CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2792|Reply: 34

[Tempatan] Kerajaan gagal lucut hak wang RM114 juta milik Najib, UMNO

  [Copy link]
Post time 21-5-2021 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizekni at 21-5-2021 10:35 AM

Kerajaan gagal lucut hak wang RM114 juta milik Najib, UMNO

[size=0.8]Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Mei 20, 2021 @ 4:21pmfarahmarshita@bh.com.my
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]

Najib (tengah) keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal melucut hak wang tunai RM114 juta, didakwa milik UMNO dan Najib. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Katanya, pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu Asisten Komisioner D Rajagopal gagal menunjukkan wang itu adalah harta curi, wang dipindahkan hasil daripada pecah amanah jenayah atau penipuan serta gagal menjelaskan bagaimana pecah amanah jenayah atau penipuan berlaku

"Rajagopal gagal mendedahkan dan mengenal pasti siapa diamanahkan dengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), siapa yang mempunyai penguasaan dominan ke atas wang 1MDB dan dengan curang menyalahgunakan wang dana itu serta gagal menjelaskan bagaimana Najib adalah ejen 1MDB.
"Mahkamah juga mendapati pemohon gagal membuktikan kaitan antara wang dalam akaun Ambank milik Najib dengan wang yang disita.

"Jadi, saya menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence itu," katanya.

Muhammad Jamil berkata, atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan wang disita dikaitkan dengan pengubahan wang haram atau hasil aktiviti haram membabitkan pecah jenayah dan kesalahan menerima harta curi.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44.
Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui media berkata, pihaknya akan menyerahkan surat kepada pendakwa raya dalam tempoh 24 jam bermula hari ini supaya wang RM114 juta dilepaskan kepada Najib dan UMNO.

"Apabila wang diserahkan, terpulang pada Najib dan UMNO untuk mengambil bahagian masing-masing seperti yang dirampas di Pavilion Residence," katanya.
Ditanya sama ada wang itu perlu diserahkan kepada pihak ketiga, walaupun tiada sebarang perintah dikeluarkan mahkamah, Muhammad Shafee menjawab, "Pendakwaan perlu menyerahkan wang itu".

dizekni : merangkak la korang segala kaki fitnah
#gagal





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2021 10:34 AM | Show all posts


Siapa tahu kat mana polis singh ni sekarang

ada maklumat dia dah lari ke Kanada

dulu kemain lagi korang rba PH balun dan fitnah Najib

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:34 AM | Show all posts
semata2 pitenah PH...
dakwa guna air liur tanpa fakta....
kalau x malu 7 keturunan ..x tau la nak habaqqqq...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 10:41 AM | Show all posts


Imbas kembali gambar propaganda PH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 11:09 AM | Show all posts
monreyes replied at 21-5-2021 10:34 AM
semata2 pitenah PH...
dakwa guna air liur tanpa fakta....
kalau x malu 7 keturunan ..x tau la nak  ...

krik krik nampaknya segala suku sakat PH
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:19 AM | Show all posts
BN kalah dlm PRU-14, jadi kenalah pindah dari PMO,
polis yg angkut dari PMO ke Pavillion,
polis jugak yg sita dari Pavillion.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:59 AM | Show all posts
dizekni replied at 21-5-2021 10:34 AM
Siapa tahu kat mana polis singh ni sekarang

ada maklumat dia dah lari ke Kanada

macam mana Amar Singh boleh menyita duit dan barangan jika bukti2 tak diperolehi yg duit dan barangan tersebut dimiliki secara haram.
atau matlamat utama menyita untuk nak memperdaya dan memperbodohkan rakyat atas arahan kepentingan pihak2 tertentu bagi menanam kebencian dan mendapatkan sokongan rakyat. Jika benar, malanglah bagi rakyat yg terperdaya dengan mainan politik sebegini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 12:28 PM | Show all posts
dizekni replied at 21-5-2021 11:09 AM
krik krik nampaknya segala suku sakat PH

main petik je..
barang kemas aritu pun dah kena pulangkan...
ada lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 12:30 PM | Show all posts
Bnyk duit najib.hasil genting ka tu
#tanyajejgnmara
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:08 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-5-2021 01:10 PM
JohnyEnglish replied at 21-5-2021 12:30 PM
Bnyk duit najib.hasil genting ka tu
#tanyajejgnmara

baguslah menanya..
najib sudah beritahu berkali-kali...
itu duit sumbangan dana politik masa pru-14.

duit dia sendiripun banyak jugak, cucu jutawan...
jadi tak hairan kalau keluarganya memakai pakaian mewah seperti jam tangan, handbag dll.
sebab dia berkemampuan.


Najib Razak :

......Wang tersebut adalah sumbangan politik bagi kita menghadapi PRU14 dan ianya diterima dari pelbagai pihak termasuk VVIP amat terkenal.
Dari dulu lagi, senarai penyumbang sudah diberi saya kepada pihak polis dan penyumbang juga telah mengaku kepada polis apabila dipanggil.
Mana mungkin BN tak ada cash tunai untuk berkempen dalam PRU14?
Semua parti juga ada. Perbezaan cuma dalam beza saiznya.
Kita tanding 222 parlimen dan 505 kawasan DUN. Jumlah 727.
RM114 juta bahagi 727 kawasan adalah sebanyak RM156k sahaja bagi setiap kawasan yang ditanding.


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh... abg dijek pun join guna hash tag kerajaan melayu gagal ka? DAP senyum sinis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 02:34 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 21-5-2021 12:30 PM
Bnyk duit najib.hasil genting ka tu
#tanyajejgnmara

Semua parti politik perlu dana yang besar untuk bergerakdan bertanding di pilihanraya


you ingat DAP guna air liur busuk saja ka
mo tanding parlimen tambi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 02:36 PM | Show all posts
Punat_button replied at 21-5-2021 01:12 PM
Eh... abg dijek pun join guna hash tag kerajaan melayu gagal ka? DAP senyum sinis

india xavier kes rasuah juta2 ada

cina DAP kes rogol amah pun ada

korang mahacai je yang pandai2 letak kerajaan Melayu

buta punya malaun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 02:42 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-5-2021 11:59 AM
macam mana Amar Singh boleh menyita duit dan barangan jika bukti2 tak diperolehi yg duit dan baran ...

Nak tahu juga, polis singh terima arahan daripada siapa

direct daripada atok saka ka,

atau melalui pak hamid ka

or siapa2 ka
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 02:48 PM | Show all posts
bgslah dpt wet balik.. leh la siap siaga utk pru 15.. eyhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nk bukti teknikal dlm court mmg payah. tapi logiknya, mana ade org simpan CASH RM114juta.
kenapa semua sumbangan masuk dlm bank, lg mudah n transfer ke akaun bahagian2 UMNO.

mcm mane ko nak audit akaun parti,kalau semua cash trasanction n tiada money trail?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 03:54 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-5-2021 03:57 PM
king_kenny replied at 21-5-2021 02:52 PM
nk bukti teknikal dlm court mmg payah. tapi logiknya, mana ade org simpan CASH RM114juta.
kenapa s ...
kalau tak logik, buat apa Tun byk bikin peti besi dlm kompleks Sri Perdana...
itu bermakna Tun pun tahu, memang ada byk duit cash yg disimpan terutama dimusim PRU yg diterima dari penyumbang2 dana politik. Dia sudah terlampau banyak pengalaman sebagai Presiden parti yg besar. duit cash itu pun selamat disimpan disitu dengan kawalan ketat 24jam di Kompleks Sri Perdana.
Dimusim PRU, memang lebih mudah menggunakan duit cash,
jika simpan dlm bank, susah nak keluar masuk duit parti, kena ada meeting utk dapat kelulusan bagai, kena ikut time bank operasi utk keluar duit puluh2 ribu.
itu jugalah yg diamalkan oleh parti2 lain, cuma sizenya aje yg berbeza.
memang tiada undang2 kursus untuk dana politik ini....sebab itu pernah nak diujudkan undang2 mengenai dana politik, tetapi tidak mendapat sokongan majoity dari parti2 lain.
agaknya mereka pun tak mahu sumbangan2 dana politik kepada parti mereka diketahui umum.

Kau janganlah samakan dengan orang2 macam kita simpan duit kat rumah...
nak simpan seribu, puluh ribu kat rumah pun tak berani...
Ahli Parlimen biasa pun, simpan ratus ribu dlm rumah...


RM250,000 hilang dari peti besi Syed Saddiq
Diterbitkan 30 Mar 2020, 2:53 pm
Dikemaskini 30 Mar 2020, 3:58 pm

  • KEMAS KINI: Syed Saddiq buat laporan polis

Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari perti besi di rumahnya.
"Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.



Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 04:05 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-5-2021 04:07 PM
king_kenny replied at 21-5-2021 02:52 PM
mcm mane ko nak audit akaun parti,kalau semua cash trasanction n tiada money trail?
...



kan najib kata , dah bagi kepada polis senarai penyumbang dana tersebut dan penyumbang pun telah mengaku kepada polis apabila dipanggil.
jadi kalau nak audit,  Auditor bolehlah merujuk senarai penyumbang tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 04:20 PM | Show all posts
tapi yg peliknya, ada ahli keluarga yg dikatakan telah mengaku terima duit RM100juta yg berkaitan dengan 1MDB di Singapura,  setakat hingga hari ini,  tiada pula diambil tindakkan...

korang tak rasa pelik ke...?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.104303 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list