View: 2028|Reply: 18
|
[Tempatan]
KEBAL UNDANG-UNDANG, Tajuddin dikompaun lagi.
[Copy link]
|
|
Tajuddin dikompaun lagi

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (kanan), hari ini dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di bangunan Parlimen, semalam. - Foto Ihsan Pembaca
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, hari ini dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di bangunan Parlimen, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kompaun dikeluarkan selepas jam 10 pagi tadi, selepas polis mengesan satu gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.
"Siasatan mendapati beliau (Tajuddin) menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.
"Kira-kira jam 2.30 petang pada hari sama, beliau didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, katanya, satu notis kompaun dikeluarkan polis ke atas Tajuddin pada jam 1 tengah hari tadi, dan nilai kompaun akan diputuskan oleh pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD).
Eng Lai berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Menerusi hantaran di Twitter itu, BH mendapati rata-rata netizen mengecam sikap Tajuddin yang gagal mematuhi SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Semakan BH mendapati hantaran di Twitter itu setakat ini diulang ciap sebanyak 6,778 kali dengan 798 komen dan mendapat 9,474 tanda suka.
Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum ini dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan sama sebelum ini iaitu memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di sini, 25 Mei lalu.
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Idak pulak dia kena covid nih, ker dia dah penah kena.. fefeeling kebal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dy tutup mata je bayar kompaun2 ni jgn minta kurang dah laa .. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya otak dia dh bebal tahap gaban la sampai benda simple pun payah nak ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
Serious lah camne dia boleh jd wakil rakyat. Byk sgt perangai memalukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik.. dia pakai mask lutsinar....... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nie bebal ke degil...lebih ke arah bebal nie
|
|
|
|
|
|
|
|
Dun probokprobok |
|
|
|
|
|
|
|
sape la yang bahlol undi dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 27-7-2021 11:26 PM
mohon...tambahan 1sebatan dikenakan selain drp kompaun. |
|
|
|
|
|
|
|
salah.... VIRUS PUN X HINGGIN NK HINGGAP KAT MUKA DIA. sbb tu dia x pkai mask rileks je lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi juga dia lupa.
jangan tak percaya orang tua memang mudah lupa tapi orang muda disekeliling tu pulak takut nak remind.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesalahan berulang sepatutnya dipenjarakan! |
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan ramai warga emas yg di parlimen, mungkin speaker di parlimen boleh remind semua pakai mask di dewan..kalau tak pakai kena keluar ...polis jaga pintu masuk bangunan/dewan bersidang, boleh kompaun kalau tak pakai mask |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke kalo kena kompaun byak kali kena lucut jawatan MP ? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua tua dedulu dok gebang ke anak cucu cicit yg diri kebal lawan tentera jepun komunis semua
Dia ni pulak kalau panjang umo mungkin kan gebang ke cucu cicit yg diri dia kebal dari kobid naitin walau tak gigih pakai facemask macam majoriti rakyat. Sambil tunjuk ke cucu cicit gambor2 & artikel2 dia kena kompaun secara bersiri |
|
|
|
|
|
|
|
knp la at first place lantik dia ni jadi MP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|