CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1335|Reply: 2

[Jenayah] kehkehkeh...ASP berkait Geng Nicky dibebas dengan jamin polis

[Copy link]
Post time 7-5-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky telah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.
Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Baldev Singh Gurdial Singh, 36, selaku pemohon memaklumkan demikian ketika dihubungi media semalam.
Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan seorang lagi pegawai polis, ASP Rahmat Fitri Abdullah yang juga dikaitan dengan geng jenayah tersebut turut dibebaskan.
Sementara itu, Peguam Persekutuan, Muhammad Safuan Azhar ketika ditemui selepas tamat prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas berkata, rentetan pembebasan itu, pemohon akan menarik balik permohonan habeas corpus yang difailkan pada 30 April lalu.
“Mahkamah menetapkan pengurusan kes lanjutan pada 11 Mei ini berhubung permohonan untuk menarik balik habeas corpus itu. Ia akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan,” katanya.
Menurut writ yang difailkan, Baldev Singh menamakan pegawai penyiasat, Superintendan Amran Mohd. Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua.
Berdasarkan afidavit sokongannya, pegawai polis itu memberitahu dia telah ditahan pada 26 April lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi membantu siasatan kes jenayah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.
Baldev Singh mendakwa dia tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes jenayah dan penahanannya itu adalah tidak sah serta bertentangan dengan Artikel 5.8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 15 April lalu, Utusan Malaysia mendedahkan Deputi Superintenden Polis (DSP) dan ASP antara kira-kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.
Pada 27 April lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik berkata, pihak polis telah menjalankan Op Pelican 3.0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Johor di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Pada operasi tersebut seramai 12 pegawai penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditahan.- UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hehehe ..     
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 09:30 PM | Show all posts
Apakah makna semua ni??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.076171 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list