CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1553|Reply: 6

Konstabel polis, 3 lelaki disyaki menyamun warga Nepal ditahan

[Copy link]
Post time 7-5-2021 05:27 AM | Show all posts |Read mode




Iskandar Puteri: Empat lelaki termasuk seorang konstabel polis ditahan selepas disyaki menyamun warga Nepal di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menahan kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun pada 12.10 tengah malam.


Menurutnya, anggota polis berusia 23 tahun itu ditahan bersama tiga yang lain bekerja sebagai buruh binaan, pemandu bas dan pemandu lori tunda.


"Siasatan awal mendapati seorang daripadanya mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala yang lain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.


"Lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua kunci kereta serta alat kawalan jauh, kad bank, kad kuasa polis, sepasang gari, topi 'baseball', pelitup muka warna hitam selain sebuah kereta Toyota Vios dan Honda City turut dirampas.


"Siasatan lanjut masih dijalankan, selain polis percaya dengan tertangkapnya kumpulan ini dapat menyelesaikan beberapa lagi kes samun berkumpulan yang berlaku sepanjang bulan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.


Katanya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 9 Mei ini.








Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.


Kan dah kerja dah. Pak Polisi lagi. Rugi rugi. 23 tu muda ngat ngat sgt. For sure akan kesal seumur hidup dek kejadian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bagusla polis ni  awal2 dh kantoi ni kalau dah lama naik tocang la, mcm cerita one teo jaga la polis ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sesuai kpn baru acrylic x bg polis buat siasat rawak warga asing..nak elak kes camnil ah..ngepau org jah keja...bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 08:00 AM | Show all posts
Mendapatlah...polis lg tu...buat malu pdrm jer..nasib baik dpt cekup awal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
klau utk kes warga asing,biar pegawai imigresen yg tahan dgn bantuan polis. kalau imigresen nak buat serbuan, minta bantuan polis. buat SOP mcm ni. kalau pegawai imigresen sedang buat tahanan rawak dkt satu-satu kawasan,maklumkan pada IPD terus utk supaya polis yg terdekat boleh bg bantuan. biar SOP mcm ni.senang. kalau boleh sprm pun join skali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pangkat rendah geng dengan penjenayah cap ayam.asp,dsp geng dengan kartel niki..semua ada cara cari duit tepi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.173975 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list