Juara Gegar Vaganza 2019 Naqiu tidak menyangka lamaran Nabil Ahmad ketika di dalam tandas untuk membintangi filem arahannya benar-benar menjadi realiti.
Kata Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, lebih mengharukan apabila dia turut diangkat sebagai hero filem Mat Bond Malaya.
"Seingat saya, ketika itu kami masih dalam program Gegar Vaganza beberap atahun lalu, kemudian Nabil menawarkan saya untuk berlakon filem arahannya.
Kredit foto: IG Nabil/Naqiu
"Kata dia, Tok Ram (Datuk Ramli MS) pun ada berlakon. Nak dijadikan cerita, ketika itu pun Tok Ram ada sekali, dia offer depan tok guru saya. Katanya, Tok Ram yang serius itu pun boleh berlakon jadi kelakar.
"Saya tak pernah terfikir pun nak berlakon filem apatah lagi menjadi hero. Jadi, saya sahut cabaran itu dan saya bersyukur dibimbing Nabil dengan baik. Sekurang-kurangnya saya dapat belajar sesuatu," katanya pada sesi virtual sidang media Mat Bond Malaya baru-baru ini.
Sebagai orang baru dalam bidang lakonan, Naqiu enggan mengambil peluang yang diberi sambil lewa.
"Saya nak belajar dan nak melakonkan watak yang memberi impak. Saya sendiri sebenarnya mengagumi Nabil, semua benda dia boleh buat, apa saja yang dia tak boleh?
"Cabaran ini sesuatu yang baru bagi saya. Di sini, saya baru mengenal apa itu watak dan karakter. Lucu, tapi ketika dalam set, Nabil seorang yang serius bekerja dan memang kami tahu apa yang dia mahukan," ujarnya.
Filem aksi komedi ala penyiasatan itu merupakan filem pertama lakonan Naqiu dan filem sulung arahan Nabil.
Mat Bond Malaya yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon cantik Elizabeth Tan mengisahkan seorang lelaki biasa bernama Mat berangan menjadi seorang ejen perisik di tempatnya bekerja iaitu di bangunan M6, tetapi selalu saja tidak kesampaian.
Suatu hari dunia digemparkan dengan serangan virus zombie dan menjangkiti ramai orang termasuk ejen-ejen di bangunan tersebut serta wanita pujaan hati Mat, Bondi.
Mat tiada pilihan lain melainkan dia perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus itu merebak ke seluruh dunia.
Mat Bond Malaya akan ditayangkan di Astro First bermula 20 Julai ini.
mohtip dalam tandas? ko masuk tandas sama2 ke? ko guna cubicle kencing berdiri tu sebelah2 ke? ko bawak talipon masuk toilet ke? tangan tu basuh ke tak?