Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
17138
View
219
Reply

[Tempatan] Hartal Doktor Kontrak Siri 2.0 jika jawatan tetap, peluang sambung belajar tak masuk dlm Belanjawan 2022

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-7-2021 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Hartal Doktor Kontrak 2.0 mungkin dibuat jika isu tidak diselesaikan - Sekretariat hartal
Hasimi Muhamad
Julai 30, 2021 17:06 MYT

KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan siri kedua gerakan tersebut selepas penganjuran kali pertama pada 26 Julai lalu.
Sekretariat gerakan itu dalam satu kenyataan berkata HDK 2.0 akan dibuat jika isu tuntutan mereka tidak diselesaikan dan dimasukkan dalam Belanjawan 2022.

"HDK menolak tawaran pemanjangan kontrak selama dua tahun tanpa rancangan yang jelas.
"Kami tetap dengan tuntutan kami dan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan keadilan bagi semua doktor-doktor muda negara.

"Sehubungan dengan itu, kami akan terus memerhati dan telah membuat perancangan HDK 2.0 jika isu ini tidak diselesaikan dan dimasukkan dalam Belanjawan 2022," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sebelum ini, HDK menuntut agar doktor kontrak dilaktik sebagai pegawai tetap dan mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran.

Mengulas lanjut, sekretariat itu berkata pihaknya turut membantah semua ugutan dan intimidasi kepada rakan-rakan doktor kontrak yang diterima sebelum dan selepas hartal tersebut dijalankan.
Jelas gerakan itu, pihaknya akan memastikan janji yang dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil ke atas peserta hartal ditunaikan dan dihormati oleh semua pihak.

Menyifatkan HDK 1.0 sebagai kejayaan buat doktor muda di negara ini, sekretariat hartal menambah isu yang dibawa bukan sekadar untuk kepentingan peribadi doktor, sebaliknya untuk kebaikan sistem kesihatan negara pada masa hadapan.
"Dengan hartal yang telah terlaksana, kami merayu agar pihak kerajaan dapat melihat perkara ini dengan serius dan dapat menangani isu ini dengan segera, tanpa gangguan kepada servis kesihatan negara.
"Kepada rakyat Malaysia tercinta, kami berbesar hati dengan sokongan anda kepada para doktor dan staf kesihatan lain yang melawan pandemik COVID-19 dan mengekalkan kelestarian sistem kesihatan Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan sama, sekretariat gerakan itu memaklumkan pihaknya sedang menubuhkan kesatuan sekerja bagi pihak doktor seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan kesatuan-kesatuan lain seperti di bawah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Terdahulu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:09 PM | Show all posts
rasanya ramai lagi bakal2 dokter yg baru habis belajar dan tgh cari keja

yg mana yg dok keteqaq nak tunjuk hero, kerajaan tolong blacklist derang ni, biar derang meniaga dekat shopee baru tau susah senang nak cari sesuap nasi
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apa igt dlaam malaysia ni doktor saja penting? jawatan lain x penting?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni selesai kalau semua lantikan jawatan  kerajaan kontrak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-7-2021 11:31 PM | Show all posts
Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa Malaysian Medics International (MMI), sebuah kumpulan perubatan tidak berasaskan keuntungan memberitahu sebanyak 33 buah institusi perubatan telah menghasilkan 3,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan 3,000 lagi kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian.

Dengan penghasilan jumlah purata 6,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan kekurangan penempatan telah menyebabkan sebahagian pegawai perubatan ditawarkan jawatan kontrak yang telah mematahkan harapan mereka menjadi doktor pakar disebabkan tiada kawalan dalam penumbuhan institusi perubatan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Pada masa ini sahaja, kira-kira 9,000 orang doktor kontrak sedang menjalani latihan yang mana 4,000 daripadanya diberikan jawatan doktor perubatan kontrak (yang diperkenalkan pada tahun 2016) tetapi melakukan tugasan yang sama seperti doktor tetap atau pegawai perubatan namun dengan gaji atau faedah yang kurang (beza sehingga RM600, gred U41) serta tidak berpeluang menjadi pakar.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
HA LAYAN SANGAT DOKTOR MUDA PEMALAS NI! AMBIKKK
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla Dr amalina tak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:00 AM | Show all posts
Ramai nya.. sampai 6000 orang setiap tahun medical graduate..

So kerajaan nak kena lantik semua tetap ke?

Dah lambakan doktor dalam pasaran, betul lah tu tindakan kerajaan bagi kontrak je. Yang mana betul2 excellent jelah layak diserap tetap.. yang lain kerja lah private. Cuba lah berdaya saing sikit macam graduan bidang lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya masa kau sain kontrak tu dulu gov ada janji ke kau confirm ditetapkan lepas habis tempoh kontrak?? Canalah these people think nowadays. Samalah macam geng upsi grad ramai2 feeling entitled dilantik masuk gomen jadi cikgu. Layak tak layak belakang kira, gila betul mindset camni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Perenggan pertama tu bukan maun lagi eh main ugut2..akhir perenggan merayu jugak untuk didengar permohonan mereka....hmmm...last2 ngaku jugak kepentingan untuk sambung belajar...sambil tu selit la jgak utk kbaikan negara katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 31-7-2021 01:09 AM
Masalahnya masa kau sain kontrak tu dulu gov ada janji ke kau confirm ditetapkan lepas habis tempoh  ...

Dr kontrak kata sayang kebijakan dorang x diguna pakai dan x dihargai gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:42 AM | Show all posts
Harap ada la rezeki doc2 kontrak niklu xde, kena cari peluang lain pula..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:50 AM | Show all posts
sayang org bijak pandai tak dihargai sbb negara miskin
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:02 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 30-7-2021 11:09 PM
rasanya ramai lagi bakal2 dokter yg baru habis belajar dan tgh cari keja

yg mana yg dok keteqaq n ...

Buang jer terus keymark2 semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:04 AM | Show all posts
MissCarcosa9753 replied at 30-7-2021 11:21 PM
Benda ni selesai kalau semua lantikan jawatan  kerajaan kontrak

Takkan sebab budak2 sial baru masuk ni tak sabar, pekerja kerajaan yang lain pulak yang nak kena jadi mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:07 AM | Show all posts
Potpouri replied at 31-7-2021 01:00 AM
Ramai nya.. sampai 6000 orang setiap tahun medical graduate..

So kerajaan nak kena lantik semua t ...

Bidang lain lagi ramai graduate setiap tahun. Tapi takde la dok merempan nak minta jawatan tetap dalam kerajaan. Masing2 pandai bawak diri cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:11 AM | Show all posts
7doors replied at 31-7-2021 02:25 AM
Dr kontrak kata sayang kebijakan dorang x diguna pakai dan x dihargai gituh...

Yang bijak2 takde la merempan terdesak nak kerja tetap dalam gomen. Ini semua jenis bongok2 je tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:12 AM | Show all posts
Tunan replied at 31-7-2021 03:50 AM
sayang org bijak pandai tak dihargai sbb negara miskin

Mana ada negara dalam dunia ni yang ambik semua graduate perubatan masuk kerja tetap dalam kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:13 AM | Show all posts
R2D2 replied at 30-7-2021 11:31 PM
Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa Malaysian Medics International (MMI), sebuah kumpulan perubata ...

Course lain semua pun ada lambakan. Tapi takde la merempan kebulurkan jawatan tetap kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:14 AM | Show all posts
Cik_jantung replied at 31-7-2021 12:55 AM
Bagusla Dr amalina tak balik...

Kalau balik pun takde hal. Yang bagus kita suka. Yang dibenci ialah jenis2 bangang tapi merempan nak jawatan tetap dalam kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list