Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
878
View
2
Reply

Dikompaun RM26,000 Sambut Hari Jadi Ahli Kongsi Gelap

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-7-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Keseronokan 13 lelaki termasuk beberapa individu dipercayai ahli kongsi gelap menyambut hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya, Melaka akhirnya terbongkar apabila kesemua mereka ditahan dan dikompaun sebanyak RM26,000, hari ini.


Kesemua suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.








Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, acara tersebut telah dilakukan pada Isnin lalu, namun terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenainya menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 54 saat, semalam.


Katanya, susulan itu sepasukan pegawai serta anggota daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuat beberapa siri tangkapan di bawah Ops Cantas.


Menerusi klip video tersebut, polis berjaya mengesan kesemua 13 individu yang terlibat dan membuat tangkapan di sekitar negeri ini bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi.


Tindakan kompaun keseluruhan sebanyak RM26,000 telah dikenakan terhadap suspek mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cerdik pandai ambk video bagai kena la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu...sambut dgn bff....at least xde la usung betina mcm set2 diskotik tingkat 2 kajang ittewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list