Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
10751
View
127
Reply

[Tempatan] 'Doktor mula letak jawatan'

[Copy link]

Author: JohnyEnglish       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-7-2021 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xpdckelate at 22-7-2021 09:43 PM

dr.png
luqman.arif@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Petugas perubatan didakwa mula 'meninggalkan' medan tugas masing-masing susulan peningkatan kes COVID-19 dan bebanan kerja sejak lebih 18 bulan lalu.

Berdasarkan kenyataan akaun Twitter, Hartal Doktor Kontrak, sistem kesihatan awam mula menunjukkan tiga petanda utama yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Ia merangkumi lambakan pesakit di hospital sehingga ada individu dijangkiti COVID-19 terpaksa ditempatkan di institut kemudahan kesihatan lain dan peningkatan jumlah doktor yang meletak jawatan serta putus asa.

Berita lanjut menyusul

...........................................................................................................................................................................

Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam, kata kumpulan
PETALING JAYA: Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata, doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya.
Dalam satu kempen media sosial, Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogok pada 26 Julai ini, jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah penempatan tetap mereka.
Wakil daripada Hartal Doktor Kontrak sebelum ini memberitahu FMT, tidak banyak insentif untuk doktor kontrak kekal di perkhidmatan awam dan kekurangan peluang untuk doktor junior mengembangkan kerjaya mereka, sama ada melalui ijazah sarjana atau mengambil pengkhususan.
Doktor meletak jawatan dengan notis 24 jam. Hanya kerana terlalu letih dan tidak boleh bertahan lagi, menurut catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak semalam.



Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar jadual kerja yang menunjukkan seorang kakitangan sudah meletak jawatan. Tiada maklumat mengenai hospital atau kemudahan perubatan yang diberikan.
Terima berita ramai rakan bukan sahaja mengambil cuti kecemasan, tetapi mereka meletak jawatan, menurut pengguna Twitter @mustaphakamal93 dalam catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak.
Jelas mereka kepenatan dan kecewa dengan KKM (Kementerian Kesihatan), kata @mustaphakamal93, yang profilnya menunjukkan beliau ialah doktor sambilan.
Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar surat peletakan jawatan seorang pegawai kontrak Gred UD41 yang berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Notis 24 jam yang bertarikh 19 Julai itu menyatakan alasan peletakan jawatan ialah sebagai pegawai perubatan kontrak, tidak mendapat jawatan tetap, tidak layak mengambil ijazah sarjana dan masa depan tidak jelas.
Satu lagi catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak menunjukkan surat peletakan jawatan seorang pegawai kontrak Gred UD41 yang menyatakan beliau mahu mencari peluang pekerjaan di sektor swasta dan melanjutkan pelajarannya.
Sistem kontrak mengehadkan pegawai perubatan kepada lima tahun perkhidmatan dalam sektor awam, selepas itu mereka perlu ke sektor swasta atau mengambil pengkhususan atas perbelanjaan sendiri.
Lebih 20,000 doktor berkhidmat dengan kerajaan di bawah sistem kontrak, yang diperkenalkan pada 2016 untuk menangani masalah lebihan graduan perubatan.
Dalam wawancara dengan FMT sebelum ini, wakil Hartal Doktor Kontrak berkata atas kertas, kami tentunya boleh letak jawatan kerana kami ialah doktor kontrak.
Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau KKM, kata wakil itu yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun, kami mahu terus merawat pesakit, memastikan orang ramai mendapat penjagaan kesihatan yang mereka perlukan.
Jurucakap KKM ketika dihubungi berkata, isu itu di bawah bidang kuasa Bahagian Sumber Manusia yang dipantau Ketua Setiausaha KKM (Mohd Shafiq Abdullah).
Kami akan memberikan maklum balas selepas mendapatnya, kata jurucakap itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/20/doktor-letak-jawatan-beri-notis-24-jam-kata-kumpulan/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2021 05:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap lelaki dan perempuan berkahwin pndai2 la plan anak. Lmbt laun mmg da tiada sgt subsidi kesihatan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah doc letak jawatan.rkyt dgn gomen pun mcm xreti2 bhs nk trnkan kesss..sesuai...nk mati cobid, nk bunuh diri ke pndi2lah korang nk hidup..ngo pun bnykkk..rasa2 malas nk berdikari cr rezeki ngangkang jer minta bantuannn....esok sakit jantung sesak nafas, sndr cr oksigen sndr psg kat mulut tau...suka kan tgk healthcare collapse? Gembira semua?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh sudah......rawat sendirila nampaknya masing lepas ni...

Ni hari ni x tau lagi bil kematian...jgn 200++ sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 22-7-2021 05:09 PM
Harap lelaki dan perempuan berkahwin pndai2 la plan anak. Lmbt laun mmg da tiada sgt subsidi kesihat ...

Jangan kasik warga asing ramai sangat dok sini juga. Mereka la antara penyumbang beranak macam lipas di tanahair.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tiber jer apa aku tulis aritu(canna kalau frontliner semua berhenti serentak cam mekdi kat us tu)...benar2 berlaku....apabila netizen mempertikaikan alasan penat drng.....so skrng nak amik bangla(yg jual pakaian kat giant,mydin tu semua)ke ganti drng ni semua???()
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-7-2021 05:18 PM
Jangan kasik warga asing ramai sangat dok sini juga. Mereka la antara penyumbang beranak macam lip ...

Itu salah satu. Ujung2 semua benefit rkyat tempatam dorg amek
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:19 PM | Show all posts
caprut replied at 22-7-2021 06:18 PM
Itu salah satu. Ujung2 semua benefit rkyat tempatam dorg amek

beromen halal dengan local terus dapat benefit malaysian tak caya tanya madu jusa c minus friska
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:22 PM | Show all posts
ingat najib 1mdb ingat doctor kontrak 2016. tahniah kami ingat jasa anda bibir pink.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 22-7-2021 06:18 PM
Itu salah satu. Ujung2 semua benefit rkyat tempatam dorg amek

Tu la. Sepital pon penuh orang asing. Dah puas mentekedarah tenaga pakar tempatan, cabot lari tak bayar bil. Orang kita tengok terkulat2 ja nak pi sepital mintak rawatan pon kena bersaing huntok dapat slot!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:24 PM | Show all posts
Ni geng on contract kan dah penat tak ada jaminan mulalah cabut lari
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata mogoknya 26th july...kot baru 22nd dah white flag?

Wat telah happen?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
healthcare no 1 dunia 'kononnya' bakalan collapsed.
lepas ni berduyun doula ambik tempat.
kalau sakit pandai2 berubat sendiri.
doktor bukan lagi pilihan kerjaya anak2 ummah.
Duit dulu before everything else (im looking at you pati).

apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hari2 mengadu penat, berenti je la.. ramai lagi nak kerja...

-geng tak caya kobid
Forum cari..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 22-7-2021 05:16 PM
Eloklah doc letak jawatan.rkyt dgn gomen pun mcm xreti2 bhs nk trnkan kesss..sesuai...nk mati cobid, ...

Kannnn sis..dlm keadaan mcm ni pn masih ada y entitled,xde duit tp nak hidup mcm ada duit..pstu makan nak sedap je,pttnya skrg org mkn utk hidup,,bkn hidup utk mkn daa...tamak haloba,pembaziran makanan bantuan, n many more..dari dulu lg ai sarankn bt survival of the fittest jah..dgn perangai rakyat malaysia (menteri2+marhaen) mcm ni,mmg xkn dpt bendung lah...alahaiiiiii~
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 22-7-2021 05:08 PM

Faham perasaan yang keja masa pandemik ni..

Penah keja masa H1N1 dulu..

Penat giler macam nak meletup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih sangat dh tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-7-2021 06:22 PM
Tu la. Sepital pon penuh orang asing. Dah puas mentekedarah tenaga pakar tempatan, cabot lari tak  ...

Sakit penyakit brjangkit free. Dorg yg bwa bala. Dorg dpt benefit free
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Doc Malaysians ramai kt overseas bolehla dipanggil balik berbakti kepada pertiwi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list