Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
565
View
1
Reply

Belgium rencana strategi terbaik

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-6-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode

BELGIUM akan melalui proses menganalisis persembahan mereka sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk mendapatkan ramuan terbaik berdepan saingan di pusingan 16 pasukan terbaik nanti. C twitter belgian red devils

Belgium rencana strategi terbaik

BRUSSELS C Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez menggunakan pendekatan membahagikan skuadnya kepada dua bahagian untuk menjalani latihan menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Belgium mengesahkan kemaraan sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Finland 2-0 pada aksi terakhir dan bakal kembali beraksi di Seville pada aksi seterusnya nanti.

Ada beberapa perkara anda boleh mengawalnya dan ada yang anda tidak mampu. Kami akan menggunakan kesempatan sebelum pusingan berikutnya untuk membuat sedikit analisis mengenai pasukan kami.

Banyak perkara yang perlu kami teliti selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan dan tiga aksi peringkat kumpulan sejak tiga minggu lalu. Kami akan cuba melihat dari aspek pemain, gandingan, apa yang baik dan apa yang sebaliknya.

Kami akan cuba untuk memulakannya semula, memberi tumpuan terhadap cara kami bermain kemudian melihat apakah ia akan membuatkan kami bertambah baik, katanya.

Menurut Martinez, mereka perlu mengetahui siapakah lawan di peringkat kalah mati terlebih dahulu sebelum memberi fokus terhadap taktikal yang akan digunakan.

Sudah tentu ia akan berubah berbanding apa yang kami lalui di peringkat kumpulan. Pemilihan pemain akan berdasarkan kepada sesi latihan dan apakah taktikal yang akan kami gunakan. Ia juga bergantung kepada pasukan yang bakal kami tentang, ujarnya.

Belgium berdepan kemungkin menentang beberapa pasukan hebat sama ada Perancis, Portugal atau Sepanyol sebelum berjaya menempah slot pentas final pada aksi kali ini. C AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 10:36 PM | Show all posts
belgium pun sedap jua ni..team mantap lukaku lukamu hazard
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list