CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 898|Reply: 12

Tahniah, Pocket Rocketman Kita Dah Bergelar Datuk!

[Copy link]
Post time 19-7-2021 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mendapat suntikan moral terbaik sebelum memulakan kayuhan dalam Sukan Olimpik Tokyo selepas dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran Datuk, semalam.




Kredit foto: IG Azizulhasni




Pelumba kelahiran Dungun berusia 33 tahun yang terkejut menerima berita gembira itu mengakui anugerah itu di luar jangkaannya selain tidak pernah bermimpi untuk mendapatkan gelaran itu.


Namun Azizulhasni yang digelar 'The Pocket Rocketman' dan bakal berangkat ke Tokyo pada 25 Julai ini menyifatkan anugerah itu satu pengiktirafan tertinggi buatnya selepas lebih 15 tahun terbabit dalam sukan berbasikal.


"ertamanya, rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, kerajaan negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), serta semua orang kuat yang berada di depan dan belakang tabir termasuk pihak media yang menyokong sejak awal pembabitan saya dalam sukan berbasikal ini.


"Tambahan pula, saya adalah atlet Olimpik pertama kelahiran Terengganu yang mendapat gelaran itu, sudah pastinya begitu gembira dan rasa bertuah.


"Terus terang saya terkejut mendengar berita ini. Pada mulanya saya tidak percaya malah menyangka ianya sebagai gurauan daripada rakan-rakan dan sahabat media kerana berbaki seminggu lagi sebelum saya bertolak ke Jepun.


"Namun, selepas diyakinkan beberapa pihak saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama Sultan Terengganu selain tidak menyangka gelaran itu adalah betul berlaku dan bukannya gurauan," katanya ketika dihubungi.


Mengulas lanjut, Azizulhasni yang bakal turun ke gelanggang dalam acara pecut pada 4,5 dan 6 Ogos dan diikuti acara keirin pada 7 dan 8 Ogos, menyifatkan gelaran itu mampu membakar semangatnya untuk memburu pingat emas pertama buat negara dalam sejarah.




  



"Sudah pasti gelaran itu menyuntik lagi semangat saya untuk merealisasikan impian negara memburu pingat emas pertama dalam temasya terbesar dunia itu.


"Namun, saya memohon doa daripada seluruh peminat di negara ini agar saya mampu beraksi dengan baik sambil mendoakan seluruh kontinjen negara bebas daripada sebarang masalah termasuk pandemik COVID-19 yang sudah tentu dibimbangkan semua," katanya.


Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pejabat Sultan Terengganu hari ini, pelumba yang pernah meraih pingat gangsa dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 itu tersenarai antara 10 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk.


Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Isa @ Ghazali Endut berkata, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuatkuasa semalam.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:29 AM | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah, semoga meneruskan kecemerlangan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah... dpt gelaran ats pencapaian membanggakan negara
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. setuju figura2 sebegini yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:52 AM | Show all posts
tahniah... rare anak muda dpt pencapaian mcm ni.. semua kejarkan famous tanpa membanggakan.. lagi-lagi dlm socmed masing2 tunjuk aib/bodoh dulu nak berjaya & kaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:53 AM | Show all posts
tahniahhh nampak kat tv td..
ok ler tu sebab byk berjasa harum kan nama negara dlm bidang dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg layak. Tahniah Datuk Azizulhasni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah. terima kasih sntiasa harumkn nama negara
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:21 PM | Show all posts
Tahniah sebab ramai pihak & MB sekarang ni realize sumbangan dia pada negara. Kalau ikut MB lama dulu buat bodo aje malah perlekehkan lagi usaha dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:27 PM | Show all posts
Tahniah Datuk Azizulhasni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 12:46 PM | Show all posts
As of yesterday, aku dengar dia disenaraikan sebagai salah seorang penerima darjah kehormatan oleh Sultan Terengganu yg membawa kepada gelaran Dato'.

Pagi ni dah dengar dlm radio, orang dah address dia sebagai Dato'

Tunggulah sampai dah betul2 terima darjah kehormatan tu... barulah address dia sebagai Dato'

(setuju dia mmg patut terima darjah kehormatan tu, cuma tunggulah sampai official...)
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 02:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah.

Ngah doakan semoga dapat bawa pulang emas dari Tokyo. You can do it!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
congratssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Semasa



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.109539 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list