CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5523|Reply: 18

Isteri Shuib bagi amaran 48 jam jerrrkkk

 Close [Copy link]
Post time 15-7-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
'Saya bagi masa 48 jam! Jika tidak...'





Kuala Lumpur: Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah memberikan tempoh 48 jam kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'dropship' perniagaan yang diusahakan penyanyi itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menipu orang ramai.

Susulan itu, Siti Sarah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang diwakili pegawai pemasaran Loveta Sdn Bhd.

Ia selepas pihaknya menerima beberapa mesej peribadi daripada pelanggan di Instagram rasmi LovetaHQ yang masih belum menerima produk dibeli daripada individu yang mendakwa sebagai 'dropship' kepada syarikat miliknya.

Siti Sarah atau mesra disapa Sarah berkata, dia berasa terkilan dan marah apabila ada pihak sanggup mencemarkan nama baiknya dan melakukan perkara tidak bermoral itu.

"Ketika diberitahu oleh pekerja mengenai kejadian yang berlaku ini, saya terus memintanya untuk membuat laporan polis. Bagi saya, apa yang dilakukan wanita ini adalah satu kesalahan yang besar kerana sudah memburukkan nama baik saya.

"Wanita ini dikatakan cuba berdolak-dalik dengan pelanggan yang sudah membeli produk saya sedangkan pihak kami tidak menerima sebarang pesanan daripada 'dropship' ini. Saya ingin tegaskan dia bukan 'dropship' kami. Setakat ini sudah ada empat pelanggan yang tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli daripada wanita ini.

"Justeru saya memberi masa 48 jam untuk wanita ini selesaikan masalah yang dilakukan dan perlu membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan atau tindakan lebih keras akan diambil. Pihak saya ada cuba menghubunginya selepas laporan polis dibuat tapi belum ada sebarang maklum balas," katanya dalam satu sidang media tergempar yang diadakan secara virtual, petang tadi.

Menurut Sarah, dia tidak menjangka apabila niat baiknya untuk membantu orang lain menjana pendapatan tambahan bertukar menjadi satu platform untuk melakukan penipuan atau 'scammer'.

"Saya usahakan perniagaan Loveta dan Ratasya ini adalah untuk membantu orang di luar sana menjadi dropship atau ejen saya. Saya sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata nak ubah nasib mereka tanpa perlu keluar modal yang besar.

"Saya tekad menjalankan perniagaan ini kerana ada permintaan serta nak kongsi rezeki. Saya tak pernah terlintas yang orang akan gunakan saya untuk jadi 'scammer'.

"Kesabaran saya ada batas. Melihat keadaan sekarang ini ramai yang susah nak makan dan cari duit, tiba-tiba terima berita ada individu yang tergamak menggunakan perniagaan saya untuk menipu orang lain.

"Selama ini orang fitnah saya macam-macam saya diamkan diri tapi tak sangka ia seolah-olah memberi keseronokan kepada orang. Sudah tiba masanya untuk saya lebih tegas kerana saya buat perniagaan ini bukan untuk aniaya orang tapi nak tolong mereka yang benar-benar nak ubah nasib hidup," katanya.

Dalam masa sama, Sarah menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu ujian namun kali ini tidak akan berdiam diri.

"Selagi hidup kita tidak akan terlepas daripada perkara buruk, tapi belum sampai tahap tertekan dengan apa yang berlaku.

"Cuma saya sangat sedih dalam keadaan sekarang perkara ini terjadi. Saya rasa orang sekarang tidak semampu sebelum pandemik Covid-19. Bila ada orang yang sanggup membeli, kita jangan aniaya mereka.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 buat biz sbb nak tlg org. Pakai la MO lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 09:52 PM | Show all posts

SITI SARAH membuat satu laporan polis berhubung penipuan individu yang menyamar sebagai ejen jualannya.

Sabar saya ada had, tolong bayar ganti rugi – Siti Sarah

PETALING JAYA – Penyanyi juga usahawan popular, Siti Sarah memberi tempoh selama 48 jam bermula hari ini kepada seorang wanita untuk tampil ke depan bagi menyelesaikan masalah berikutan aktiviti penipuan yang dilakukan sehingga menjejaskan nama baik perniagaannya.

Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu berkata, wanita terbabit dikenal pasti telah menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai ejen ‘dropship’ dan mengambil bayaran daripada pesanan pelanggan yang telah membeli barangan jualan syarikatnya, Loveta Sdn. Bhd, namun tiada penghantaran barang dibuat.

Susulan itu, Sarah telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang diwakili Pegawai Pemasaran Loveta Sdn. Bhd. Sarah berharap, dalam tempoh 48 jam yang diberikan, individu terbabit turut melakukan permohonan maaf kepadanya.

Ujar Sarah, pihaknya telah menerima beberapa kiriman mesej peribadi daripada pelanggan menerusi akaun Instagram rasmi, LovetaHQ yang mengadu masih belum mendapat produk yang dibeli daripada individu terbabit walaupun pembayaran pra pesanan (preorder) telah pun dibuat.

Sarah berkata, kes sebegitu membuatkan dia berasa terkilan dan marah apabila nama baiknya dan perniagaan yang diusahakan terjejas gara-gara penipuan.

“Saya dimaklumkan tentang penipuan tersebut semalam oleh pekerja dan terus memintanya untuk membuat laporan polis. Bagi saya apa yang dilakukan oleh individu terbabit, dipercayai seorang wanita itu adalah satu kesalahan besar kerana melakukan penipuan.

“Difahamkan, wanita terbabit telah meminta bayaran pra pesanan daripada pelanggan untuk membeli produk saya, sedangkan pihak kami tidak menerima sebarang pesanan masuk daripada pihaknya.

“Setakat ini sudah ada empat pelanggan yang tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli walaupun bayaran sudah dibuat. Pihak saya cuba menghubunginya selepas laporan polis dibuat semalam, tapi masih belum ada sebarang maklum balas daripada individu terbabit,” jelasnya dalam satu sidang virtual, sejali gus menjawab teka-teki ramai tentang satu laporan polis yang dibuatnya semalam.

Dalam sidang media sama, Sarah berkata, dia tidak menyangka apabila niatnya untuk membantu orang lain menjana pendapatan bertukar menjadi kes penipuan atau scammer.

“Niat saya untuk membantu individu lain menjana pendapatan tambahan. Kesabaran saya ada batasnya. Sekarang ini ramai yang susah sehingga hendak makan pun tiada duit. Tiba-tiba terima berita ada individu menggunakan nama perniagaan saya untuk menipu. Kesabaran saya ada batas.

“Kini sudah tiba masanya untuk saya lebih tegas kerana saya buat perniagaan ini bukan untuk aniaya orang tapi nak tolong mereka yang benar-benar nak ubah nasib hidup,” katanya. -K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal yg buat bisnes, dh macam ayat wajib 'sebab nak tolong orang, nak tolong ubah taraf hidup etc' padahal nak cari stokis, dropship pun utk 'tolong' dia balik. Lagi naya kalau stokis, modal keluar bukan sikit, barang x jalan, last2 kambus belakang rumah yg tetap kaya founder.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:08 PM | Show all posts
chuckyjah tan?



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 01:51 AM | Show all posts
Ko cakap kt diri kau sendiri ke?
Ko kuarkan produk kecantikan, tapi ko ialah x cantik pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2021 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
erkkkkk okay
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 15-7-2021 10:53 PM
Xde yg buat bisnes nak tolong org



btul sgt haha
cuma win2 situation cuma most retis produk timbang kilo letak brand jah… takyah berangan la ade rnd bagai.. ade modal 10k cukup.

lain la mcm produk simplicity tu… to tgk la produk tu mcm mana haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 08:18 AM | Show all posts
emmmm...

betul2 terjadi atau saja strategi marketing
hahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:55 AM | Show all posts
haruslah replied at 15-7-2021 10:53 PM
Xde yg buat bisnes nak tolong org

ntahnya......dropship yg tungkus lumus kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 10:01 AM | Show all posts
Loveta?

nama kedai pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 02:16 PM | Show all posts
madu dia apa cerita?drop di outlet kami cukup bulan kami resent madu tu sebab slow moving item
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Heavy nya shading ko dek, lepas solat tepek shading ka atau solat suma postponed ke isya? Malas nak komena sal berita sebab depa dua laki bini jer betul
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
wekkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 07:09 PM | Show all posts
slyfynx replied at 16-7-2021 01:51 AM
Ko cakap kt diri kau sendiri ke?
Ko kuarkan produk kecantikan, tapi ko ialah x cantik pun

cantik nya bahasa kau.... aku dah screenshot ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 07:12 PM | Show all posts
Raline replied at 9-8-2021 07:09 PM
cantik nya bahasa kau.... aku dah screenshot ni...

Yes, mmg aku salah mase tulis camni.
And aku sendri dh DM die mase die mule2 sakit.
What seems to be your problem?
Baru kene tegur tajuk x sesuai terus bitter sepanjang zaman.
At least aku ngaku aku salah weh.
And x tunding jari ke orang lain.
So what next?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
omg dasyatnye mulut2 korang sblm arwah mninggal..astaghfirullahalazim
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Close......orangnya dah jadi arwah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 07:16 PM | Show all posts
slyfynx replied at 9-8-2021 07:12 PM
Yes, mmg aku salah mase tulis camni.
And aku sendri dh DM die mase die mule2 sakit.
What seems t ...

kahkahkahkah.... dekk tajuk tu x mencerminkan penghinaan, mahupun gurauan. Dan ada beza mmg dia, busuk hati dan sedang bekerja... lagi pun tajuk asal berita ada dlm tu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:24 PM GMT+8 , Processed in 2.682629 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list