Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
19571
View
164
Reply

[Tempatan] Penghuni Conezium Residences Putrajaya kecewa kondo mahal tapi keadaan macam flet pprt

[Copy link]

Author: JohnyEnglish       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-7-2021 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 30-7-2021 09:55 AM

kondo.png
PUTRAJAYA: Kediaman selesa dan berprestij sememangnya ida­­man setiap orang sehingga ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang untuk tujuan itu.
Bagi penduduk Conezion Re­sidences, Putrajaya, sebuah ser­vis apartmen bertaraf kondominium mewah, pastinya mengharapkan segala fasiliti dan tahap pembinaan adalah ber­kualiti tinggi dan harus se­timpal dengan kos setiap unit rumah yang dibeli pada harga hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, seperti indah khabar rupa. Walaupun hanya baru mendiami kediaman itu tiga tahun, pelbagai masalah kerosakan berlaku terutama melibatkan fasiliti dan kemudahan awam.
Menurut seorang penduduk kepada Utusan Malaysia yang hanya mahu dikenali Mira, ma­salah utama ialah melibatkan perkhidmatan lif yang gagal berfungsi sepenuhnya sehingga mengundang kesukaran kepada penduduk kondominium berjumlah 32 tingkat itu.

Katanya, daripada lima buah lif dalam satu blok, hanya satu sahaja berfungsi dan keadaan itu semakin sukar lebih-lebih lagi tidak ramai boleh menggunakan lif pada satu-satu masa kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh pandemik Covid-19 ini.
Lebih mendukacitakan, Mira memberitahu, berlaku kebocoran paip pada tangki di bilik wet riser pada Sabtu lalu sehingga berlaku banjir besar bermula dari tingkat 14 sehingga air memasuki kediaman penduduk.

Keadaan itu lebih memburukkan lagi kerosakan lif apabila air memasuki ruang fius elektrik, namun kerja-kerja penyelenggaraan terpaksa ditangguhkan kerana kekangan perintah kawalan pergerakan.
Setiap hari penduduk terpaksa beratur panjang semata-mata untuk menggunakan lif sejak Mac lalu. Ada antara mereka terpaksa menggunakan tangga dan keadaan ini lebih menye­dihkan apabila melibatkan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Pernah juga penduduk terpe­rangkap dalam lif gara-gara sistem terhenti automatik kerana mengesan sistem tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya sejak hari pertama pindah ke sini ke­a­daan lif sudah teruk seperti ke­a­daan di pangsapuri yang berusia 15 tahun, sedang­kan kami beli rumah ini lebih setengah juta, katanya di sini semalam.

Mira berkata, pihak pengurusan kondominium telah membuat laporan polis berhubung satu kes kerosakan lif melibatkan tali pengangkat yang di­anggap kerosakan paling serius sehingga boleh mengancam nyawa pengguna.
Katanya, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat kerana disyaki berlaku ciri-ciri khianat, kecuaian pekerja-pekerja asing dalam membuat pembaikan, syarikat tamak de­ngan sengaja mahu menambah kerja-kerja pembaikan akan datang.

Perkara-perkara sebegini di­syaki mengambil kesempatan aset komuniti untuk kepen­tingan diri sendiri atau angkara khianat yang mungkin mengakibatkan risiko kepada penghuni sehingga boleh menyebabkan ke­matian, kecederaan parah atau terperangkap, katanya.
Mira berkata, pihak pengurusan tertinggi IOI Properties sebagai pemaju perumahan itu pernah turun padang sete­rus­nya memberi jaminan isu kerosakan lif akan diselesaikan pada bulan lalu, bagaimanapun si­tuasi sama tetap berlaku.

Selain itu, katanya, tindakan pihak pemaju yang menempatkan pekerja-pekerja asing di kondominium itu sebagai rumah kongsi juga seolah-olah merendahkan taraf kondominium itu.

Pihak pemaju menyediakan fasiilti daif tidak setaraf harga. Apa prestijnya IOI kalau macam ini kita dapat, katanya.
Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas da­ripada pihak IOI Properties gagal diperoleh sehingga petang ini. C UTUSAN

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:10 AM | Show all posts
kumpul ramai2 cari peguam buat class action lawsuit...

mintak balik kos belian kondo tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:18 AM | Show all posts
Ya tuhan kesiannnya diorang
Ni betul2 pembeli teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu..kondo kat Putrajaya ni tak pasti bawah pemaju mana..husband hampir2 beli..dengan harga rm400k 2 bilik tidur jekkkk. Dah isi borang semua tinggal submit je..baru dia gtau aku..
Confirm la aku tak setuju..apa benda la beli kondo takda tanah harga cmtu bilik tidur 2 je.  Tak berbaloi. Maybe la dia kata untuk pelaburan konon warga asing nak sewa harga mahal2. Tapi aku tak Caya semua tu..ingat senang ke nak maintain sewa dan cari penyewa. Merajuk sekejap..
Last2 beli semi D 4 bilik tidur harga rm350k++ puas hati..usia 3 tahun dah duduk. Nasib baikkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jadahhhh orang beli mahal, dibaginya kondo pprt punya level. pprt pun lebih baik.
not worth 1 mil langsung
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Conezium ni bukan putrajaya..tapi Kajang.
Saja letak nama putrajaya supaya boleu jual mahal2 konon alamat putrajaya ke? Pastu scam pembeli konon kawasan bernilai tinggi


Aku hampir2 nak beli apartment ni. 3 4 kali pergi tengok rumah contoh. Nasib baik tak jadi. Rumah banyak tak laku. Even blok yang dah 3 tahun org masuk pun masih byk tak terjual
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 30-7-2021 10:24 AM
Huhu..kondo kat Putrajaya ni tak pasti bawah pemaju mana..husband hampir2 beli..dengan harga rm400k  ...

Nak sewa kat pekerja asing memang payah tapi kalau nak sewa kat org local yang kerja putrajaya agak senang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:41 AM | Show all posts
Sebab tu la iols mcm trauma gituh nak usya umah high rise
Rela lagi landed tapi tu la landed pon mahal kat selangor ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
lif rosak kena rujuk jmb la. depa yg selia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 30-7-2021 10:40 AM
Nak sewa kat pekerja asing memang payah tapi kalau nak sewa kat org local yang kerja putrajaya aga ...

Tapi sanggup ke bayar sewa mahal..
Macam tak berbaloi dengan yuran maintainen lagi..tak nampak senang disitu..rugi2. harga boleh beli land house why pilih kondo.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:47 AM | Show all posts
memang condo 'mewah' kat lembah klang ni taraf flat yg diupgrade.

ruang rumah yg kecil.

maintenance cost yg tinggi.

dijual mahal sebab 'location'.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 30-7-2021 10:43 AM
Tapi sanggup ke bayar sewa mahal..
Macam tak berbaloi dengan yuran maintainen lagi..tak nampak se ...

Kebanyakkan yang beli kat putrajaya sebb nak jadikan sebagai long term investment. Kalau nak duduk baik beli landed walaupun rege memang kayangan. Kebanyakan beli landed sebb diorg dpt diskaun .jarang aku jumpa beli rege asal

Rege rumah teres putrajaya.boleh beli rumah semi D kat kawasan yang hanya 10km dari sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:04 AM | Show all posts
naina replied at 30-7-2021 10:24 AM
Huhu..kondo kat Putrajaya ni tak pasti bawah pemaju mana..husband hampir2 beli..dengan harga rm400k  ...

husband aku pun hampir beli conezion ni n nasib dia tanya aku...  memang aku tak agree la...  mahal dan tak berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 30-7-2021 10:47 AM
memang condo 'mewah' kat lembah klang ni taraf flat yg diupgrade.

ruang rumah yg kecil.

Ya betol.
Jual mahal Sebb nilai tanah tulah

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 30-7-2021 10:41 AM
Sebab tu la iols mcm trauma gituh nak usya umah high rise
Rela lagi landed tapi tu la landed pon ma ...

U nak beli rumah make sure ada rumah contoh tau. Jangan terpedaya dengan gambar konon moden and kontemporari. Area Selangor ni biasa masalah air la. Macam rumah meol. Jadah apa lah depan rumah ada tangki air. Rupanya memang ada masalah air. Rumah kat Selangor ni mahal ya tapi tak padan dengan harga. Kualiti kurang memuaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 30-7-2021 11:04 AM
husband aku pun hampir beli conezion ni n nasib dia tanya aku...  memang aku tak agree la...  maha ...

Kan..orang laki ni fikir long term lah sangat. Tapi sementara nak long term tu berapa banyak plak habis..sedang family sndri pon kena suap mulut anak. Buat sewa pon tak mungkin blh letak harga sama macam bayar loan. Ghugi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:11 AM | Show all posts
naina replied at 30-7-2021 11:08 AM
U nak beli rumah make sure ada rumah contoh tau. Jangan terpedaya dengan gambar konon moden and ko ...

iol dah putus harapan mencari umah kat area selangor ni semua atas 400k
jadinye iols cari umah dekat area seremban 2 senang skrg ade highway dekat je nk masuk kl
Walaupon agak frust tak jumpe harga yg mampu milik

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:18 AM | Show all posts
kekdahnya nk mengondo ..hakikatnye kepam level flat jah sis

loya...nok ngondo standby la 1800 - 5000 sebulan ..

loyorrrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:18 AM | Show all posts
kesian pembeli.. rumah ratus2 K tapi 1 lif je berfungsi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:19 AM | Show all posts
Edited by nazzse at 30-7-2021 03:23 AM
mikasa replied at 30-7-2021 02:38 AM
Conezium ni bukan putrajaya..tapi Kajang.
Saja letak nama putrajaya supaya boleu jual mahal2 konon ...

patutlah..puas fikir kat mana letaknya..tak nampak lagi bangunan tinggi sampai 32 tingkat ni kt ptrj..rupanya hujung dah..ni tepi ioi city mall tu eh?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list