CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1307|Reply: 4

[Jenayah] Tak sempat bawa keluar buah sawit

[Copy link]
Post time 20-6-2021 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Tak sempat bawa keluar buah sawit


LORI membawa buah sawit yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Bubu, di Manjung semalam. - IHSAN JABATAN PERHUTANAN PERAK

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID   20 Jun 2021, 11:42 am

IPOH: Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit secara haram di kawasan Hutan Simpan Bubu, Manjung, dekat sini tidak sempat membawa keluar hasil buah berkenaan selepas ditahan penguat kuasa Pejabat Renjer Hutan Beruas semalam.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dalam kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun hingga 49 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar pukul 10.30 pagi semasa pasukan penguat kuasa jabatan itu menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

“Semasa rondaan, pasukan penguat kuasa menemukan tiga individu yang sedang mengambil hasil buah sawit melalui aktiviti penerokaan secara haram di Kompartmen 62, Hutan Simpan Bubu.

“Ketiga-tiga individu tersebut ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuki siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, anggota pasukan penguat kuasa turut merampas dan menyita sebuah lori tiga tan, sebuah motosikal, dua batang ‘loading’ sawit, sebatang cangkuk sawit dan sebilah parang yang digunakan untuk mengeluarkan hasil sawit tersebut.

Katanya, semua barang tersebut dibawa ke Stor Rampasan JPNPk manakala ketiga-tiga suspek suspek telah dilepaskan dengan bon jaminan polis setelah keterangan mereka diambil oleh polis.

Jelasnya, semua suspek yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 81(1)(g) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Berdasarkan rekod Jabatan, aktiviti penerokaan hutan secara haram  di kawasan Kompartmen 62, Hutan Simpan Bubu ini berlaku sejak tahun 2010 lagi  melibatkan kawasan penerokaan hampir seluas 45 hektar.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Pejabat Renjer Hutan Batu Gajah menerima satu aduan berhubung satu cubaan menceroboh hutan simpan di sebahagian Kompartmen 91, Hutan Simpan Kledang Saiong di sini Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik punya cilokkkk..sampai dah berbuah sawit,baru tau teroka haram..3_5 tahun sebelum berbuah,renjer buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
org nk tanam, depa tgk je..
bila kutip hasil, baru tangkap.
korang rasa siapa yg dpt hasilnya?

cuma ni bkn musang king
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:42 PM | Show all posts
zehra2 replied at 20-6-2021 02:20 PM
org nk tanam, depa tgk je..
bila kutip hasil, baru tangkap.
korang rasa siapa yg dpt hasilnya?

Berita sawit: harga sekarang mahal
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk. Takkan sekarang baru perasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 60521 Replies : 1724
AKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF, AMELIA HENDERSON]
eddlisa_uyukAKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF,
Views : 6578 Replies : 72
[MBC 2022] TRACER - Im Si Wan, Ko Ah Sung, Son Hyun Joo  (7 January)
Rahah[MBC 2022] TRACER - Im Si Wan, Ko Ah Sun
Views : 262 Replies : 8
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9528 Replies : 553
SPIDER-MAN: NO WAY HOME (2021)
kakikuDibibirmuSPIDER-MAN: NO WAY HOME (2021)
Views : 5790 Replies : 125
Kisah Seram Dingorat Jantan USA.
keane.somewhereKisah Seram Dingorat Jantan USA.
Views : 171 Replies : 5
Order Makan Dulu
catalinaOrder Makan Dulu
Views : 11831 Replies : 89
Jom exercise mata bagi tajam sikit
Lavender85Jom exercise mata bagi tajam sikit
Views : 29395 Replies : 165
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29624 Replies : 503



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-1-2022 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.147109 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list