Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
86350
View
1154
Reply

[UPDATE #138]Siti Sarah dimasukkan ke ICU,

  [Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-8-2021 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 6-8-2021 11:24 AM


Keadaan Sarah yang masih belum stabil dan berada di hospital kini.

Siti Sarah belum stabil, bernafas guna mesin – Shuib

PETALING JAYA – Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan hingga kini.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okey.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” tulisnya sambil berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah.

Pada hantaran berbeza, pelantun lagu Kesetiaan itu turut memuat naik beberapa foto dalam InstaStory sambil meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya.

“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” katanya.

Petang semalam Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak maut tersebut.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin semalam, namun mengalami batuk dan sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans petang semalam.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2021 06:44 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2021 06:44 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya. Moga cpt sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:51 PM | Show all posts
tak baiknya tajuk.. dah orang tu sakit.. takkan nak lawa2 macam masa naik pentas akhir gegarvaganza.. simpati la sikit, orang tu kena covid, oksigen tengah low, mengandung pulak tu ..doakan dia cepat sembuh dah la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Addrianna at 5-8-2021 06:55 PM

Kau sudah kenapa tt?kau ingat gurauan ke tu atau jadi bahan lawak kah bila kau buat tajuk macam tu? jangan lah jadikan kedukaan orang lain jadi kegembiraan untuk kau.releven kah kau nak buat tajuk macam tu tt?
Try hard sangat lah kau ni tt bnyak buka thread ntah apa2.buat lagi tajuk sensitif sikit untuk orang yang sedang diuji sekarang ni.mangkuk sangat tak ada simpati pada orang lain

Aku doakan kau cepat sembuh siti sarah kesian tengok dah lah tengah mengandung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Amin semoga sembuh segera.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Sarah .x baik ko tulis tajuk cmtu.org tu tgh dalam kesusahan dgn tgh mengandung lagi.semoga cept sembuh ye sarah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga siti sarah cepat sembuh dan anak dalam kandungan selamat

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dah la tgh sarat pregnant... semoga capat sembuh spt sedia kala.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 5-8-2021 07:16 PM

@Raline- Maaf tanya kamu ni perempuan ke bukan? Pernah ngandung? Pernah melahirkan? Nak hencap sarahhhh last last kau yg kena hencap.. sebelum kena hempuk hencap jemaah baik katup sudah.. orang tengah sakit buat bahan mengata pulak. Perikemanusiaaan sensive sikit lahhhh oi. Aper2 jadi dia dalam syahid berjuang bawak nyawa dalam perut.. yg kau bukak ni untuk aib dia dapat aper.....? Btw.. aku bukan kipas mati Sarah aku pun mengutuk jugak kalau retis merapeks..tapi tengok tempat Dan keadaan lah..
Syafakillah buat Sarah Dan anak dalam kandungan. Semoga di permudahkan urusan mereka sekeluarga.  Ameen!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon siti sarah, dh la pregnant kn
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
GWS Sarah..moga mak n baby kuat...sarah pls kuat demi anak2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengap gak tt ni..dah la org tu tgh ditimpa musibah..mana nak hadap hal ayah gelenyar lg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:13 PM | Show all posts
mohon TT atau mod tukar lah tajuk thread ni. Tak sensitif langsung pada perasaan Siti Sarah yg tengah sakit dan ahli keluarga beliau yang tengah risaukan keselamatan beliau, kot2 mereka terbaca forum. Semoga Siti Sarah cepat sembuh dan baby sehat dan selamat dilahirkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertempatlah. Kita berdoa juga yg baik2. Esok lusa kita tak tahu nasib kita dan our loved ones. Kawan2 kita. Tak covid, Allah bagi cancer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. adoii alangkan xsakit pn mmg letih sbb sharing oksigen dgn baby.. ni kan pulak mmg bermasalah nk bfs.. smg ibu & baby sihat ye. Lama dah tak ngandung.. best plak ingat2 bau baby
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:18 PM | Show all posts
@Raline...
Tajuk ko ni skrg mmg cringe la weh.
Mule2 je konon2 terhibur.
X yah la try hard sgt.
Bunyi biadab pun ade dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh..be strong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list