Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
14658
View
211
Reply

[Tempatan] Aliff Ahmad III kata Kerajaan Taja Belajar Sampai Luar Negara. Habis Belajar Tak Nak Balik Tapi Sibuk Kondem Malaysia

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-6-2021 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Masih lagi hangat isu penggunaan perkataan ‘buat bodoh-bodoh’ yang disampaikan oleh pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya.

Ramai yang memberi reaksi berbeza-beza berdasarkan penyampaian beliau.

Antara yang turut memberi kenyataan berkaitan hal tersebut ialah doktor perubatan, Dr. Amalina yang kini berkhidmat di London.

Dalam pada itu seoran netizan yang menggunakan nama FB Aliff Ahmad III tampil mengulas isu tersebut

“Nasiblah Dr. Muhaya ni orangnya tak offensive. Kalau aku reply doktor dekat oversea tu camni je.”

“Ya, saya tak hebat, saya minta maaf. Bila nak balik Malaysia doc? Awak kan hebat, awak patut serve our people here. Dulu belajar pakai duit rakyat kan? Bukan duit tok wan awak kan? Bila nak balik berbakti kepada rakyat, nusa dan bangsa? Kita perlukan orang macam awak untuk bantu saya ubah system ini. Duit rakyat hantar awak belajar ke UK dulu, bukan untuk awak serve rakyat British. Kan? Ke awak dah diam-diam ada British passport tak declare?”
Aliff Ahmad III juga tampil mengulas isu ramai rakyat Malaysia yang dapat tajaan belajar sehingga luar negara, tapi akhirnya tidak pulang berkhidmat di Malaysia

PENGKHI4NAT NEGARA
Masa aku mula-mula sampai Australia, aku jumpa ramai doktor-doktor Malaysia. Ada yang dah tinggal di sana selama lebih 10 tahun. Kesemua mereka datang ke Australia dengan biasiswa rakyat. Ramai dengan JPA, MARA, BNM pun ada, dan lain-lain.

Kesemua mereka asalnya kata nak stay sekejap konon nak sambung belajar. Buat specialist training. At the end sampai berpuluh tahun tak balik-balik. Ambil PR dan ada juga senyap-senyap pegang passport Australia. Anak-anak dah besar-besar, dah settle down sana. Bila tanya bila nak balik, setiap tahun jawab tengah plan tahun depan.

Engineering Gold Coast Private Hospital – WSP

Selepas aku dah sedikit senior. Bila aku jumpa kawan-kawan doktor ni, aku akan panggil mereka sebagai pengkhianat negara secara bergurau tetapi memang bermaksud begitulah. Mereka mungkin bengang tetapi dah lali dipanggil pengkhianat oleh aku. Yang umur dekat-dekat dengan aku yang stay, memang setiap kali jumpa, aku akan tanya,

“Bro, bila nak balik ni?”

“Kau datang sini pakai duit tokwan kau ke, duit tok wan kau, tokwan dia dan tokwan aku?”

“Bro, tujuan kerajaan hantar kau belajar sini dulu untuk kau jadi doktor kat sini ke kat Malaysia?”

Ketika aku bekerja di UK. Jumlah pengkhianat negara tersebut lagi ramai. Masa di UK. Aku dah jauh lagi matang dan lagi masyuk. Jadi, nganjing puak-puak doktor pengkhianat negara ni lagi penuh bergaya. Tapi, aku pelik. Ramai pula suka dekat aku masa tu. Suka kena nganjing kot. Mungkin asyik kena puji je selama ni konon hebat gaji besar bagai.

Why hospital staff sympathise with patients who self-discharge | Lancaster University

Aku tak peduli apa-apa justifikasi mereka. Nganjing tetap nganjing. Kawan tetap kawan. Gopren tetap gopren. Pengkhianat tetap pengkhianat. Pada aku, kerajaan telah membelanjakan setiap sorang hampir 1 juta untuk menghasilkan doktor keluaran UK/Australia. Mereka ini bijak pandai yang sepatutnya pulang serve the nation, buat perubahan.

Yang aku tak tahan dengan puak ni adalah, balik Malaysia taknak. Tapi kalau sembang politik Malaysia, complain pasal Malaysia. Mereka lah king. Macam mereka dah duduk dan serve Malaysia berpuluh tahun. Especially yang dah hold passport UK diam-diam. Dia lupa, kalau bukan dengan duit rakyat, mak ayah atok nenek diorang tak mampu nak hantar nak bayar yuran belajar di luar negara.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang pulang. Aku memang respect mereka yang pulang ni. Boleh je jadi pakar. Jadi specialist. Jadi consultant. Pada aku mereka ini wajar dapat special treatment dibanding dengan mereka yang khianat tu. Yelah, mereka yang pulang tu pun sebenarnya boleh je nak stay. Even lagi cemerlang dari yang stay tu masa belajar.

Aku ada kenal 2 orang kawan. Yang grad from Oxford and Cambridge. Pun balik. Doktor yang kecoh kat Twitter tu pun tak lepas masuk Oxbridge lepas foundation dulu. Sekarang ni pun mereka tengah buat training specialist dan buat PhD juga. Bidang medical ni, sambung belajar dalam bekerja. Bukan berhenti kerja. Dekat mana-mana pun boleh buat.

University of Oxford | History, Colleges, & Notable Alumni | Britannica

Ramai je level consultant dekat Malaysia ni power. Being specialist is about knowledge, experience and skill, not because of where you are. Apa pun, diorang yang decide nak jadi pengkhianat negara atau tidak. Diorang ingat lagi ke tak masa mula-mula jejak kaki di tanah omputih tu datang dengan duit siapa.

Aku sendiri pulang setelah 10 tahun (4 belajar, 6 tahub kerja) di Australia. Aku ni tajaan MARA yang takda bond. Bukan bidang critical macam medic. Bukan macam diorang yang ada bond. Tapi, kepala aku ada rasa beban nak balas jasa. Aku boleh stay sana enjoy my Aud10k-15k sebulan. But, aku percaya aku datang dengan duit rakyat. Aku mesti pulang kena serve the people, the nation.

Aku kumpul duit. Aku balik. Kalau aku balik kerja makan gaji, aku serve diri sendiri. Tapi aku pilih untuk buka peluang pekerjaan di Malaysia. Bawah payroll aku ada hampir 200 orang. Boleh lah. Takdalah power cam korang. Tapi oklah. Bayar cukai, bayar zakat, didik dan ajar anak bangsa dalam negara sendiri. Share ilmu dan pengetahuan aku dekat korang. Keluarkan geran research, bantuan kewangan, buka klinik wakaf dan rumah anak yatim. Aku pakai duit aku sendiri, bukan duit NGO collect duit korang dan orang ramai.

Itu akulah. Orang lain taktaulah. Puak doktor-doktor ni, selama aku kenal. Yang dah stay, ada PR atau passport kat sana tu. Percentage mereka nak balik for good untuk berbakti kepada nusa dan bangsa ni adalah sangat rendah. Tak percaya. Kita tunggu dan lihat.

Ohya, ada yang lebih celaka. Sorang kenalan ni, dia ambil insentif Talentcorp, bawa balik 2 biji kereta tax free. Konon nak kerja di Malaysia. Lepas tu balik semula ke UK. Cerita kerja kat Malaysia tak best. Walhal, dia di UK pun nobody je. Buat lucum je manjang.

Ada sorang doktor usrah kat Adelaide pula. Duk hasut budak-budak usrah dia suruh stay sana demi dakwah. Lepas dia disabit kesalahan mencabul. Baru kelam kabut cabut lari balik Malaysia. Malaysia lah tempat penc4bul selamatkan diri.

Begitulah cerita tentang pengkhianat negara..

Setakat artikal ini di tulis, status Aliff Ahmad III telah mendapat sebanyak 7 ribu perkongsian dan 12 ribu tanda suka

Sumber FB Aliff Ahmad
IMG_20210614_042316.jpg
IMG_20210614_042334.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Muahahahaha

Dasyat la ada klinik wakaf sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nie aku setuju.. G sana ditaja oleh bnm ker apa ker dr duit sapa? Kalu duit pa n ma dia so aku tak berkira sgt.. Nak kutuk ker nak hapa ker lantak la. Kondem org malaysia sana sini mcm kg benor org malaysia nie.. Hey deyy ko dah la memula g sana n muka org kg jugak alih alih dah duk sana acah acah im the cleaver one.. Balik malaysia la deyyy berkidmat kt sini.. Ko dah la sambung belajar ditaja, tajaan tue duit sapa yg ko pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju aje part golongan profesional ni xnak balik2 malaysia lepas habis blajar. Masuk ajelah hosp swasta kalau mau gaji lebat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:29 AM | Show all posts
tak berkat hidup pengkhianat2 ni...belajar pakai duit rakyat, ujung2 keje utk kesenangan diri sendiri.  jgn ko pk hidup kau akan tenang ya..satu2 Allah tarik nnti. klu belajar pakai duit mak pak hang sendiri lantaklah sana kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:30 AM | Show all posts
darkness replied at 14-6-2021 08:20 AM
Aku setuju aje part golongan profesional ni xnak balik2 malaysia lepas habis blajar. Masuk ajelah ho ...

kannn x kisah la keje swasta ke gomen ke atau bukak klinik sendiri, janji tau balas budi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya baliklah kan. Hantar sana suruh ambil ilmu dan pulang gunakan kat malaysia. Bukan terus pergi tak balik2. Sorang dah brape ratus ribu habis gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau diorg balik
Diorg tak setuju dgn dasar2 yg ada
& byk komplen
Korang halau plk diorg keluar Malaysia
#cakapjerrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
+ aku ada baca psl Dr Muhaya & Atomy
Ada yg tya kenapa sheols tak explain benda ni
Sekali dgn 2 3 org popular
Aku tanya jerr sbb mmg tak tau apa2
hanya terbaca sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la..pengkhianat. Tp bcakap yg rabbi..dia la paling bagus. Bagus tu actually mmg bagus la. Semangat dia blh contohi...tp kenang la sikit jasa kjaan. Dah la mak tu ibu tunggal kan..bapak dh meninggal. Tp ntahla..kita pun xtau org ni kejar apa. Klu aku hujan emas negara org. Baik aja negara sendiri. Rsnya mmg xblk.dh kot. Dah blaki pun omputih. Mananya nk blk dh. Teringat plk aku satu kisah makcik ni.anak 3 semua professional. Ada dok oversea. Masuk wad sakit anak xblh blk. Mati sorang2... mintak jauh la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Barangkali diorang ikut saranan zahid, "xsuka dgn kerajaan, boleh keluar dr malaysia"
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sekurang2 nye cine2 pi luar negeri xbalik2 pakai duit sendiri, melayu pakai duit tajaan kjaan pun xnak balik, lg cilakeww kheunnss
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca artikel, pelajar yg dkt UA pun kerajaan tanggung hampir keseluruhan even xdpt apa2 biasiswa. Kos pengajian cecah ratusan ribu utk seorang pelajar tp pelajar berkenaan cuma bayar several thousand shj. Jadi mereka yg habis belajar dkt UA, terus memilih jadi surirumah ke apa, sama je dgn mereka yg disebut diatas
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada benarnya.. if nak stay sementara utk dpt pengalaman, ilmu dan up kan nama msia ke persada dunia tu salute juga.. nak berbakti tak kira tempat pun sebenarnya.
Tp yg lebih sudu dr kuah memburuk2 kn nama negara lagi2 under tajaan... like emphmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr tu bukan dpt biasiswa dari university yg dia belajar ke? Dia bukan tajaan jpm kan? If silap sorry
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg dah kawin org sana lglah taknak balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku dpt peluang belajar oversea... aku pun x nak balik.. baik dok sana lagi best... kat sini byk setaz setazah jadian.. hari2 kira dosa pahala org.. toxic...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:18 AM | Show all posts
KAN....setuju benar...

bagus mereka ini buang negara terus...tak ada gunanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:22 AM | Show all posts
pakai duit kerajaan belajar obersi tak semestinya tak boleh kutuk kerajaan. bole je. nak compare polisi & governance kedua negara yg dia duduk. kritikan membina adalah penting untuk kemajuan negara. tp kerajaan dengar tanak dengar terpulang. but at least boleh buka minda ramai org. jgn ingat selamanya kerajaan betul or selamanya tak betul. ada pros & cons

TAPI BALIK LA WOI. dah la guna duit kerajaan gi obersi. ko dok melancong sana sini time belajar, pastu konon nak stay kerja beberapa tahun. pastu tanak balik. bayar balik lah duit kerajaan tanggung makan minum belajar ko kat sana. ko tak menyumbang balik satu sen pun kat negara. makin buat negara miskin intelectual lagi ada. yg pandai2 semua gi obersi pastu tanak balik. negara luar pulak dapat faedah dari investment kerajaan. macam mana MALAYSIA ni nak maju macam negara terpaaaalingg best macam yang ko tengah duduk tu, kalau KAU sendiri pun tak balik nak menyumbang kat negara??? akai ada?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dapat biasiswa bnm masa a level & first degree je rasanya.. skrg pun x abis belajar lg & rasa dpt scholarship lain.. ni bukan sebab x kenang budi tp potential to grow lg besar bila dekat sana..

Dan tengoklah.. dia ckp sikit pun habis kena attack siap ungkit biasiswa apa semua.. dia cuma x setuju dgn pendapat muhaya je.. so?? Pengikut dia pun ckp terpulang pada penerimaan masing2.. xde plak dia kutuk so called prof tu.. dia cuma x setuju je..

Sekurang2 nye dia jauh kat sana ada jasa dia.. tolong adik ainul tu dulu.. tu yg kita tau, yg kita x tau? So stop it la nk serang2 org just because dia x setuju dgn certain issue.. ko nk ikut cakap muhaya silakan.. tp jgn ko nk paksa semua org nk ye kan je apa dia cakap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list