CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: R2D2

UPDATE Kes bayi tertukar dapat 3.7 juta tontonan 71,000 komen. Dikesan bila samp

  [Copy link]
Post time 13-6-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 13-6-2021 04:01 PM
Aku tak rasa dia tipu sbb baby dia tu baru je lahir tak sampai 24 jam dh kena discharge. Cuma aku ta ...

Sebab tu lah tak mampu iols nak husnuzon. Sedangkan dia buat black face kena tegur baik-baik oleh this one Indian lady pun dia tetap buat lagi. Apalah sangat nak bayar the other party untuk berlakon sekali. Iols yang takde anak baru dengar anak buah sendiri jatuh katil pun ikut kalut, inikan pula tertukar kat hospital!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku la.. Kalau namenye founder produk atau org2 yg berkaitan ngan bende2 mcm tu.. Mmh sikit pon aku tak caya... Mahap la... Semua ninpercubaan nk viral dan gila glamer..  Period.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 13-6-2021 09:05 AM
I salah seorang yang dari hospital pakai seluar (maternity). Terkejut baca artikel baru2 ni yang a ...

Bukan scha. Apename budak tu ala ain edruce .haaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 13-6-2021 12:45 PM
Siti Jamumall ni Yang dulu kantoi tayang duit tapi duit pelesu  time live dulu kan?  

Merasa lah  ...

Bazirnya colored ink
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 13-6-2021 01:14 PM
Maksud i, kat bahagian mana yg boleh  jadi tertukar baby tu
Mcm musykil sgt....baby dok dgn ibu k ...

Kalau columbia, baby kt nursery.
Panggil nurse suruh anta bby kt bilik mak, bila nk bf
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis la sepital ni kena menjawab. Sepital prebet yg dipuja ummah kalau buat silap kena kecam ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-6-2021 01:46 PM
Hebat2 semua nya muda2 lg baru 23 dah mampu veranak dkt private

Keles diana hananissss tupon usahawan yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 13-6-2021 02:44 PM
Rasanya dia dh plan dgn parents satu lagi..mcm.sengal.je Tak baca tag kt kaki baby. Siap Masa tangga ...

I pon rasa. Laki diyana tu pon main gunting je ke?.takkan takbelek dulu. Agak tak logic
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 13-6-2021 04:34 PM
Bapa bayi tertukar buat laporan polis
    Oleh NORHAYATI YAHAYA
    13 Jun 2021, 3:44 pm

Saman je...kalau betul...mmg hospital cuai....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuasa tuhan tu besar...bila anak tu besar otomatik dia akan ikut rupa mak atau ayahnya..
Boleh cam....tapi masa baru lahir mmg susah nk cam..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2021 05:47 PM | Show all posts
Jantung bagai terhenti bila tahu bayi itu bukan anak saya – Siti Suriani
Kumara Sabapatty -
13 June 2021


KUALA LUMPUR – Wanita yang tertukar bayi mereka dengan pasangan lain di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam menceritakan detik cemasnya.

Siti Suriani Wahiddin, 23, mengakui fikirannya berkecamuk akibat kerisauan yang melanda hati seorang ibu apabila mendapat tahu bayi yang dibawa pulang bukan darah dagingnya.

“Semasa kejadian saya cemas dan selepas dapat tahu bayi tertukar, saya terdiam dan denyutan jantung umpama terhenti seketika.. semasa mendukung anak orang lain, saya terus terfikir mengenai nasib anak saya sendiri yang ada dalam dakapan ibu lain.

“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi 11 Jun lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital.

“Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik sebelum menyedari wajah bayinya lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Selepas dibenarkan pulang petang semalam, kami hanya menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada bayi itu dan mendapati tertera nama wanita lain,” kata usahawan online itu kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya apabila mendukung  bayi itu, naluri keibuannya dapat merasakan perangai, wajah, mata dan hidung bayi itu berlainan tetapi tidak sampai hati meluahkannya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Siti Jamumall bersama suaminya Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23, tinggal di Setia Alam memaklumkan mereka segera menghubungi dan memaklumkan hospital mengenai insiden itu sebelum hospital mengesahkan bayinya tertukar.

Menurut Siti Suriani, matanya menjadi gelap selepas mendengar pengesahan hospital  dan merasakan denyutan jantungnya seakan-akan terhenti.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital bersama suami dan bayi berkenaan, banyak benda yang terlintas dalam kepala.. bayi yang saya pegang tak berdosa dan dia pun mesti cari emak dia dan begitu juga emak dia di sana.

“Namun saya dimaklumkan anak saya berada di tangan pasangan yang baik dan penyayang barulah saya rasa lega sedikit dan umpama mati hidup semula.

“Pasangan itu sudah memotong tag bayi saya dan buang dalam bakul sampah di rumah mereka dan setelah menerima berita bayi tertukar, mereka segera menyelongkar bakul sampah sebelum berjaya menemui tag bayi dan didapati tertera nama saya iaitu Siti Suriani.

“Saya dan ibu yang memegang anak saya bertukar semula anak kami di hospital sama dengan suasana penuh emosi sebab sudah ada rasa sayang kepada bayi masing-masing,” ujarnya.

Siti Suriani menjelaskan, bayi yang dijaganya sementara itu dilahirkan 10 Jun sekitar pukul 3.02 petang sebelum dibawa pulang 12 tengahari semalam.

Menurutnya, anaknya kini ada masuk wad semula kerana demam kuning (gambar kecil).

Tambah beliau, setakat ini empat tiub darah telah diambil daripada anaknya untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya bersyukur sangat kepada Illahi dan pasangan berkenaan  menyedari ia bukan anak mereka setelah disahkan hospital berkenaan dan kedua-dua bayi berada dalam keadaan selamat dan baik,” jelasnya.

Sementara itu, beliau mengakui dalam proses perbincangan dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut ke atas hospital berkenaan berikutan insiden yang didakwa melibatkan kecuaian itu.

“Saya belum membuat keputusan muktamad dalam hal ini sebenarnya, saya masih sedang berbincang dengan peguam mengenai sebarang tindakan lanjut yang boleh diambil dalam perkara ini.

“Sebelum itu, saya hendak menyelesaikan terlebih dahulu urusan pemeriksaan kesihatan anak yang terkena penyakit kuning dan sedang diletakkan dalam perhatian ketika ini.

“Saya kena pergi dan stay di wad atas nasihat doktor hari ini dan sedang mengemas barang untuk masuk ke hospital semula. Saya minta semua pihak supaya mendoakan anak saya sembuh dari demam kuning dan kami pulang ke rumah segera,” tegasnya.

Satu lagi pasangan yang terkesan dengan insiden bayi tertukar adalah difahamkan seorang usahawan wanita bernama Diana Hanani Abdullah yang melahirkan bayi itu secara pembedahan di hospital sama.

Semalam, dalam Live Facebook peribadinya Siti Suraini berkongsi mengenai insiden pertukaran bayi itu kepada umum sekitar 8 malam tadi.

Ia sekaligus mendapat perhatian lebih daripada 53,0000 tontonan netizen yang turut terkejut dan bersimpati dengan insiden itu.

Siti kemudiannya memaklumkan bercadang menamakan anaknya, Aysar Aryan.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook Jamumall.com, Siti Suriani memuat naik gambar bersama pasangan yang tertukar bayi.

“Allah terima kasih satukan kami , automatik kami sudah jadi family. Siti tak sangka Allah macam aturkan nama baby pun Aisar dan Aiman,” tulisnya.- MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 13-6-2021 06:39 AM
Harap cerita betul sebab jamumall ni anak didik sifu jijang semang. Tapi kalau dakwaan pelesu tent ...

tapi sheols x berani nk mention hospital mana takut dia pulak kene amik tindakan.. kalau betul saman jer la boleh dpt berjuta kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oroi8887 replied at 13-6-2021 10:27 AM
Ntahlah, mmg la hosp pun cuai tapi ko sbg mak bapak sblm discaj tu mmg tak tgk btul2 muka anak ek, t ...

Kann. Tak alert ke tag kt kaki anak tu. tgk btol2. Fishy, tp mcm sedih jgk kejadian ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 13-6-2021 10:06 AM
Live kottt. Maybe dia dah war2kan nak buat live panassss so macam biasa tololwers dah ready nak vi ...

sorry iols x beberapa percaya sgt kes viral yg dari ponder produk timbang kilo.. ikut logik kalau kita tertukar anak mahu melompat pegi mengamuk dekat hospital & balai buat report polis.. dia ni siap boleh buat live gelak2 lagi.. live pun dlm kete dgn rumah x de scene hospital lg la payah nk percaya.. minah ni dah byk sgt kes menipu dlm marketing tapi kalau betul guna newborn baby utk marketing mmg hina la makbpk mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-6-2021 09:59 AM
Balik2 ayat rasa ngilu bila tgk org pakai suar, org bersila lepas beranak.
Kalau sakit takde la y ...

betul sangat! ai pakai yoga pants, confinement lady kerut2 muka kata tak sakit kaaa bawah tu. kekdahnya tak sebab tak kena pun jalur seluar tu. cikpet bersemayam bawah sanitary napkin kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 13-6-2021 02:44 PM
Rasanya dia dh plan dgn parents satu lagi..mcm.sengal.je Tak baca tag kt kaki baby. Siap Masa tangga ...

Gilerr ahh sampai camtu sekali, main2 ngan nasab kot.
Sanggu plak ko ada anak susuan.
Dah mcm menyusahkan je sbb kena selalu contact kang terkawen plak adik badik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 13-6-2021 05:36 PM
I pon rasa. Laki diyana tu pon main gunting je ke?.takkan takbelek dulu. Agak tak logic

Kannnn. Iols bru bersalin anak no 3, sblm discharge, check dulu tag. Setiap masa cek
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 13-6-2021 05:47 PM
Jantung bagai terhenti bila tahu bayi itu bukan anak saya – Siti Suriani
Kumara Sabapatty -
13 Ju ...

Anak sulong pun tag nama laju je buang dlm tong sampah.
Simpan la woi buat kenang-kenangan.
Dahla potong tak baca apa2 pun.
Mujur belum masuk lori alam flora.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 13-6-2021 01:14 PM
Maksud i, kat bahagian mana yg boleh  jadi tertukar baby tu
Mcm musykil sgt....baby dok dgn ibu k ...

ada private yang baby duduk kat nurseri. waktu menyusu je bagi kat ibu. ibu boleh rest dulu. bila kita minta baby baru nurse usung masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 13-6-2021 04:17 PM
Aku la.. Kalau namenye founder produk atau org2 yg berkaitan ngan bende2 mcm tu.. Mmh sikit pon aku  ...

Samalaaaaaahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 6 Replies : 10
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48325 Replies : 1069
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1184 Replies : 31
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 67982 Replies : 1904
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9668 Replies : 562
AKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAHAYA, KHAI BAHAR] MULAI 05 JAN 2022 7PM
eddlisa_uyukAKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAH
Views : 674 Replies : 9
[For Sale] New township @ Genting Highlands
zilchminz[For Sale] New township @ Genting Highla
Views : 221 Replies : 11
Ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2022 Warga MISTERI , PARANORMAL & SAKTI
FanTasyCreaTioNUcapan SELAMAT TAHUN BARU 2022 Warga MIS
Views : 1145 Replies : 27
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20861 Replies : 626



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.172656 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list