CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 2

Sufian Suhaimi Jadi Pak Lawak Pula

[Copy link]
Post time 26-4-2021 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Lakonan bersahaja dan aksi mencuit hati penyanyi Sufian Suhaimi dalam drama Kampung Kolestrol berjaya mencuri perhatian penonton.


Mengakui bukan mudah melakonkan watak komedi dalam drama ini, Sufian, 29, berkata dia memberanikan diri menerima tawaran berlakon kerana mahu mencabar diri sebagai seorang anak seni.


Foto: IG




"Sebagai seorang penggiat seni saya suka cuba banyak benda baru, sebelum ini jadi penyanyi pun kita bereksperiman dengan banyak muzik baharu tapi memandangkan pandemik Covid-19, tiada persembahan jadi kita cuba pengalaman baharu melalui lakonan.


"Memang mencabar... jauh berbeza antara menyanyi dan lakonan kerana apabila terlibat dengan drama kita kena beri komitmen yang tinggi, masa kita diperuntukkan di set penggambaran.


"Kalau menyanyi pula, selesai show, dapat bayaran dah boleh balik... tapi berlakon sesebuah drama boleh mengambil masa sebulan kita perlu berada di set lokasi. Ini satu benda baharu untuk saya tapi menyeronokkan," katanya kepada mStar.




  



Dalam drama Kampung Kolestrol, Sufian membawakan watak Adi iaitu anak kepada Kak Bib lakonan Mas Idayu.


Pertama kali membawa watak komedi, penyanyi lagu Di Matamu ini mengakui bukan mudah untuk menonjolkan karakter berbeza dengan realiti dirinya itu.


Lebih mengujakan apabila mengetahui perlu bergandingan dengan tiga nama besar industri seni tanah air iaitu Mas Idayu, Ziana Zain dan Rusdi Ramli.


  



"Bukan mudah bawa watak komedi sebab itu bukan saya! Saya ni biasa-biasa sahaja... selalu di luar orang tengok saya seorang yang serius.


"Apabila ditawarkan berlakon drama ini, perkara pertama buat saya teruja ialah dapat bekerjasama dengan dua diva yang kita tahu memang nama besar.


"Rasa sangat rendah diri dapat bergandingan bersama mereka... secara peribadi sangat mudah bekerjasama bersama bintang-bintang besar ini dan kami semua rasa macam berada di rumah sendiri," ujarnya.


  



Ditanya mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Sufian memberitahu dia bakal muncul dengan single baharu selepas hari raya Aidilfitri ini.


"Awal Ramadan ini saya habiskan penggambaran drama ini, kemudian saya akan menjalani rakaman single baharu.


"InsyaAllah lagu baharu berjudul Cinta Tak Bertepi akan dilancarkan dalam masa terdekat... selepas raya ini saya akan kembali aktif dalam bidang muzik dan uruskan perniagaan. Buat masa ini semuanya okay Alhamdulillah," katanya.




  



  



Kampung Kolestrol bersiaran di slot Diandra (TV9) setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 8.30 malam.


Drama arahan pengarah Shuhaimi Lua ini dibintangi oleh Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Rusdi Ramli dan Sufian Suhaimi. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dah nak ropa laki jahjobo tu jah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, tak pernah minat dia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.501644 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list