CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2481|Reply: 0

Tonton semula lakonan dalam ‘Hati Yang Dikhianati’ cara Arena Lieya baiki kekura

[Copy link]
Post time 21-6-2021 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Tonton semula lakonan dalam ‘Hati Yang Dikhianati’ cara Arena Lieya baiki kekurangan... persiapan sebelum kembali ke set penggambaran

Isnin, 21 Jun 2021 8:30 AM
Oleh:  NUR ASYIKIN MAYUDIN


Arena tonton drama lakonannya untuk perbaiki kekurangan.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi peluang kepada pelakon baharu Arena Lieya menonton semula lakonannya dalam drama Hati Yang Dikhianati (HYD) bagi belajar dan membaiki kekurangannya.

Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan, 22, berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif itu bagi mempersiapkan dirinya menjadi lebih baik sebelum penggambaran disambung semula selepas PKP.

"Sebenarnya banyak perkara menarik dapat saya belajar sepanjang tempoh lockdown ini. Antaranya, saya banyak belajar memasak menu baru daripada ibu saya.


Arena seronok dapat belajar masak daripada ibunya.

"Saya juga ada mengambil kelas mengaji Al-Quran secara talian menerusi panggilan video setiap minggu. Dan sudah tentu saya sentiasa ingin memperbaiki mutu lakonan.

"Jadi, saya akan menonton semula lakonan saya dalam drama HYD. Tengok di mana kekurangan saya dan dari situ juga saya berlatih sendiri di rumah.

"Saya juga ada menonton banyak drama lain untuk belajar. Semua ini saya kena lakukan demi mempersiapkan diri sebelum masuk semula penggambaran HYD," katanya kepada mStar.

Selain Arena, drama HYD itu turut dibintangi oleh Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Mia Nasir dan Nabil Aqil.

Sebelum ini, tayangan drama tersebut terpaksa dihentikan berikutan tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran.


Arena bersama salah satu kucing perliharaannya.

Dalam pada itu, Arena yang juga bekas Dewi Remaja 2018/2019 ini turut berkongsi mengenai hobi baharunya iaitu membela kucing selain aktif di media sosial.

"Sekarang ini saya ada enam ekor kucing... kiranya ini antara hobi baharu. Saya boleh luangkan masa lama untuk lihat barang comel dan belajar tentang kesihatan kucing secara dalam talian.

"Selain itu, saya memang aktif di media sosial terutama Instagram, TikTok dan YouTube. Alhamdulillah, sepanjang tempoh lockdown, saya berpeluang untuk buat ulasan produk.

"Jadi, saya sebenarnya masih bekerja walaupun duduk di rumah. Kalau saya tak ada apa nak buat, saya akan tonton filem untuk rujukan dalam lakonan," ujarnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:25 PM GMT+8 , Processed in 2.573254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list