CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1083|Reply: 0

[Tempatan] Kelantan yang kaya-kaya tolonglah tengokkan keluarga ni

[Copy link]
Post time 28-6-2021 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Empat beranak berteduh di bekas kandang kambing


Kesempitan hidup memaksa empat beranak di Kampung Babong, Kota Bharu, berteduh di bawah kandang kambing sejak enam tahun lalu. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: Kesempitan hidup memaksa empat beranak dari Kampung Babong, di sini, berteduh di bawah kandang kambing, sejak enam tahun lalu.

Mohd Azlam Yusof, 26, dan isterinya, Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua anak mereka Nur Aidyah Syafiqah, 6, dan Amsyar Syazuran, setahun, hidup dalam serba kedaifan, terutama sejak pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan keluarga mereka tidak menentu.

Bangsal yang mereka berteduh pada asalnya adalah kandang kambing, namun disebabkan tidak mampu menyewa kediaman lain menyebabkan empat beranak itu tinggal di bangsal serba usang dengan memindahkan kambing ke kawasan lain.

Raja Sazila berkata, sebelum ini dia dan suami menumpang rumah ibu mentua di sebelah rumah sebelum mengambil keputusan untuk berpindah di kandang kambing berkenaan.

"Pada asalnya kandang tu kecil sahaja, namun suami terpaksa mengubah suai dengan membesarkannya sedikit memandangkan kami ada dua anak.

"Sepanjang tinggal di bangsal berkenaan, paling menyedihkan adalah ketika hujan di mana keseluruhan rumah akan basah menyebabkan kami empat beranak sukar untuk tidur, selain keadaan lantai kayu juga hampir reput," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Raja Sazila berkata, suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari, namun sejak pandemik COVID-19 tahun lalu, pendapatannya tidak menentu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut untuk makan.

"Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja menyebabkan keadaan kami semakin sukar. Jika ada telur sebagai hidangan, itu sudah memadai selain kulit ayam juga dijadikan lauk bagi mengalas perut.

"Suami tidak mampu menyewa di tempat lain. Maka di sini sahaja kami terpaksa bertahan. Bangsal kami tiada tandas dan setiap kali mandi, kami akan pergi ke rumah ibu mentua selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua.

"Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada," katanya yang tidak menerima sebarang bantuan.

Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan bersetuju untuk membina rumah buat mereka sekeluarga.

Namun katanya, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran itu dan berharap ia menjadi kenyataan buat mereka sekeluarga.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh, berkata pihaknya dimaklumkan keluarga berkenaan meminta kepingan zink memandangkan keadaan atap yang bocor setiap kali hujan.

Katanya, barangan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Hazmi berkata, pihaknya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai kenderaan.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 07:08 AM GMT+8 , Processed in 1.311613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list