CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 14444|Reply: 123

[Jenayah] kak siti(cina rupanya) ayam penyek diserbu

  [Copy link]
Post time 19-5-2021 03:48 PM | Show all posts |Read mode



Peniaga makanan bukan Islam guna nama Kak Siti Ayam Penyet diserbuBy
Sharaimei Shaik Ahmedullah -

May 18, 20210
4641






MBJB bersama sekumpulan lelaki menyerbu rumah pasangan bukan Islam itu untuk mendapatkan penjelasan
JOHOR BAHRU – Sepasang peniaga makanan bukan Islam yang menggunakan nama Melayu bagi mengaburi mata pelanggan diserbu oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di rumahnya hari ini.
Peniaga tersebut yang merupakan pasangan suami isteri menjalankan perniagaan makanan di rumah mereka tanpa kebenaran dengan menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet.
‘Penipuan’ pasangan tersebut terbongkar selepas seorang penghantar makanan yang mendapat tempahan makanan daripada penyedia makanan itu terkejut apabila kedai tersebut beroperasi di sebuah rumah milik bukan Muslim.
Lebih mengejutkan apabila pengendali makanan itu ialah bukan Islam yang menggunakan nama beridentitikan Melayu untuk melariskan jualan makanannya.
Rasa tertipu dengan penipuan yang dilakukan peniaga bukan Islam itu, sekumpulan lelaki bersama MBJB telah menyerbu rumah pasangan itu di Johor Jaya di sini.
Kak Siti Ayam PenyetMenu lain yang turut dijual
Menurut seorang pengguna akaun Facebook, Faizul Hafiz Hashim, dia bersama rakannya dan MBJB tiba di rumah tersebut petang tadi selepas kes tersebut tular.
Katanya, ketika itu pasangan tersebut sedang berkemas di hadapan rumah.
“Ekoran kes yang telah tular berkaitan sepasang keluarga berbangsa Cina yg menjual makanan menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet dan ditempah dalam Food Panda (Halal). Tindakan pantas telah diambil oleh MBJB untuk menutup jualan mereka di rumah itu.
“Saya bersama rakan sempat sampai ketika pasangan Cina ini masih berkemas di depan rumah. Hati tetap berbuku dengan penipuan jualan macam ini, seperti Islam dipermainkan,” katanya.
Sementara itu dalam notis yang dikeluarkan oleh MBJB itu, pasangan penyedia makanan itu diberikan notis kerana menjalankan aktivit menjaja tanpa kebenaran.
Peniaga tersebut diberikan tempoh sehari untuk mengambil tindakan segera dan jika gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan kompaun atau tindakan mahkamah.-MT




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 03:52 PM | Show all posts
Siti nama bibiknya yang menyediakan masakan tu mungkin.  Menu pun semua dari seberang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk islam jela moi. Belajar masak cara islam..amik bahan dr yg halal..kompem jualan naik balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo dia bgtau dia bkn muslim..ok jer...bior jer yg non muslim yg beli...psl nama kak siti tu plak....tu tuan punya resepi ke atau yg sediakan menu tu...tu jer yg musykilnya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak yakin nk beli homemade dish kt panda grab ni. Nama melayu tak semestinya muslim apatah lagi halal toyyiban ya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelanggan melayu jugak yang ko hadap..siyal
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari Siti dah jadi See Tee.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:17 PM | Show all posts
konon bangsa kaya raya..
tapi hadap customer melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kedai mkn own by chinese, tapi yg uruskan kedai org islam,melayu or  indon, bangla..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 19-5-2021 04:14 PM
Dari Siti dah jadi See Tee.

Dari See Tee bertukar ke ShitTy. Hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-5-2021 04:17 PM
konon bangsa kaya raya..
tapi hadap customer melayu

konsepnye melayu mudah kne tipu, kne scam, mudah terpengaruh, mudah dirasuah, mudah dibeli..sesetengah melayu xkesah pun asalkan no pork no lard
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ler rider tu x pejam mata je amik order antar order.. bagus dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kak siti tu org nye mcm siti kasim agak2 korang beli tak mknn dari dia..
Tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa ramai melayu dah mkn ni?nsb baik la ada staff food panda yg peka hal ni..yg lain sblm2 ni buat bodo ke hape?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut guna nama SimplySiti

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tulis tulisan gitu iols pun takkan beli dik takat kak siti tu iols nyahkan ajerrr. Orang tengok la profile orang tu melayu bertutup litup ker hua hua bangsa suci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 19-5-2021 04:34 PM
Kalau kak siti tu org nye mcm siti kasim agak2 korang beli tak mknn dari dia..
Tanya je

Hahahaha tapi siti kassim tu baik tau in real life. Walaupun baik tapi iols takkan beli entah2 makanan2 tu dah penuh carut carutan macam rendang diva AA. Yang tu pun dah bankrap rendang dia. Ye la masak sambil mencarut. Sanggup ke uols nak makan rendang penuh air liur heols tu kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Old kopi pak lee tu mymr makan katak handle dapur korang  hadap gak..yekk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 05:12 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-5-2021 03:52 PM
Siti nama bibiknya yang menyediakan masakan tu mungkin.  Menu pun semua dari seberang.

Iya Kakak, bisa jadi. Lagian makanan dan masakan Indonesia popular banget di Malaysia. Saya juga punya rencana agar usaha catering saya bisa buat delivery masakan Indonesia. Lumayan buat nambah income.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pahala berlipat ganda utk adik FP yang amik initiative utk report.. Mostly mmg senang cmtu.. Lg2 delivery xtgk kedai. FP plak desperately nk sale.. Dah setahun lebih kaya khuens. Covid stop nnt dia rugi woo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-10-2022 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.193720 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list