Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7538
View
101
Reply

[Tempatan] EDISI TERKINI. Rentas negeri sempena Aidilfitri akan diumumkan selepas 28 Apr. SOP ziarah akan dikeluarkan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-4-2021 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Rentas Negeri Aidilfitri Ditentukan Selepas 28 April

Ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu mengikut peraturan sedia ada.

Saya sudah beritahu kita masih lagi hadkan rentas negeri kecuali ada keperluan. Bagi negeri yang terlibat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ke PKP boleh jika travel bubble ada surat majikan juga kebenaran polis.

Negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan PKP tidak boleh kecuali mereka terpaksa. Pihak polis juga telah buat kenyataan tiga keadaan boleh dibenarkan rentas negeri termasuklah kematian, sakit tenat dan disebabkan pekerjaan.

Jadi untuk dua minggu ini sehingga 28 April masih ikut peraturan sedia ada. Untuk 28 April hingga next two weeks atau one month itu kita tengok keadaan kedudukan kes, katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya kes tidak turun, KKM mencadangkan rentas negeri semasa raya Aidilfitri tidak dibenarkan. Bagaimanapun perkara ini akan dibawa ke MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk ditetapkan.

Sumber: Kosmo

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 19-4-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ckp xboleh. Ni ckp tggu selepas 28 april pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa xyahla bagi rentas negeri time raya..i malas nak balik raya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah bagi harapan ler. Cakap je siap2 tak boleh. Stop kan jugak dulu majlis sosial macam kenduri kawen/tunang etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:05 PM | Show all posts
rentas melangkawi urusan kerja xpe
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat bagi harapan palsu... Baik kau cakap je terus. Gaji bawah 50k tak boleh rentas negeri. Hanya pendapatan isi rumah 100k je boleh. Kan senang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xboleh rentas negeri, ziarah pun xpayah la. Xpyh la nak sop 20,30 org. Semua duduk mereput dirumah je.. br adil
Sumpah aku dah menyampah dgn semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:12 PM | Show all posts
Cece1234 replied at 19-4-2021 08:55 PM
Alaaa xyahla bagi rentas negeri time raya..i malas nak balik raya..

Malas nak balik kpg mertua la tu. lepas tu malas nak berjumpa dgn ipar duai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada chance cefwan nak hencap saudara mara nanti. Atau pun saudara mara sibuk tanya hot gossip dgn cefwan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lps 28.04 nnt dia ckp plk akan bg keputusan lps 12.05
Klu nak bagi bagi ajelah klu xnak bg tu ckp ajelah x boleh, ni ckp bolak balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 19-4-2021 09:01 PM
Tak payah bagi harapan ler. Cakap je siap2 tak boleh. Stop kan jugak dulu majlis sosial macam kendur ...

Tu la, nak kawin2 tu kawin je la tp x perlu kot nk buatmajlis...panggil tok kadi, saksi udah...kalau gatai jgk nk buat makan2, pas duit kt rmh anak yatim bior diorg makan2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah. Aku dh booked bilik infiniti  pool ni. Depo pon dh byr. 3d2n.Nk kna meeting blk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa2 menteri ni..kes mencanak naik ko sibuk kaji rentas negeri raya lagi. Dgn banyak kes budak sekolah. Itu yg patut ko seriously kaji n come up with solution. Apa pun tak boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Straight to the point saje

Umumkan tak blh rentas negeri
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape beza bleh rentas x bleh rentas????
Kalau x bleh rentas, haramkan je raya
Xleh kumpul 1rumah kalau bukan penghuni rumah tu....kan senang adil dan saksama
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan kenduri boleh
Makan buffet ramadan boleh
Main bola boleh
Cuti2 melangkawi batas pun boleh
Makan kat restoran/mall ramai2 xpe

Balik tengok mak bapak? Big no...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi macam terpaksa bagi rentas ..tu kena buat SOP..boleh rentas daerah pun dah sesak rumah tu org dtang nk berjaya..penat dok dapur masak,tetamu dtg ramai2 Tak tau nak balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin nak berkenalan dgn muke2 staff MKN yg bertugas buat SOP bagai ni. saje nk tgk cert ori ke kabel ke.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kjap kata gini, pastu kata gini.. Terus buat kptsan je x bole ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 19-4-2021 10:02 PM
teringin nak berkenalan dgn muke2 staff MKN yg bertugas buat SOP bagai ni. saje nk tgk cert ori ke k ...

Hahaha.. bkn MKN je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list