Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
3853
View
37
Reply

Shannen Doherty Rai Setengah Abad, Walau Hidap Kanser Tahap 4

[Copy link]

Author: Cari-Azza       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-4-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode





Menyambut ulang tahun ke-50, aktres jelita Shannen Doherty mengungkap kembali kisah perjalanannya sebagai anak seni sehinggalah usianya kini setengah abad.


Bintang yang mula popular dengan drama bersiri Beverly Hilss 90210 ini menjadi fenomena di era 90an bersama pelakon lain, Luke Perry dan Jason Priestly.


Kegemilangan diteruskan dengan drama bersiri Charmed sehinggalah Shannen mengambil keputusan untuk memberhentikan perjalanan kariernya apabila kanser payudara yang dihidapnya pada tahun 2015 kembali lagi tahun lepas.


Berada di fasa keempat, tampaknya ia menjejaskan keseluruhan sistem badannya namun Shannen tetap optimistik tentang masa depannya.


Foto : Google







Karier anak seni


Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam drama Little House, kemudiannya muncul dalam beberapa filem antara tahun 1985-1989 membuatkan bakat Shannen mula menyerlah sehinggalah mendapat tawaran sebagai Brenda dalam Beverly Hills 90210 sebelum meninggalkan siri tersebut pada tahun 1994. Manisnya apabila Shannen memenangi Anugerah Pelakon Wanita Muda Terbaik bagi kategori drama bersiri.


Selepas kematian mengejut rakannya, Luke Perry, ia membuatkan dia menyertai siri Beverly Hills 90210 reunion pada tahun 2019.


Foto :Amazon






Kecemerlangannya diteruskan dalam drama bersiri Charmed sebelum meninggalkan watak sebagai Prue Halliwell pada tahun 2001 apabila menghadapi konflik dengan pelakon lain.


"Terlalu banyak konflik di set dan tiada semangat untuk bekerja."



Foto : imdb






Seterusnya Shannen antara artis pertama yang ditawarkan menyertai program realiti Dancing With The Stars pada tahun 2010.



Setahun kemudian, dia menandatangani kontrak program realiti, Shannen Says bagi rakaman persiapan perkahwinan di Malibu yang ditayangkan pada tahun 2012.



Shannen juga turut dikenali sebagai artis yang lantang bersuara.



"Saya lantang bersuara kerana perlu berani dalam sesuatu isu. Ya, ada sedikit penyesalan tapi saya tak ralat."



Perkahwinan

Shannen pernah berkahwin dengan aktor Ashley Hamilton pada Oktober 1993 kemudiannya bercerai pada April 1994. Seterusnya bintang televisyen tersebut berkahwin dengan pemain poker Amerika Syarikat, Rick Salomon pada 2002 tetapi ia hanya bertahan selama sembilan bulan sahaja.



Foto : abcnews.com





Pada Oktober 2011, Shannen berkahwin dengan jurugambar, Kurt Iswarienko sehingga kini.





Kanser tahap 4

Penyakit kanser payudara menyelubungi aktres ini pada tahun 2015 kemudiannya menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi selepas pembedahan.


Malangnya, Februari 2020, ianya menyerang kembali. Namun dia tidak mahu menjadikan itu sebagai penamat, Shannen mahu bekerja seperti biasa sekaligus membantu mereka yang berada di fasa sama.





Foto : Survivor.net





Apa yang membantunya untuk terus kekal tenang ialah sokongan berterusan daripada keluarga dan rakan-rakannya seperti Sarah Michael Gellar dan Selma Blair.


Anda peminat Shannen Doherty? Contohi ketabahannya menjalani liku-liku kehidupan. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:48 AM | Show all posts
dah lain betul muka dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:49 AM | Show all posts
Lejen beverly

Bukan main cun time muda

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Selma Blair mcm tak makan usia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu muda cunnnnn tapi wild
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertama kali tengok lakonan dia di dalam series Our House. Sangat lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada iras Roseanne Barr pulak dlm gambar bertiga Tu..acik Shannen ni mmg kaki bergado ngan castmate sheols ye..dari jaman Beverly hills sampai ke charmed tak habis2 gado..diva sgt agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat dia berlakon BH90210, lawa sangat dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: Selma Blair mcm tak makan usia.


Sheol exotic betul.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 13-4-2021 12:00 PM
Sheol exotic betul.

Tu la.. Cantik sungguh dia ni.. Suka tgk dia dlm hellboy.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-4-2021 01:40 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:08 PM
Tu la.. Cantik sungguh dia ni.. Suka tgk dia dlm hellboy.

u, filem hellboy ke? Takda pun i google

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:40 PM | Show all posts
Effect akibat sakit terlihat diwajahnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari-Azza replied at 13-4-2021 01:40 PM
u, filem hellboy ke? Takda pun i google

U cari salma hayek kot? Ni selma blair hellboys 2

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-4-2021 01:47 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 01:42 PM
U cari salma hayek kot? Ni selma blair hellboys 2

ok2, i silap. ingatkan quote asal tu pasal shannen dalam hellboy, patut lah takda.   


   tq sarah


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari-Azza replied at 13-4-2021 01:47 PM
ok2, i silap. ingatkan quote asal tu pasal shannen dalam hellboy, patut lah takda.   



Hahahahaa.. Selma.. Cantik gila.. Shannon cantik yg biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 12:08 PM
Tu la.. Cantik sungguh dia ni.. Suka tgk dia dlm hellboy.

Mesti alotsof mix ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Selma nie berlakon yg dia jadi heiress kaya and ada perempuan nak amik identity dia and last sekali plot twist sheols yg amik identity perempuan tue and now mampu hidup bebas - Columbus Circle
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi ai Shannen ni plg cantik dalam adik beradik Charmed bagi ai wajah dia jenis wajah cantik elegant
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 13-4-2021 02:43 PM
Mesti alotsof mix ni

Dia mcm ada darah spain/itali kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 02:52 PM
Dia mcm ada darah spain/itali kan..

Setelah meriki, sheol mmg alotof mix, macam2 jenis jews. So sheol mmg jews.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list