Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1327
View
13
Reply

Nabil Razali Takut Kesihatan Mental Terjejas

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2021 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Terkurung dan terbatas pergerakan melakukan sebarang aktiviti luar pastinya menekan ramai orang pada masa sekarang. Demikian juga yang dirasai penyanyi Nabila Razali, 28, apabila segala aktiviti seninya tergendala sejak beberapa bulan lalu.


Namun begitu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini mengambil pendekatan untuk terus berfikiran positif dan kentalkan semangatnya untuk mengharungi hari-hari sukar. Baginya, dia perlu benar-benar memastikan kesihatan mentalnya terjaga rapi.


Bagaimanapun, Nabila beruntung kerana dia tinggal bersama keluarga tercinta. Akan tetapi, baginya kelebihan itu pun bukan jaminan selamat untuk dia mengelak berhadapan gangguan mental kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.




Foto: IG




Justeru, dia sedaya-upaya melakukan apa saja yang bermanfaat demi memastikan setiap hari-hari dilaluinya dengan bersemangat. Nabila juga mengakui beruntung, dikelilingi insan yang tidak putus membantu memberinya semangat dan ia hal paling disyukuri.


"Kesihatan mental adalah sangat penting bagi saya. Memang sukar untuk lakukan apa jua perkara, jika mental kita terganggu dan kurang sihat. Ada masa, kita juga perlu kosongkan minda, tidak terlalu meluangkan masa menghadap telefon, atau hal lain yang tak menyihatkan


"Sebaiknya, kita perlu pastikan apa yang dilihat dan dibaca memberi kebaikan dan bukannya memudaratkan minda. Tidak dinafikan, sekarang apa juga yang kita ikuti menerusi laman sosial banyak memberi aura negatif.


"Ini berikutan, pelbagai isu hangat sedang diperkatakan dan begitu menekan. Ia akan mengacau kesihatan mental, jadi pastikan apa yang dibaca memberi manfaat kepada kesihatan mental, bukannya buat jiwa kacau," katanya.




  



Disebabkan tiada sebarang aktiviti luar rumah dibenarkan, Nabila mengakui keluarga sajalah tempatnya bergantung untuk menghilangkan rasa bosan. Jadi, dia sedaya upaya membabitkan diri sekiranya ahli keluarga melakukan sebarang aktiviti di rumah.


"Saya tinggal bersama keluarga, serta ada anak saudara yang sering menjadi peneman. Jika saya malas, mereka akan tarik saya untuk mengajar dan bermain, jadi tidak bosanlah saya berkurung dalam rumah.


"Namun ada kalanya memang saya akan memberi ruang peribadi kepada diri sendiri. Maklum saja, bukan setiap waktu kita rasa ingin berteman dan perlu bersendirian juga pada masa-masa tertentu," katanya.




  



Ditemui pada acara santai secara maya, BeauRaya baru-baru ini, dia juga cukup teruja sekali-sekala melepas rindu meskipun menerusi platform sebegitu. Nabila bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah dan Hawa Rizwana berkongsi topik pemerkasaan wanita.


Dalam pada itu, Nabila juga tidak sabar untuk kembali rancak dengan kerjaya seninya apabila kelonggaran sudah dibenarkan kelak. Menurutnya, paling dinanti semestinya perancangan untuk hasilkan lagu baharu.


Lebih menggembirakan, dia sudah memiliki sebuah karya yang baginya begitu mengujakan selepas lama tercari lagu tepat dengan jiwanya. Menurut Nabila, dia berhasrat melancarkan lagu terbabit pada tahun ini juga.




  



  



"Saya sebenarnya sangat seronok kerana akhirnya menemui sebuah karya yang cukup kena dengan jiwa untuk dijadikan single baharu. Sekarang rasanya sudah masanya untuk lancarkan single terkini selepas kali terakhir, Peluang Kedua.


"Jika nak buat album, mungkin masih jauh lagi perjalanan saya. Insya-Allah, cukuplah dapat lancarkan single terbaharu dulu. Saya mengharapkan semoga pendengar terus menyokong single terbaharu saya nanti," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai lagi alami nasib sama dek nab...
hilang kerja hilang rumah hilang family..
cepat2 laa kobid ni berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih kategori untung tinggal bersama keluarga..berapa ramai sejak PKP nie x jumpa mak ayah adik beradik.. perasaan tu x tau la nk gambar kan camne
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko la nab oii kalo jadi mental punnn
Berita sampah betul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:09 PM | Show all posts
Dek Bella, baik ko belajar basuh bilik air tu. Aku ingat lagi dalam interview dlm tv, pernah cuci bilik air tak. Dia jawap sambil mandi sambil gosok kaki sental lantai. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I setuju tu.. Dikbella mgkn boleh cuba buat schedule kemas rumah.. Seminggu sekali tukar cadar, cuci tandas bilik uols, vaccuum bilik 2x seminggu haaa x sempat nk bosan sgt.. Mcm acik2 forum ni byk makin mereput nak wfh smbl jaga anak masing2 makin mental. Dikbella untung blm kawin fikir diri sendiri je perlu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kaknab ni dah kuat mental kot..berkat hasil latihan cercaan dr netizen termasuk forumers Cari sebelum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:28 PM | Show all posts
sheols ni lama lama tengok makin cantik pulakkk.. - bukan karatz
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau taknak sakitmental, jgn byk main social media duk.... Ko mental pon sbb socmed je... Talde bende lain pon
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:58 PM | Show all posts
org ramai pun murung melihat keletah ko.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 05:10 PM | Show all posts
ade ramai lgi yg btol2 terkesan dek
yg btol2 mental probs.. bknnya kes sikit mcm ko pun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol terkesan sbb xde kontent kat socmed je .. luar socmed bosan hidup tu yg bolh keluar statement mcm nie .. byk lagi org terjejas dek nab oii .. ade hri nk keluar lagu bru tu mmg kebal die nie hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai org lagi susah mental terjejas
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 3-8-2021 10:38 PM

Beruang dinosor semua tu kan adoooo
Boraklah dgn depa

Xpun prktis nynyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list