CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2452|Reply: 4

Asal warga tempatan kahwin warga asing je mesti fikir tut besau! - Ramona Zamzam

[Copy link]
Post time 27-8-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode

Ramona terkilan dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia khususnya golongan yang sering menjadikan perkahwinan dengan warga asing sebagai bahan gurauan lucah.

Berhenti mengata wanita kahwin warga asing – Ramona Zamzam

PETALING JAYA – Pelakon Ramona Zamzam terkilan dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia khususnya golongan yang sering menjadikan perkahwinan dengan warga asing sebagai bahan gurauan lucah.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 31, memberitahu hatinya kecewa apabila membaca komen-komen negatif dan lucah yang dilemparkan masyarakat terhadap perkahwinan seorang wanita tempatan dengan warga Afrika.

“Saya kecewa apabila terbaca dalam media sosial mengenai sikap segelintir lelaki tempatan yang menganggap perkahwinan dengan warga asing hanya kerana seks samata-mata.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku pada zaman ini dan tindakan mereka memperlihatkan betapa rendahnya mentaliti segelintir rakyat negara ini,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah pelakon drama Love, Elsa itu, dia juga mempersoalkan mengapa masih wujud mentaliti sebegitu dalam rakyat Malaysia memandang rendah terhadap mana-mana wanita yang berkahwin dengan warga asing.

“Jodoh itu rahsia Allah dan tiasa seorang pun yang pernah memasang impian untuk berkahwin dengan warga asing.

“Di mana rasa hormat terhadap perkahwinan dan hubungan orang lain? Berhati-hatilah dalam setiap bicara dan penulisan kerana semuanya akan berbalik kepada diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia yang merupakan isteri kepada seorang warga Palestin, Rami Alashkar itu berharap agar persepsi negatif tersebut dihentikan kerana bimbang menjadi barah dalam masyarakat tempatan.

Berkongsi tentang bahtera perkahwinannya dengan suami, Ramona memberitahu dia berpeluang mempelajari budaya Palestin serta mencuba pelbagai jenis masakan dari tanah kelahiran Rami.

“Walaupun masih ramai yang memandang rendah terhadap perkahwinan campur tetapi realitinya kami sangat bahagia.

“Kami berpeluang untuk meneroka budaya dan gaya hidup negara lain. Berhentilah berada di takut lama dan bukalah minta untuk terima perubahan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ramona dan Rami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ivanna Alashkar yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cipta gossip sendirike?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
L foreigner P local
yang lelaki nyaa insecure dengan saiz crayon lalu menunjukkan insecurities itu for the world to see.
yang fomfuan mengucapkan tahniah dan dalam diam2 mereka berdoa moga mereka berjodohan dengan jejantz foreigner yang dirasakan lebih baik dari ummah jejantz melei isle.

L local P foreigner
ummah jejantz bersujud sukurrrr kerana umat isle bertambah dan berdoa muka jowo totok mereka dapat jua berjodohan dengan fomfuan mata biru rambut blonde/ atau asalkan putih.
yang fomfuan ada yang mengucapkan tahniah dan ada jugak yang mengatakan ini adalah untuk memperbaiki keturunan dan merasa insecure.

itu sahaja pengamatan iol.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko baru tau ke mentaliti org kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 27-8-2021 09:29 PM
L foreigner P local
yang lelaki nyaa insecure dengan saiz crayon lalu menunjukkan insecurities itu  ...


Pengamatan uols mmg boleh pakai..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056411 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list