Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
1591
View
28
Reply

[SEJARAH] Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL sudah tidak asing lagi di Nusantara ini.

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-7-2021 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL sudah tidak asing lagi di Nusantara ini.

Namun, terdapat kekeliruan di sebalik sejarah sebenar lahirnya kicap tersohor itu.
Seringkali kita dengar kejayaan Kicap Cap Kipas Udang dikaitkan dengan Haji Lambak bin Mohamed dari Johor yang dikatakan adalah pengasasnya.
Haji Lambak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Larkin Jaya (Johor) pagi 22 Jun 2020 dalam usia 100 tahun.



Namun, sejarah yang tepat berkait isu siapakah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang itu terletak pada jenamanya - HABHAL.
HABHAL itu sendiri adalah pengasas sebenar kicap tersebut.

HABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif.

Haji Ahmad adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara.

Beliau merupakan anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi.

Syeikh Abdul Latif adalah seorang tokoh alim tersohor di Nusantara. Beliau banyak berdakwah di Singapura dan Melaka, bahkan mempunyai syarikat percetakan Latifiah Press di North Bridge Road yang beroperasi dari tahun 1920 hingga 1939.

Haji Ahmad lahir di Tengkera (Melaka) pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura.

Pada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang.

Maka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di rumahnya di Jalan Mangga (Kampong Ubi).


Selepas Haji Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa'adiah binte Buyong.

Pada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) di bawah syarikat Jalil Enterprise.

Pada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana (Johor) sehinggalah ke hari ini.

Begitulah sekilas sejarah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL yang juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, 'Mahmood Kicap'.

#kreditJejakWarisanSingapura
#PeristiwaNSejarah



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk orang kita yg bertahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat filem autobiography mesti best.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah jangan bagi sesapa upgrade ke modify resipi kicap ni. Rasanya dah memang sebati kat tekak dari kecik.
Aku sampai sekarang sakit hati sos cili aminah hassan dah tak nampak kat market. Tu jela satu2 nya sos cili yang aku suka dari jenama2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:13 AM | Show all posts
aku mmg tk beli kicap ni.harga kayangan. pastu aku tk suka cap besi dia tu.meleleh2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 22-7-2021 01:13 AM
aku mmg tk beli kicap ni.harga kayangan. pastu aku tk suka cap besi dia tu.meleleh2

Same reason dgn i.
Tp hrga dia mmg mhl btol eh. Jauh beza dgn jalens
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku makan kicap ni awal 80an. Dulu manis sikit. Rasa dia berubah sekitar tahun 2000. Terus tak memenuhi palet selera kitorang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cap cap cap cap Kipas Udang
Lepas makan, kita berkipas
Gitu aku menghafal lagu iklan ni kt TV.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
lama bertahan
jenama zaitun da xde da..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:05 AM | Show all posts
helicornia replied at 21-7-2021 05:13 PM
aku mmg tk beli kicap ni.harga kayangan. pastu aku tk suka cap besi dia tu.meleleh2

aku kicap ni je boleh terima.. lain tak pekat & tak rasa meresap masuk ke nasi tu..
tahan je la wlpun rega kayangan. Beli botol besar tahan lama la jgk...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:14 AM | Show all posts
xde la kayangan mana pun hrga dia tu.rm5.90 ja botoi kecik tuh.kata #BMF
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:18 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 22-7-2021 12:54 AM
Tolonglah jangan bagi sesapa upgrade ke modify resipi kicap ni. Rasanya dah memang sebati kat tekak  ...

ada lagi kan..tapi tak meluas dah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:32 PM | Show all posts
Sedap kicap ni,lama dah guna.Pernah guna Jalen juga warna kuning punya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-7-2021 11:18 AM
ada lagi kan..tapi tak meluas dah..

kat market sekitar rumah aku dah memang tak nampak da sos aminah hassan. sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Habhal nie harga agak kayangan ..so biasa guna jelen warna oren beli saiz 2 liter which kalu habhal dapat beli botol 500ml
Rasanya macam ada nampak sos aminah Hassan tapi jarang2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-7-2021 07:34 AM
Cap cap cap cap Kipas Udang
Lepas makan, kita berkipas
Gitu aku menghafal lagu iklan ni kt TV.

Iols pun hapal benda sama..

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 01:32 PM | Show all posts
Macam dah pernah ada je thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 22-7-2021 12:54 AM
Tolonglah jangan bagi sesapa upgrade ke modify resipi kicap ni. Rasanya dah memang sebati kat tekak  ...

iols tgok haritu kt kedai ramly ade jual sos aminah tu..tpi x beli lah..dlu fmily ktorang mmg guna kicap aminah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 24-7-2021 08:18 PM
iols tgok haritu kt kedai ramly ade jual sos aminah tu..tpi x beli lah..dlu fmily ktorang mmg guna ...

memang feberet sos aminah tu tapi radius km tempat iols dah memang bertahun takde. banyak dah jenama fav iols dari kecik dah bertukar resipi. Maggi tomyam tu salah satu. Yihhhh rengsaaaa dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kicap cap kipas udang pun harga dah melampau lampau, mencikkk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list