Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
15035
View
182
Reply

‘Keluar Malaysia kalau nak berjaya’ – Henry Golding James Bond pertama Asia?

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode
‘Keluar Malaysia kalau nak berjaya’ – Henry Golding James Bond pertama Asia?

  • Oleh MOHD. HAIKAL ISA
  • 26 Julai 2021, 4:40 pm


NAMA Henry Golding kini sedang dipertimbangan untuk mengggalas watak James Bond menggantikan Daniel Craig.

NAMA pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding dikhabarkan menjadi pertimbangan untuk melakonkan watak ikonik James Bond sekali gus berkemungkinan menjadi ‘James Bond Asia’ pertama.

Menerusi filem aksi terbaharunya, Snake Eyes: GI Joe Origins, karya tersebut dikatakan menguatkan portfolio anak kelahiran Betong, Sarawak itu untuk memainkan watak perisik terkenal Hollywood dalam jenama ikonik 007.

Ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Watch What Happens Live with Andy Cohen, Henry menjawab tentang kemungkinan namanya mungkin antara yang berpeluang untuk diangkat menjayakan karakter James Bond.

“Saya rasa mereka (pihak produksi) sedang mencari calon lain dan sudah tentu, mereka yang layak dan berkebolehan ingin sekali terlibat memainkan peranan itu,” kata Henry, 34.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Henry merupakan antara pelakon yang sedang dalam pertimbangan untuk menggalas watak James Bond apabila Daniel Craig ‘bersara’ selepas filem terakhirnya, No Time To Die ditayangkan September ini.

Biarpun belum mengiyakan mahupun menidakkan tentang persoalan sama ada dia akan menjawat peranan tersebut, jelas kelihatan, Henry tidak akan menolak sekiranya ditawarkan peluang keemasan berkenaan.

Dalam gelanggang media sosial, ramai berasa teruja terutama peminat Malaysia dengan berita yang bertebaran itu dan mengharapkan Henry akan terpilih untuk melakonkan watak dambaan ramai pelakon hebat dunia.

“Henry Golding sebagai Bond. Lagi bukti orang Malaysia ramai yang berbakat tetapi perlu keluar dari negara ini untuk lebih berjaya dalam seni,” ciap seorang pengguna.

Terdahulu, beberapa nama aktor hebat dunia seperti Henry Cavill, Richard Madden dan Idris Elba turut dikhabarkan antara calon yang berkemungkinan menyambung legasi tinggalan Daniel Craig untuk filem Bond berikutnya. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak heols british kan? Adalah kaitan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Danial Craig dah pencen ke
Muka Henry jambu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je malaysian yg keluar malaysia baru leh berjaya... Mostly non muslim.. Market sini terhad.. Xda market
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Làlisá at 26-7-2021 12:52 PM
umbut replied at 26-7-2021 10:15 AM
Ramai je malaysian yg keluar malaysia baru leh berjaya... Mostly non muslim.. Market sini terhad.. X ...


Betul tu.. kalau kawan-kawan aku yang ada peluang keluar pun aku galakkan diorang duduk sana.. sebab lebih banyak peluang kat sana dari kat sini.. nanti esok lusa berjaya dan terkenal barulah boleh orang sini terhegeh-hegeh nak claim..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:23 PM | Show all posts
Somehow aku setuju la dengan statement tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-7-2021 05:57 PM
Bapak heols british kan? Adalah kaitan.

So nak buat storyline ala ala James bond dulu ada affair kat luar UK..dan kawin dgn org Asia..pastu dpt anak Pan Asian .so anak Pan Asian ni bijak..terus direkrut oleh M...boleh tak storyline cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahu aku siapa yang nak depa jadikan James Bond ni, depa amat cerewet. Tapi kalau betul, congrats. Sebab kemain ramai Asians dah ada sana, tak berjaya sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu ada betulnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I like Henry... Jambuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
OT sikit la.  James Bond francais ni will never take non white or non british or female dari zaman bapak kita lagi.  Tengok je la  sean connery, roger moore, timothy dalton (phwar hero kaka ni zaman primary school), pierce brosnan sampai la ke daniel craig, ada 2 lagi lupa ah tapi u see semua british and white. Tak tau la if derang akan select henry ni sorry muka too asian lagi marahlah the english folks so I rasa dia setakat nak tunjuk derang tak rasis.  Tapi kalau Bond villain boleh la non white non british or female heheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 26-7-2021 09:36 PM
Setahu aku siapa yang nak depa jadikan James Bond ni, depa amat cerewet. Tapi kalau betul, congrats. ...

Entah nya baik le derang ambil idris elba dr henry ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 26-7-2021 10:11 PM
OT sikit la.  James Bond francais ni will never take non white or non british or female dari zaman b ...

Ada 1 Australian actor pernah jadi James Bond - George Robert Lazenby. Tapi 1 movie aje tak silap. Henry punya bapak british mungkin diaorang can consider kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tak tau lah pasal bond ni tapi betul la apa dia kata.
nak maju, keluar dari comfort zone. sini market rempitan sajork
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Eee macam tak sesuai je. Agaknya dh tkde sangat Asian yg muda sbb tu ambil dia ni. Tk sesuai uwekk
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 27-7-2021 12:54 PM

Kang deme suh ko bogel , sex scene kissing semua .. mampu ke chuolss ... ??
. ( ni aku refer kat pelakon malaysia , bukan si henry kapiaq ni )

Lain la rangga nico saputra ...
Sex scene, kissing, minum arak semua dia balonnn.. wpun islam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 27-7-2021 01:49 PM
Samerosie replied at 26-7-2021 10:13 PM
Entah nya baik le derang ambil idris elba dr henry ni.


Baii amik jason statham jeee ...
Wakakaaka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 27-7-2021 01:10 AM
Kang deme suh ko bogel , sex scene kissing semua .. mampu ke chuolss ... ??



Dia muslim ke kaka??
Baru convert eh, setahu iols partner heols cinta tu yg convert lepas nikah tu pun still nak comolot lam movie

Tapi time pose bukan maen post pic.berterawih khatam quran bagai
#retismsiapunsamajer
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 26-7-2021 09:36 PM
Setahu aku siapa yang nak depa jadikan James Bond ni, depa amat cerewet. Tapi kalau betul, congrats. ...

Betul kan, cam daniel henney tuh bukan maen segak tapi dipandang sepi sajork kat holiwud nun

Henry mmg lucky tul n ofcoz agent dia pandai grab job
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikiko replied at 27-7-2021 02:27 AM
Dia muslim ke kaka??
Baru convert eh, setahu iols partner heols cinta tu yg convert lepas nikah t ...

Hahahah born muslim nico saputra tu,
Dian tu yg christian tegar, and convert masa kawen dgn maulana indraguna ..

Laki dia tu pon minum arak macam xdak apa wpun dah p umrah bagai .. boleh godek posting ig beliau ...


Klu uols google forum indon lama lama
...ada depa citer nico tu p semayang jumaat masa kat uni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list