View: 1715|Reply: 4
|
Shima Anuar 'Highland Tower' nak bantu orang susah katanya...
[Copy link]
|
|
Shima Anuar nak bantu orang susah

SHIMA Anuar
Kuala Lumpur: Tertekan dan sedih dengan berita kesusahan ramai akibat penularan Covid-19, pelakon Shima Anuar, 30, memulakan inisiatif sendiri mengumpul dana bantuan menerusi penjualan seluar palazzo.
Shima berkata, wang hasil jualan pakaian itu akan digunakan membeli barangan rumah untuk disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan.
"Saya turut tertekan dan sedih apabila rakyat kita semakin dihimpit kesusahan. Setiap hari tengok berita, hati saya cukup sayu mengenangkan nasib mereka yang susah.
"Jadi, saya mulakan inisiatif sendiri ini. Agak mengejutkan juga apabila ia mendapat sokongan luar biasa. Buat masa sekarang, sudah 36 helai palazzo berjaya dijual dan saya akan terus guna wang itu beli barangan untuk dibuat sumbangan.
"Saya paling bersyukur apabila ada yang turut menyumbang wang semata-mata seikhlas hati untuk tujuan itu. Ia menunjukkan betapa ramai prihatin untuk membantu golongan susah," katanya.
Berkongsi lanjut, pelakon filem Highland Tower itu akan memulakan misi menghulur bantuan di sekitar kawasan kediamannya di Damansara, Selangor.
Namun, dia terbuka membantu permintaan dari luar Lembah Klang juga.

"Saya akan mencari golongan yang memerlukan di sekitar tempat tinggal saya dulu. Untuk sumbangan, saya memilih untuk memberi barangan keperluan berbanding wang.
"Susah jika ada yang mengambil kesempatan untuk meminta sumbangan wang. Saya sendiri akan turun padang nanti untuk menghulurkan sumbangan itu.
"Setakat ini, saya juga sudah meminta bantuan ahli keluarga untuk membantu sebuah keluarga di Ipoh. Dari mana pun mereka, saya akan cuba bantu yang termampu jika tiada halangan," katanya.
Terdahulu, Shima memuat naik videonya menggayakan palazzo itu dalam pelbagai fesyen di Instagram. Dia memulakan inisiatif terbabit untuk turut serta dalam Program Rakyat Jaga Rakyat.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sheols. Lantang.
Baru2 ni meols terjumpe sorang lelaki ni dgn budak perempuan umur 5yr camtu, anak die.
Die tanya mana nak cari keje.
Mane celah meols nak bagi keje kosong lagi2 time PKP ni keje sume wfh kecuali kilang nekharom je buka.
Die kata xde duit nak bayor sewa rumah, minta meols jagakan anak die smp die ade duit 
Begitu terdesak life sekrang tp ade tu elok buat party dorian.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikpolop replied at 30-6-2021 05:46 PM
Bagus sheols. Lantang.
Baru2 ni meols terjumpe sorang lelaki ni dgn budak perempuan umur 5yr cam ...
Sedihnya kisah chuols ni. Aku doakan dia tabah dan dapat jumpa jalan utk cari rezeki buat family dia.
Circle aku tak banyak yang suffer sbb ramai kerja gomen and kerja professional yang tak impacted. Tapi area apartment nampak la ramai start buat kerja kerja tambahan sbb tak dapat gaji sepanjang pkp.
Tak kurang jugak ramai yang amik kesempatan. Ada kat apartment aku ada yg kantoi dok pi kutip makanan bantuan kat sejid sejid dan surau, tapi kat rumah dah banyak minyak, beras, sardine |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau meols nak tolong, derma je terus kat sekian2.. takde terpikir pulak nak jual itu ini dengan nama nak derma kat sekian sekian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|