Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
3988
View
37
Reply

Shah Khan pelakon Yang Masih Sendu Walaupun Kacak

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-4-2021 05:30 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki 'masuk' slot akasia

HAMPIR setahun menceburi kerjaya lakonan, pastinya nama pelakon Shah Khan, 27, belum benar-benar dikenali. Apatah lagi, drama lakonannya juga tidak banyak.

Dalam tempoh itu, Shah Khan atau nama sebenarnya Muhamad Alieshah Mohd Kamaruzaman baharu muncul dalam dua drama iaitu Juliet dan Tolong Aku Dr Cinta.

Bersua dengannya baru-baru ini, pemuda kelahiran Johor itu berkata, dia mendapat peluang membabitkan diri dalam karier seni sekitar tahun lalu.

"Saya mendapat peluang daripada penerbit Fadzil Teh yang memberi ruang dan kepercayaannya membintangi drama Juliet terbitan Zeel Production.

"Ketika itu, saya meluahkan hasrat untuk cuba berlakon kerana amat meminati bidang ini. Alhamdulillah, dia (Fadzil) sudi berikan peluang berkenaan.

"Walaupun watak pembantu, saya amat menghargainya berikutan harus bersungguh-sungguh membuktikan bakat lakonan dimiliki," katanya.

Menurutnya, Fadzil atau mesra dengan sapaan Haji Zil memberi dia peluang cuba berlakon dalam dua drama terbitan Zeel Production sebagai penilaian bakat.


SHAH Khan pernah mewakili negara dalam sukan tinju.

"Apa pun, saya kini teruja menunggu masa untuk masuk set penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaiku tidak lama lagi bagi slot Akasia TV3.

"Sebagai pendatang baharu yang mahu memahat nama dan bakat dalam industri hiburan, peluang membintangi drama untuk slot Akasia ini, saya anggap rezeki.

"Bukan mudah mendapat peluang itu dan ia cabaran buat saya. Ditambah, akan berganding pula dengan pelakon seperti Redza Rosli dan Intan Najuwa.

"Saya bertekad mahu melakukan sebaik mungkin untuk watak dilakonkan nanti. Ia penting untuk masa depan kerjaya seni yang diceburi ini," katanya.

Mengakui minatnya terhadap lakonan sejak kanak-kanak kerana bapa saudara juga seorang pelakon, Shah Khan berkata, dia sebelum ini aktif dalam sukan tinju.

"Saya pernah menyertai pasukan negara dalam acara tinju dan mewakili Malaysia di temasya Sukan Sea selama beberapa tahun sejak 2014.

"Cuma, selepas mengalami kecederaan teruk di kening bahagian kiri pada 2018, saya harus berehat seketika. Sejak itu, saya terfikir nak cuba berlakon.

"Alhamdulillah, peluang sudah diperoleh sekarang dan saya kena serius. Harapan saya, semoga bakat lakonan dipersembahkan ini diterima baik penonton," katanya.

Mengulas juga mengenai gosip, Shah Khan berkata dia lebih gemar mengambil langkah berhati-hati. Ujarnya, kalau boleh dia tidak mahu terpalit langsung.

Meskipun sedar gosip dan cerita sensasi lumrah kehidupan seseorang artis, bagi Shah Khan ia boleh dielak dengan menjaga batas pergaulan diri.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-4-2021 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa apaknye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga
Iols baca shah rukh khan
Pastu.dok baca mana.la.shah rukh khan.sendu neh
Rupanya mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 05:53 AM | Show all posts
tak cukup kacak untuk standard lelaki kacak di malaysia ni...

orang malaysia tak suka muka campur2 paki atau india ni contohnya macam jahlop...
rupa2 ni memang takkan di adore sebab memang tak herlok dan tak jadi pun dengan hidung parrot dan muka penuh sabut kelapa macam nak perah santan... kat malaysia ni orang tak suka laki jambang penuh macam sabut kelapa tu, sebab fikir balik kalau jadi bf gigih la nak kena kupas2 dan carik2 kulit kelapa nak comolot... baik aku pergi perah santan, koman2 boleh masak nasi lemak atau buat kuih talam untuk berbuka nanti...

contohnya wajah menepati standard yang top dan di sayangi, fazura, siti nurhaliza, muka melayu typical yang herlok, memang masyarakat tempatan adore muka macamni. mix2 ni kalau betul menjadi baru boleh jalan, kalau mix2 tapi tetap jongos memang takkan ke mana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia campuran bamtah dengan bam julripin. Keliru mak sekejap.
Btw sumpah tak pernah tgk dia ni. All d best dik. Kadang2 luck juga, dulu muka mix2 skit mmg jd pujaan..tp now peminat lebih kepada yg muka pondan korea atau muka melayu sejati yg macho tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia iras zul ariffin dan azrel ismail.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
eh..bukan drama tak sempurna tu tgh tayang ker skrg...heols yg mana satu ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:26 AM | Show all posts
Shah Khan mana pulak ni. Nama tak pernah dengar. Muka pun tak pernah nampak kat memana. Selayaknya di'whoareyusssssss'kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 09:24 AM | Show all posts
another product from mak hayam hajah zeel
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 23-4-2021 09:24 AM
another product from mak hayam hajah zeel

Pastu duk komen dap dap dap.. Choi makayam
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 10:26 AM | Show all posts
tobobon replied at 23-4-2021 06:53 AM
eh..bukan drama tak sempurna tu tgh tayang ker skrg...heols yg mana satu ni

salah sorang yg jadi kawan2 hero(redza rosli)...
nak tunggu buka punya pasal.. tengok gak la citer sengal ni sementara tunggu azan maghrib...
bodoh2kan penonton je jalan citer nya... lemau
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 10:37 AM | Show all posts
adoi sapa pulak niiiiiiii..tapi okla muka sedap mata memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 02:51 PM | Show all posts
Buat video burung nanti famous lah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Telinga capang camni kacak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni perasan zul arifin.. hahahahaha.

I masa bercuti terserempak dengan pelakon lain bersama dia. Salah seorang pelakon tambahan tu pulak  saudara dgn one of my ipar. Malas nak sebut sebab tu pun pelakon sendu je. Kebetulan diorang shooting kat tmpat kami bercuti...Hahahaha...

Abg ipar i gi say hi bye bye kat sedara dia tu. Bila kami nak amik gambar sedara dia dan sorang lagi artis tu, dia sibuk je datang masuk sekali. Tak ajak pun...hahahahah .kami bantai gelak je belakang-belakang.
Last sekali ajak artis sorang tu je selfie

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 04:11 PM | Show all posts
lagi 10 tahun mesti lagi ramai artis2 muka bangla, pakistan kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 04:15 PM | Show all posts
silampumeja replied at 23-4-2021 03:05 PM
Dia ni perasan zul arifin.. hahahahaha.

I masa bercuti terserempak dengan pelakon lain bersama di ...

zaman artis cari peminat dek...


tak boleh kekwat sgt....


tak ajar bergambar pn diroang serah diri utk ambil gambar
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 04:24 PM | Show all posts
tgok kt gmbr atas not bad, tapi muka dia mcm waghih kojolobak kojolobu bila tgok kt ig
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts

Mengekek iols baca komen sensorang forummer...
Tak nyesal log in arini
Iols is terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 07:43 PM | Show all posts
Edited by Pujangga22 at 23-4-2021 07:44 PM


antara muka2 pakistan n bangla

220px-RadhiKhalid02.jpg
biodata-mathni-razak-pelakon-drama-nur-2-1.jpg
remy.jpg
Ali-Rezaheight183cmYOB1997-1.jpg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list