Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1809
View
16
Reply

[Tempatan] 'Boleh rentas negeri untuk janji temu vaksin COVID-19'

[Copy link]

Author: YgBenar       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-4-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat semalam, sudah membuat keputusan untuk memberi kebenaran kepada mereka yang terbabit.
"Semalam, MKN bersetuju kebenaran merentas negeri diberikan kepada mereka yang ingin membawa tanggungan ke janji temu bagi penerimaan vaksin.

"Sebagai contoh, ada anak di Kuala Lumpur ingin membawa ibu bapa atau ahli keluarga warga emas ke Negeri Sembilan bagi janji temu vaksin dan ini dibenarkan.
"Kita bagi kelonggaran kepada waris atau ahli keluarga yang ingin balik ke kampung asal untuk janji temu penerimaan vaksin itu. Mereka hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri," katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malek dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Mengulas mengenai bilangan peratusan pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 yang rendah bagi fasa kedua terutama membabitkan kawasan kampung dan pedalaman, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, pihaknya menyedari keadaan itu disebabkan beberapa faktor termasuk rangkaian internet yang rendah.
Susulan itu, beliau berkata, kaedah pendaftaran bersemuka akan dilaksanakan.
"Kempen pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 akan terus berjalan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk wakil rakyat dan kepemimpinan peringkat kampung.

"Malah sesi lawatan rumah ke rumah juga akan dilaksanakan bagi memastikan semua rakyat mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, persiapan fasa kedua program imunisasi itu yang akan bermula Isnin ini, berjalan lancar seperti dirancangkan.
Katanya, terdapat empat fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di Negeri Sembilan dipilih sebagai PPV utama khusus untuk penerima yang berisiko tinggi iaitu Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Hospital Port Dickson, Hospital Tentera Darah Kem Sirajuddin Gemas dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

"Kategori berisiko tinggi ini membabitkan mereka yang mempunyai alahan teruk, ada sejarah masalah imunisasi dan masalah pendarahan atau mengamalkan ubat pencair darah," katanya.
Khairy berkata, beberapa lokasi di seluruh Negeri Sembilan yang bukan berstatus fasiliti KKM sudah ditetapkan sebagai PPV.
"Antaranya Dewan D` Sury di Jelebu, Dewan Majlis Perbandaran Jempol, Dewan Dato Bahaman dan Kompleks Rakan Muda di Kuala Pilah, Kompleks Belia dan Sukan Teluk Kemang serta Auditorium Pejabat Daerah Port Dickson di Port Dickson.
"Selain itu, Dewan Kampung Sendayan, Dewan Orang Ramai Sikamat, Pusat Islam Rantau, Stadium Tertutup Nilai dan Dewan Seri Rembau di Rembau.

"Lokasi lain termasuk Dewan Besar Gemas dan Dewan Perdana bagi Daerah Tampin," katanya.
Khairy berkata, setakat ini seramai 170,970 rakyat Negeri Sembilan sudah mendaftar bagi penerimaan vaksin membabitkan warga emas seramai 68,032; orang biasa (96,513) dan orang kurang upaya (6,425).

kj.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 16-4-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ada dah anak2 yg duduk sekali dgn parents tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Habistu anak yg nk membawa parents tu, xde bawa balik risiko covid ke kampung ke? Ke Covid x menyerang anak mithali
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:41 AM | Show all posts
apa jaminan otw tu xkne kobik ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiseymen.. satu negeri la pulop
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:54 PM | Show all posts
Ala syarat le tu anak nak balik boleh asalkan mak pak dah setuju nak ambik vaksin as per appointment anak tukang hantarkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan baru utk geng2 bodoh mtk kebenaran rentas negeri!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai satu romah lah pulok
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela ramai jgk org tua yg xde kenderaan dan xtau psl vaksin ni.. anak2 yg blk tu kene ada kesedaranla kalau rasa ada simtom tu tak pyhla blk simple
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-4-2021 06:55 PM
Alasan baru utk geng2 bodoh mtk kebenaran rentas negeri!

Garangnya chuols heheee... ala rindu kg halaman my other half u
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
chilly replied at 17-4-2021 12:35 AM
Alahai satu romah lah pulok

Ni sekadar rentas bilik, ruang tamu etc je la kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 17-4-2021 06:56 AM
Yela ramai jgk org tua yg xde kenderaan dan xtau psl vaksin ni.. anak2 yg blk tu kene ada kesedaranl ...

Betul tu.. yg xde sematfon/tenet. Tp my kg ritu ad org mana tah tlg regis kn. xtau la org yg dipertanggung jwbkan ke org tu sj2 nk tlg warga emas
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-4-2021 08:31 AM
Garangnya chuols heheee... ala rindu kg halaman my other half u

Yeee..ai geram taw..ai jaga sop baik punya,tup2 org y tak bertanggungjawab ni buat sh*t..keje besar2,tp otak kecik.. useless betul mereka ni..xtaw laa bila ai boleh balik kg..polis pn hampeh jah,bg surat kebenaran,pstu kt roadblock,xde nak check sgt pn..

Y paling bodoh tu,acah2 rentas negeri sbb bisnes n acah2 nk tlg family tp bawak satu family..geram ye ai..makpak bodoh,nti jg laa bg kebodohan tu kt anak2 jgk..smpai ke sudah keturunan bodoh tu..geram sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 17-4-2021 11:51 AM
Yeee..ai geram taw..ai jaga sop baik punya,tup2 org y tak bertanggungjawab ni buat sh*t..keje besa ...

Hehe mmg la kn sakit hati.. nk gak merentas huhu.. U kalau rs u low risk ley kot try mintak balik utk ziarah. My fren dpt je bila ckp bujang n nk ziarah hehehee.. mak dah tua kt kg kn kot nk pebetoi ap2 nk beli2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-4-2021 02:38 PM
Hehe mmg la kn sakit hati.. nk gak merentas huhu.. U kalau rs u low risk ley kot try mintak balik  ...

Ai nak balik tp ai xnk amek risiko..nak2 duk selangor ni haa..skrg ni ai tgh self-quarantine haa..sbb ada student tmpt keje ai positive covid.. irresponsible parents,dah rse x sihat tp dtg jugak kelas..nasib baik weolzs tested negative..tp kuarantin jgk laa..ofis tutup mggu ni..geram yee org mcm tu...

Kes kurg drpd 500,baru lerrr ai suka hati nk mtk balik kg...tp bila pn xtaw..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 17-4-2021 02:49 PM
Ai nak balik tp ai xnk amek risiko..nak2 duk selangor ni haa..skrg ni ai tgh self-quarantine haa.. ...

Ooo kesahnya.. mcm tu iols pun xrekemen la u balik. Bhy u.. kerap vc je la pengubat rindu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-4-2021 10:23 PM
Ooo kesahnya.. mcm tu iols pun xrekemen la u balik. Bhy u.. kerap vc je la pengubat rindu

Ye yuu..ai plak jenis ngn org2 y ai rapat ni ai lg prefer f2f..ai serius xsuka vc or ckp thru fon..lg satu ai xnk bg sedih haa..rindu kan,time borak2 tu ok la..time duk sensorang,bila teringat, nangis sorg2 haa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list