Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
9992
View
157
Reply

[Tempatan] Hari ni, 10 Mei 366 kenderaan kena U-turn. Total 1,426 kenderaan cuba masuk Kelantan balik Raya diarah patah balik. #update

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-5-2021 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 10-5-2021 12:21 PM

Cubaan balik beraya di Kelantan gagal, lebih 100 kenderaan diarah patah balik
Muhafandi Muhamad
Mei 8, 2021 22:12 MYT

GUA MUSANG: Lebih 100 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran ke Kelantan dipercayai untuk pulang beraya diarah berpatah balik di Gua Musang, sepanjang hari ini.
Semua mereka ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Kampung Tanah Putih Gua Musang, di sini, sehingga jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya mengarahkan mereka berpatah balik selepas gagal menunjukkan surat kebenaran merentas negeri.
Beliau dalam pada itu, menasihatkan perantau yang berada di luar Kelantan supaya tidak mencuba nasib merentas negeri untuk pulang beraya di kampung.

"Kita menasihatkan anak Kelantan yang berada di luar negeri supaya janganlah cuba nasib masuk balik ke Kelantan untuk sambutan hari raya tahun ni.
"Ini adalah menjadi tanggungjawab sosial kita yang berada di luar supaya bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang kian meningkat saban hari," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Astro AWANI mendapati, bilangan kenderaan di laluan berkenaan meningkat sejak jam 9 pagi tadi, namun kebanyakan mereka dibenarkan masuk ke Kelantan kerana mempunyai kebenaran termasuk pasangan jarak jauh selain individu yang mempunyai urusan pekerjaan.

Terdahulu, media melaporkan laluan keluar masuk di ibu negara terutama di Plaza Tol Gombak mengalami kesesakan lalu lintas sejak pagi tadi akibat SJR susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-5-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Vodonya... selpish.. carut byk2 nnt makin kurang pahala..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-5-2021 07:27 AM
Vodonya... selpish.. carut byk2 nnt makin kurang pahala..

You sure at this point ,jam 7.30 pagi ini....masih ada belen pahala kau utk ditolak?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:35 AM | Show all posts
nape laa degil sangat...aduhaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi Moscow
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
PADAN MUKAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 08:59 AM | Show all posts
Punyalah penat nak drive sampai ke Gua Musang, lepas tu kena patah balik.

Takde surat jangan mengada nak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
lagi elok dah tercongok dihalaman kg baru nak keluar kereta, polis datang buat serbuan dan halau
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-5-2021 09:38 AM | Show all posts
500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik
Siti Rohana Idris


Pasir Mas: Sehingga petang semalam, kira-kira 500 kenderaan diarahkan berpatah balik ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan tidak munasabah.

Menurutnya lagi, seakan bertindak nekad, ada juga sebahagian perantau yang mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.

"Ramai yang diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas negeri, malah ada yang lebih berani apabila mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan (polis).

"Saya anggap tindakan itu sebagai cuba nasib, namun kita berjaya kesan cubaan itu sebelum mereka dikenakan kompaun dan diarahkan berpatah balik.

"Paling ramai diarah berpatah balik adalah di sekatan jalan raya sempadan Gua Musang dan Pasir Puteh," katanya kepada pemberita di sini, tengah malam tadi.

Dari segi jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan beberapa hari kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun negeri itu berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, beliau membuat tinjauan di dua sekatan jalan raya dalam mukim Bunut Susu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas yang berkuat kuasa tengah malam tadi sehingga 22 Mei.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Shafien berkata, seramai 117 yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dalam penugasan di 13 sekatan jalan raya sempena PKPD itu.

"Tiga lokaliti ini membabitkan kira-kira 1,800 penduduk iaitu 500 keluarga yang mana kami rasakan tugasan kali ini tidak semudah seperti sebelum ini kerana merangkumi kawasan yang luas.

"Kami juga sudah mengenal pasti sebanyak 30 laluan alternatif termasuk lorong tikus yang terdapat dalam kawasan ini namun yakin bahawa penduduk akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas.

"Dalam masa yang sama, kami sangat mengharapkan agar penduduk membuat ujian calitan dengan segera kerana saya difahamkan mereka yang sudah tampil belum mencapai 50 peratus," katanya.

Disiarkan pada: Mei 9, 2021 @ 8:59am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut saman je, Banggang x ajar
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-5-2021 08:59 AM
Punyalah penat nak drive sampai ke Gua Musang, lepas tu kena patah balik.

Takde surat janga ...

Bior lerr. Biar penat bdn & frust menonggeng dorg tu. Baru ada akal gamaknya. Degil & keras kepala dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktaula mmg tak cakna isu semasa ke atau mmg sejenis suka langgar undang2.

Kes kat kelantan tu tinggi lagi berani nak masuk juga situ.
Dah masuk jgn bagi dia balik biar mereput sampai 10 jun.
Tau2 keje pun dah takde lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgkp terus masuk jail vodo sgt sskjp ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sskjp dan degil berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-5-2021 08:59 AM
Punyalah penat nak drive sampai ke Gua Musang, lepas tu kena patah balik.

Takde surat janga ...

Patut kasi lepas sampai kuala krai pastu baru suruh patah balik..kasi ajar sikit sapa keras kepala sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 9-5-2021 09:04 AM
lagi elok dah tercongok dihalaman kg baru nak keluar kereta, polis datang buat serbuan dan halau {:1 ...

Elok gak idea ni. Kat gua musang cuma isi alamat umah .jangan mintak surat apa2. Kat umah nanti suruh radio car standy terus.pastu halau balik..biar dia sempat tgok rumah dan mak ayah tapi tak leh turun keta
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:24 AM | Show all posts
camana polis boleh bagi balik atas surat urusan kerja tu..agak2 la polis yg cop kat balai pon..time raya kot..urusan kerja apanya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Adan uker.


Selfish bastard.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu buat sepah tepi hiway
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:40 AM | Show all posts
Nape suruh patah balik?
Suruh masuk gaung je terus.
Ape org Kelantan kalau x balik kampung leh mati eh?
Bodo x bertepian laaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list