Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
579
View
0
Reply

[Tempatan] 147 pemain bolasepak tempatan dapat tunggakan gaji RM1.88 juta dari Julai 2015 - Jun 2020

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-5-2021 11:18 PM | Show all posts |Read mode
147 pemain pasukan 'gulung tikar' bakal dapat RM1.88 juta dari Fifa
Diterbitkan 15 May 2021, 11:00 pm

Seramai 147 pemain daripada lima pasukan di negara ini yang gulung tikar bakal menerima bantuan antara AS$1,227.67 (kira-kira RM5,000) hingga AS$9,227.67 (kira-kira RM38,000) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam dalam kenyataan hari ini, berkata sejumlah AS$456,214.48 (lebih kurang RM1.88 juta) diluluskan untuk pemain dari lima pasukan di Malaysia bagi fasa pertama yang membabitkan tunggakan gaji dari Julai 2015 hingga Jun 2020.

Beliau berkata jumlah itu merupakan 2.85 peratus daripada jumlah keseluruhan dana AS$16 juta (RM66 juta) disediakan Fifa kepada pemain di seluruh dunia bagi empat fasa sehingga penghujung 2022.

Menurut Stuart, Fifa menerusi program 'Fifa Fund for Football Players' (Fifa FFP) yang diwujudkan pada 2020 menerusi kerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro), menerima permohonan daripada lebih 1,000 pemain seluruh dunia membabitkan 109 kelab dari 36 negara anggotanya.

Beliau berkata permohonan dibuat menerusi Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama Unit Undang-undang FAM, yang menyerahkan keputusan kes tunggakan gaji daripada Jawatankuasa Status FAM dan termasuk juga kes yang telah diputuskan oleh Fifa.

FAM turut memberikan pengesahan status pasukan atau kelab terbabit yang telah ditutup secara rasmi. FAM berterima kasih kepada Fifa dan FIFPro kerana menerusi wang dana diberikan ini, ia telah membantu pemain yang terkesan dengan tunggakan gaji yang gagal diselesaikan pasukan-pasukan yang ditutup.

Begitu juga kepada PFAM yang telah memainkan peranan utama dalam merealisasikan agenda ini bagi membolehkan pemain-pemain akhirnya akan dapat menerima sebahagian wang tunggakan tersebut, katanya.

Stuart bagaimanapun, menegaskan bahawa penerimaan dana berkenaan bukanlah bermaksud kes tunggakan gaji melibatkan pemain tersebut selesai kerana dana diterima hanyalah sebahagian dan masih terdapat baki tunggakan perlu diselesaikan.

Oleh itu, FAM menyeru pihak yang bertanggungjawab untuk tampil dan menyelesaikan baki tunggakan tersebut. Pada ketika ini, PFAM sedang mengemas kini fakta kelulusan daripada Fifa dan FIFPro dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, katanya.

Beliau menjelaskan Fifa akan mengkreditkan wang dana berkenaan ke akaun pemain yang terlibat dalam kadar segera sebaik menerima maklumat akaun bank pemain.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list