Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
3249
View
79
Reply

[Tempatan] Tauke durian-Video lambakan durian bukan untuk salahkan sesiapa

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-7-2021 05:55 PM | Show all posts |Read mode
en.png
Larut: "Video itu saya tak bermaksud nak salahkan sesiapa, saya sedikit tertekan apabila lebih dua tan buah durian yang dibeli dari penduduk, tidak terjual." kata peniaga buah, Mohd Firdaus Endut, 41, berhubung video tular baru-baru ini yang mendakwa berlaku lambakan buah durian di premis perniagaannya di Ijok, di sini.

Menurutnya, melalui video itu dakwaannya terhadap pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) tidak pernah datang dan membantunya juga tidak tepat sebaliknya dia mengakui ia terkeluar dari mulutnya secara tidak sengaja disebabkan tekanan dialami akibat masalah itu.

"Masalah lambakan durian yang berlaku pada hari kejadian, disebabkan hari raya haji di mana lebih dua tan buah durian yang dibeli daripada penduduk tidak terjual dan tidak dapat dibawa ke pasaran luar.

"Saya sedikit tertekan. Hanya peniaga buah saja yang tahu macam mana tekanan yang dialami apabila buah yang kita beli dari penduduk tidak terjual, namun selepas video itu tular pihak Fama tampil membantu kami dan membeli lebih tiga tan durian di sini.

"Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan mereka (Fama) sebaliknya kata-kata itu terkeluar secara spontan dan terus tular di media sosial," katanya kepada media selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan video tular itu dan amat berterima kasih kepada pihak Fama atas bantuan mereka sekali gus dapat mengatasi lambakan buah durian yang berlaku di premisnya.

"Setiap hari kami membeli lebih tiga tan durian daripada penduduk sekitar dan akan memasarkannya ke Terengganu dan Kelantan.
"Namun disebabkan musim durian ini berlaku serentak seluruh negeri, kini kami menghantarnya untuk pasaran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja.
"Alhamdulillah dengan bantuan FAMA kini, saya tidak lagi bimbang dengan masalah lambakan buah-buahan yang berlaku di sini," katanya.

Sementara itu, Razman berkata, masalah lambakan yang berlaku di kawasan Ijok sudah selesai dan Fama bertindak membeli lebih tiga tan buah durian di situ untuk diproses dan di pasarkan di Ipoh, Sungai Petani, Kedah dan Selayang, Selangor.

Menurutnya, tiada lambakan berskala besar berlaku di Ijok dan Batu Kurau malah dakwaan kononnya Fama tidak membantu peniaga-peniaga ini adalah tidak tepat.

"Isu lambakan yang berlaku di sini timbul disebabkan musim perayaan dan pemborong tidak dapat memasarkan hasil yang dibeli, malah peniaga yang membuka payung dan meja di tepi jalan juga tidak beroperasi.

"Berhubung dakwaan Fama tidak membantu peniaga sebegini mungkin disebabkan maklumat atau masalah lambakan buah-buahan itu tidak sampai ke pengetahuan mereka.
"Jadi perkara ini sudah diselesaikan dan keadaan di sini masih terkawal," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas aku nak cakap..hal2 durian ni, dulu awai2 musim kemain.. tanggung la..
Memang bukan bro ni, tapi secara umumnya penjual durian ni masa awal2 musim hr tu ek kemain kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:54 PM | Show all posts
rega durian tu sendiri mainkan peranan...duit sekarang tengah payah...org pikir lebih baik berjimat daripada habiskan untuk buah kayangan ni...pandai meniaga pandai la cari pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko jgn la tekan pembeli harga tinggi...tamak nk berjual dgn harga tinggi tu sb x terjual...

Durian ni hari pertama luruh je sedap...hari seterusnya mmg kualiti kurang dan terus kurang..

Durian kg biasa pun yg luruh dari pokok terus dikupas makan sama je sedap dgn durian musang king tu....malah durian paling mahal pun kalau dah 2-3 hari dan berhari2 kualiti terus turun..x sedap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
yeah rezeki Hari nie, dpt daging qurban 2x, ayam sekor + durian kg 3 bijik....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:15 PM | Show all posts
Org tgh berjimat la lahnat

sekilo durian dpt beli beras berkilo2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman beli durian pakai longgok, bukan pakai kilo
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ak perasan durian turun harga dh. awal2 17rm sekilo, skg dlm 4rm sekilo pun ada. ak rs org x beli sbb musim sibuk bervaksin. kn dok berlegar2 khabar angin jgn mkn durian klu amek vaksin.  ak nk beli x sampai ati, mak ak all out ckp jgn beli durian smpai abis tempoh 2 minggu. xkn nk derhaka lak.  so yg antivaks boleh la tlg beli durian. dh jd antivaks xkn bau durian pun x tahan. (btw sape la create rumor jgn mkn durian lps vaksin ni, sabar jela).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-7-2021 07:58 PM
Dah ko jgn la tekan pembeli harga tinggi...tamak nk berjual dgn harga tinggi tu sb x terjual...

D ...

Dia ni kwn sekolah sy..thn lps mmg dia buat untung kaw2 punya..blh kata semua pemilik kebun durian kat kg tu jual kat dia.xde gambar pulak nak share thn lps punya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 22-7-2021 08:21 PM
ak perasan durian turun harga dh. awal2 17rm sekilo, skg dlm 4rm sekilo pun ada. ak rs org x beli sb ...

Skrg kat gombak rm6 skilo..durian kg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 22-7-2021 08:15 PM
Org tgh berjimat la lahnat

sekilo durian dpt beli beras berkilo2

Firdaus ni beli dgn org kg rm2.50 je sekilo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:52 PM | Show all posts
jual longgok la derrrrr
5 biji RM20-30.... baru org beli

klu timbang sorry la.... buat ape wa sedekah duit kat lu org?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 22-7-2021 08:42 PM
Firdaus ni beli dgn org kg rm2.50 je sekilo..

Dia pula jual sekilo berapa?..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:01 PM | Show all posts
aku tahun ni je merasa makan durian puas2..tu pun sebab dapat durian longgok,ada kenalan..kalu tak yg timbang sekilo rm10 - rm15 tu meme tak beli la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh jual tempoyak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
aku mengidam betul durian ni.
bau je dah termimpi2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual durian kampung sekilo rm 7 ramai aje beli...ini sekilo rm10 mmg x de la nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 22-7-2021 11:31 PM

Smlm aku beli 6 biji rm60..sekilo rm6 tp durian kg.dpt free 1 biji..dh nk tutup gerai,aku g lps magrib,kat fb kata tutup kul 7mlm..nsbaik bukak lg..klu x kempunan la.. ngidam nk mkn doyan, mau x tido mlm!puas la mkn,sedap, isi tebal..tp ada lah campor2 yg tawar sikit sebiji, isi nipis sebiji dpt la sebesen..yg x sedap mmg aku nk buat serawa/bubur kacang la..esk Jumaat blh sedekah kat kwn2.tu pon klu rajin la..kalu musang king sebiji isi 2/3 ulas je..kdg2 tu 1 pangsa je ada isi..yg lain kosong.so maknanye sebiji rm45 untuk 2 ulas????hrp lps ni jgn main timbang kilo dh..selama ni korang kerat org x hengat! Sekarang cash la!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:35 PM | Show all posts
Area aku pun dh jual RM7/kilo durian kampung.
Sepeket bkas plastik dia dah jual RM7 hari ni. Kemarin dulu RM10. Durian stok 3-4 hari kut.
buka terus masuk bekas.

Yg lunggok RM30 3-5 biji.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal je mahal. Sekarang dah murah. Puas dah aku makan..sebiji rm3, ada 3 biji rm10 ada 2 biji rm10. Sama jugak rasa sedap durian..pahit2 manis. Tak faham aku orang sanggup beli beratus ringgek. Zaman skrg nak makan durian memang kena sabar..tggu dalam 3,4 minggu je jatuh la harga tu. Gila apa durian kg PON nak jual sekilo rm20. Alasan kampung kawen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list