Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
685
View
13
Reply

[Tempatan] 60 kluster perayaan Aidilfitri, Hari Gawai. Ranking - Sabah, Sarawak dan Kedah. mana Kelantan? sudahhh..

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2021 07:21 AM | Show all posts |Read mode
KKM kesan 60 kluster perayaan Aidilfitri, Hari Gawai
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Jun 10, 2021 @ 8:18pm

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai, setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 58 kluster membabitkan sambutan Aidilfitri, menjadikannya kluster tertinggi, manakala bakinya adalah Hari Gawai.

Katanya, situasi itu disifatkan sebagai serius dan membimbangkan kerana ia berlaku dalam tempoh singkat iaitu antara 13 Mei hingga 10 Jun.

"Negeri tertinggi mencatatkan kluster perayaan ialah Sabah dengan 11 kluster, diikuti Sarawak (8) dan Kedah dengan tujuh kluster. Daripada jumlah kluster dikesan itu, sebanyak 13,023 individu sudah disaring dan 3,511 kes positif COVID-19 dikenal pasti.

"Ia menjadikan kadar positif sebanyak 27 peratus. Daripada jumlah kes positif dikenal pasti itu, terdapat 20 kes kematian, manakala 11 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jika masyarakat masih leka dan tidak mengambil iktibar serta pengajaran daripada aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri ketika musim perayaan, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak akan berulang di Malaysia.

"Semua pihak bertanggungjawab melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini," katanya.

Mengulas jumlah kluster baharu dilaporkan di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 22 kluster dikesan membabitkan 18 kluster tempat kerja, tiga membabitkan komuniti, manakala satu bagi aktiviti keagamaan.

"Kluster tempat kerja dikenali sebagai Kluster Industri Kampung Jaya; Kluster Jalan Dua Olak Lempit; Kluster Jalan Perindustrian Balakong Jaya Dua; Kluster Jalan Tiga Salak Tinggi; Kluster Jalan Tanjung Klang dan Kluster Tapak Bina Alam Perdana.

"Selain itu Kluster Jalan SS Lapan Empat; Kluster Ploteknologi; Kluster Jalan Besar Batu Enam; Kluster Jalan Bukit Satu Zink dan Kluster Jalan Bandar Pasir Gudang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu ialah Kluster Jalan Seri Austin, Kluster Jalan Lee Bah Chai, Kluster Jalan Perusahaan Maju Empat, Kluster Lebuh Sungai Tiram Satu dan Kluster Jalan Besar Perai.

"Dua lagi kluster tempat kerja ialah Kluster Tapak Bina Jalan Kolam Air dan Kluster Dah Pekan Rabu. Kluster komuniti pula dikenali sebagai Kluster Bali Pie, Kluster Jalan Samarakan dan Kluster Kampung Lakai.

"Kluster terakhir membabitkan aktiviti keagamaan iaitu Kluster Kampung Lobou," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 5,671 kes baharu dilaporkan hari ini dan Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 1,510 kes dilaporkan.

Beliau berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat ke 639,562 kes, sekali gus menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 79,848 kes.

"Sehingga kini, 911 kes sedang dirawat di ICU, manakala 462 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, 73 kes kematian hari ini, membabitkan pesakit berusia antara 13 hingga 104 tahun.

"Sebanyak 29 kes kematian di Selangor, Johor (11); Negeri Sembilan (8) dan masing-masing empat dilaporkan di Kedah, Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang.

"Selain itu, tiga kes di Pahang, Kelantan (2) dan masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu dan Perak," katanya.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-6-2021 07:28 AM | Show all posts
saya raya tu stay at home ja..alhamdulillah tiada kes & tiada kluster...kenapa ramai manusia stone head
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tula ampaaa, kami habaq dah dok rumah Sengap2. Ni dok kalut p raya buatpa ampaaa. Tgk hok kelate pun dop jadi gitu deh, jange dok pitnah ore kelate hok dok ghoyak sokmo blk kg deh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan klister balik kampung
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2021 07:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kluster ni ok lagi. Boleh lagi nak buat contact tracing dgn jayanya. Sporadic case tu yg menakutkan. X tau dpt dari mana tup2 positif. 80% kan kes sporadik sekarang ni. Ke iols silap?  Lama dh x ikut perkembangan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Geram aku yg kedah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:32 AM | Show all posts
pelik aku blik raya xde kluster pun walaupun dari hjung tahun member2 asyik kene kuarantin je sbb ada kes positif
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:39 AM | Show all posts
Simunggu replied at 11-6-2021 07:28 AM
saya raya tu stay at home ja..alhamdulillah tiada kes & tiada kluster...kenapa ramai manusia stone h ...

Sama la.. Itulah prinsip masing-masing yang ingin elak keluar beraya..

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
patuh atau tak sama je, semua pukul rata kena hadap macam bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Maap ckp la.. kes naik sbb degil. Kt tmpat aku kluster raya.. asal dari solat jemaah hari raya di masjid..lepstu ziarah menziarah pulak.. kalau masing2 duduk rumah, solat rays di rumah ,tutup pintu x bg org dtg ziarah mesti tak jadi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 09:18 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 11-6-2021 08:39 AM
Sama la.. Itulah prinsip masing-masing yang ingin elak keluar beraya..

saya pkp ke atau tiada pkp..raya pertama memang stay at home tidur ...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahah..dulu kluster rentas negeri  dimenangi melaka...la ni kluster raya negeri lain jugak yg juara...sian sek sek sek kito mandi lanjey...asik nama kena petik jah ujung ujung sek sek lain yg menduniya
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 11-6-2021 09:23 AM
Hahah..dulu kluster rentas negeri  dimenangi melaka...la ni kluster raya negeri lain jugak yg juar ...


Takpe, yang ni orang buat2 lupa. Kalau sskjp, 7 keturunan pun tak habis kena maki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list