | Show all posts
semlm kluar rm42..apa2 tah beli
masuk nak beli phone holder je ahahaahhah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list