CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 819|Reply: 3

Lepas Tembakan Sebab Dihalang Lawat Isteri & Anak Dikuarantin

[Copy link]
Post time 1-7-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri.


Menurut laporan The Nation, kejadian itu berlaku pada 7 pagi Selasa (waktu tempatan) di hotel, yang digunakan sebagai ASQ untuk individu yang berisiko dijangkiti COVID-19.




Gambar hiasan




Lelaki itu dikatakan membawa buah tangan, durian untuk isteri dan anaknya, tetapi dihalang oleh seorang pengawal keselamatan kerana semua pelawat dan durian tidak dibenarkan di premis hotel.


Dia yang berang, meninggalkan lobi hotel dan kembali kira-kira 15 minit kemudian dan cuba memasuki lif tetapi dihalang seorang pekerja hotel. Lelaki itu terus mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah tingkap.


Bagaimanapun, polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah ladang ternakan ayam dan dia ditangkap pada petang Selasa.


Suspek dikatakan turut menembak seorang pekerja di ladang tersebut sebelum ditahan. Pekerja itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Polis turut merampas sepucuk revolver .38 dengan lima butir peluru dan pistol 11mm yang mengandungi enam peluru, lapor The Nation.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpasal2 xdpt jumpa da langsung anak bini sbb da masuk penjara..
Lama xgi krabi huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:31 PM | Show all posts
Bahaya bila senjata api mudah diperolehi dan digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 07:44 PM | Show all posts
sudahnya masuk jail hasil otak tak panjang. haih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097706 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list