Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
4314
View
40
Reply

Risau Kereta Ditarik, Terpaksa Guna Duit Tabung- Artis Veteran Kongsi Masalah Lockdown

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2021 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Sejak penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama, Mac tahun lalu, artis veteran yang masih aktif dalam kerja seni menerima kesannya.


Dengan skop tawaran berlakon atau 'job' terbatas berikutan faktor usia dalam situasi normal, pandemik COVID-19 menambah lagi tekanan kepada artis veteran untuk mencari rezeki.




Foto: NSTP




Andai kehidupan selesa dengan bantuan anak-anak, situasi menghimpit ini mungkin tidak dirasakan. Namun, ada artis veteran yang masih bergantung kepada pendapatan daripada aktiviti seni seperti berlakon dan menyanyi.


Bagaimanapun, penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' di seluruh negara sehingga 14 Jun ini menyebabkan pendapatan mereka 'terputus' bagi tempoh yang sukar dipastikan.


BH Online mendekati pelakon 'senior' iaitu Delimawati, Mak Jah, Mubarak Majid dan Roslan Salleh yang berkongsi kisah kehidupan mereka sejak negara dilanda penularan pandemik COVID-19, tahun lalu.


Delimawati yang terkenal dengan karakter Hantu Kak Limah daripada filem arahan sutradara Mamat Khalid, menganggap diri beruntung kerana menetap bersama anak bongsu.


Delimawati, Foto: NSTP




"Dalam soal makanan, ada yang menanggung saya. Apa yang anak saya, menantu dan cucu makan, saya berkongsi rezeki mereka.


"Mujur duduk dengan mereka, jadi 'lepaslah' soal itu. Menantu bekerja manakala anak saya hanya menjadi suri rumah.


"Namun, saya risau kerana bayaran pinjaman kereta tidak dapat dijelaskan lagi. Dengan kereta itulah saya bergerak untuk keluar bekerja.


"Saya rasa 'patah kaki' kalau tiada kereta. Saya takut kereta 'ditarik', namun, saya tawakal dan berdoa yang baik-baik," katanya.


Dakwa Delimawati yang berasal dari Kuala Kangsar, beliau sudah beberapa bulan tidak mendapat tawaran berlakon.


"Kali terakhir berlakon telefilem Raya Pukul 7 untuk Awesome TV siaran Aidilfitri lalu. Selepas itu, tiada lagi.


"Saya risau soal pendapatan. Namun, dengan keadaan meruncing sekarang dan 'total lockdown', kita kena utamakan nyawa daripada segala-galanya.


"Kita kena berkorban untuk tidak meneruskan kerja lakonan. Jika tidak, kesannya lebih bahaya," katanya.


Bagi Mak Jah atau nama sebenar, Maimunah Ahmad, beliau banyak menghabiskan masa di rumah sejak penularan COVID-19 membataskan karier lakonan.


Mak Jah menetap bersama anaknya, dua cucu dan tiga cicit.




Mak Jah, Foto: NSTP




"Saya tiada tawaran berlakon sejak empat bulan lalu. Jadi, masa banyak dihabiskan di rumah. Hanya memerap di rumah, sesekali mengintai keluar dan bermain dengan cucu. Terasa bosan tetapi nyawa perlu diutamakan.


"Malah, kerja amal membersihkan telekung yang diambil dari surau di kawasan Rehat & Rawat (R&R) di lebuh raya dan beberapa tempat lain juga tidak boleh diteruskan," katanya.


Namun, Mak Jah bersyukur kerana keperluan asas termasuk makanan tidak pernah putus.


"Saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Insya-Allah, ada sahaja rezeki datang. Bil utiliti pula, kalau saya tak mampu bayar, anak menolong menjelaskannya," katanya yang juga ibu tunggal kepada tiga anak.


Sementara itu, pelakon drama 'otai, Mubarak Majid sentiasa tawakal dan percaya dengan rezeki. Mubarak yang aktif berlakon sejak era 1980-an, bersyukur masih menerima tawaran berlakon.


"Ada rezeki saya sikit-sikit. Saya berlakon sepenuh masa sejak dahulu. Drama lakonan saya, Cukup Derita Itu sedang disiarkan TV3. Penggambaran drama arahan Along Kamaludin itu belum habis.


"Babak saya ada kira-kira 10 peratus dan buat masa ini, 'shooting' dihentikan akibat 'total lockdown'," katanya.




Mubarak Majid, Foto: IG




Selain itu, tambah Mubarak atau nama penuh, Mohamad Mubarak Majid, beliau juga mengikat komitmen dengan drama sketsa radio bersama Nasional FM iaitu Cik Norma Cik Maya selama setahun.


"Saya sudah memulakan rakaman di konti radio, bulan lalu. Drama ini disiarkan setiap Ahad jam 12.15 tengah hari di stesen radio Nasional FM.


"Dalam tempoh 'total lockdown' ini, saya rakamkan suara menggunakan telefon pintar sahaja," katanya.


Mubarak yang memiliki 10 cucu mengaku menggunakan wang tabungan untuk meneruskan kelangsungan hidup.


"Anak yang menetap bersama saya bergelar ibu tunggal. Dia membantu saya serba-sedikit dengan mengusahakan perniagaan atas talian," katanya.


Sementara itu, Roslan Salleh yang sudah lebih empat tahun tidak berlakon kerana masalah kesihatan seperti kencing manis dan tekanan darah rendah, menumpukan perhatian kepada perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan di Melaka.


Roslan Salleh, Foto: IG




"Saya tidak berupaya lagi hendak berlakon. Saya tidak mahu susahkan orang lain.


"Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem Perjanjian Anak Syaitan," katanya yang mengaku sakit batuk berdarah dialaminya, menyerang kembali, baru-baru ini.


Ditanya mengenai perniagaan sambal lado, daging dendeng dan sambal hitam yang diusahakannya, Roslan berkata, jualan agak perlahan sekarang.


"Sejak penularan pandemik COVID-19 dan kesihatan saya, bisnes jadi perlahan. Kalau ada permintaan pelanggan dan peminat setia sambal saya, barulah saya sediakan," katanya yang memiliki lima anak dan lapan cucu.-CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:38 AM | Show all posts
  tak fikir pula orang lain kena buang kerja? ada anak bini perlukan susu? janganlah bezakan darjat artis dengan rakyat marhein masing2 gagak di rimba bukan merak di kayangan. tak perlu layanan special
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sama je semua orang pun hadapi masalah kewangan dlm pkp.kenapa nak highlight masalah artis je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 11-6-2021 10:44 AM
sama je semua orang pun hadapi masalah kewangan dlm pkp.kenapa nak highlight masalah artis je

Ko kenal delimawati..mak jah???

Depa tak kenal ko

Depa golongan seniman dan seniwati..depa oang seni..dan dari SENI depa cari makan

Muka depa salu dlm tv..astro..woyang..muke ko???

Reporter dok mai citer skit lagu mna GOLONGAN SENI survive covid cengini...tu pun jaki? Depa buta tak nmpk lelain yg nasib malang?

Some assholes will never grow up..takdir dah kut
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:55 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 11-6-2021 10:51 AM
Ko kenal delimawati..mak jah???

Depa tak kenal ko

saya tk terkesan pun
saya keje gomen alhamdulillah gaji belum kena potong
buat apa nak interview saya
interview la org yg kena potong gaji, yg bergaji hari yang terkesan dgn pkp
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:00 AM | Show all posts
peringatan untuk kita semua supaya dah pencen nanti boleh je hidup dengan duit tabungan sendiri. tak perlu nak menyusahkan anak2 yang tengah struggle mana nak cari duit untuk family, nak support makpak lagi. last2 di kala dia pulak tua takde duit, merintih pulak kat anak2. sampai bila la the cycle will continue
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
heran la.. yg tua2 ni anak2 la tanggung mkn minum

keje tu hobby je la dah umur pencen. byk mana la org tua mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:00 AM | Show all posts
Fredo penyanyi kumpulan Flybaits tu panggil artis2 otai nyanyi live kat FB...
boleh dengar sambil menderma..RM1 je uollsss..
https://www.facebook.com/AvolLegend
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xmanage & plan yr financial health sejak muda? Kenapa nk pakai kereta kalau xmampu? Jual je la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:14 AM | Show all posts
apa yg dorang rasa yg dorang ni special sgt dr rakyat lain?

org lain pun berusaha jugak utk kekal teruskan kelangsungan hidup.

bila 'artis' ni dpt payment segedabak, pergilah settle hutang piutang dan segala bill tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kira golongan mana pun..ramai yg terkesan masalah pendapatan sejak covid melanda..semoga covid 19 cepat berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 02:34 PM | Show all posts
Mana2 artis muda yang bertenggek di forum ni, sila la daftar sebagai pencarum kwsp.  Boleh masukkan sendiri tiap2 bulan.  At least ada bekalan di hari tua.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke drama depa tu suma. Setau aku ler, selalu syarikat produksi ada kenderaan pick up depa tu suma especially yang veteran. Pastu, ngaper tak abis2 bayo keta, baru beli tahun 2019 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:26 PM | Show all posts
tapi aku baca statement depa tu
macam okay je lockdown demi kesihatan apa semua
merintih merayu minta dibenarkan berlakon tak ada pula
bukan macam retis2 muda

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kau bukak bahagian hiburan, memang la kau akan baca wartawan tanya golongan selebriti..kau bukak berita rtm/tv3/awani nanti jumpa la pasal wartawan tanya marhaen pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran utk kita semua supaya sentiasa beringat dan berjimat cermat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:08 AM | Show all posts
dorang tak reti contact bank untuk apply or extend mora ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kete apa tu smpai tua x abis byr lagi

X mampu xyah pakai lah
Anak menantu cucu kan ada
Minta hantarkan
Lagi elok dok diam je kt umah zmn covid ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 12-6-2021 02:14 AM
Kete apa tu smpai tua x abis byr lagi

X mampu xyah pakai lah

Mcm abg ipar aku dah lama pencen tp hobi tukar2 kete.. Sampai skrg ni berhutang kete.. Dia rs x terbeban kot sbb dia ade pencen dl keje krjn suami isteri.. Anak2 semua dah nikah.. 3 thn sekali tukar kete.. Aku tgk je la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 11-6-2021 02:34 PM
Mana2 artis muda yang bertenggek di forum ni, sila la daftar sebagai pencarum kwsp.  Boleh masukkan  ...

Usah ke retis.. Org biasa kita, peniaga2 kecil on9, offline kebanyakan nye x de mencarum dlm kwsp.. Mcm kwn2 aku.. Beberapa thn lps aku ade bgtau deme tuk mencarum dlm kwsp.. Boleh kan mencarum sendiri... Dia org kata ok.. Sekarang ni bising2 x de kwsp.. Untung org keje swasta ade kwsp.. Aku ckp la bukan beberapa thn lps aku srh p bukak akaun kwsp mencarum sendiri.. Dia org ckp x bt pun.. Mn nk tau jd mcm ni.. Ko rs.. Dpt duit sale enjoy sana sini.. Bl kete, makan2 holiday2.. Tepek kat fb, ig, tweet hidup mewah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list