Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
460
View
4
Reply

[Dunia] Singapore ada muzium eskrim..ko hado?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
https://img-s-msn-com.akamaized. ... =60&o=f&l=f

Biarpun dunia masih bergelut dengan pandemik Covid-19, namun Singapura tetap berazam untuk memulihkan sektor pelancongannya dengan membuka tiga tarikan pelancongan baru.

Salah satunya tarikan yang pasti membuatkan ramai orang teruja ialah Muzium Ais Krim yang bakal dibuka di Dempsey pada Ogos depan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam pengumumannya berkata, ia adalah lokasi pertama di luar Amerika Syarikat (AS) bagi muzium berkenaan.

Muzium itu sangat popular di Instagram apabila pengguna sering memuat naik gambar kolam taburan hiasan ais krim berwarna pelangi.

Turut dibuka pada tahun ini juga ialah permainan ekstrem Slingshot tertinggi di Asia bertempat di Clarke Quay khusus untuk mereka yang ingin menguji adrenalin masing-masing.

Selain itu, Singapura juga menawarkan satu lagi tempat menarik, SkyHelix Sentosa iaitu lokasi untuk melihat panaroma secara terbuka yang pertama di negara terbabit.

Lokasi yang bakal dibuka tahun depan itu menawarkan pemandangan indah di Sentosa dan Southern Waterfront.

Pada masa STB tidak akan mengabaikan kawasan pelancongan lain dan akan menghidupkannya semula seperti pusat beli belah di Orchard Road, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keith Tan.

Katanya, pihak berkuasa amat menekankan tarikan berkonsepkan golongan muda yang dilihat lebih mampan dan berimpak rendah.

Lembaga pelancongan turut bekerjasama Persatuan Perniagaan Orchard Road untuk merancakkan semula hiasan sempena sambutan Krismas dan pelbagai acara di pusat beli belah akhir tahun ini.

Tan berkata, transformasi kawasan letak kereta terbuka Grange Road kepada ruang acara juga dijangka siap tahun depan.

Semua projek ini memberi nafas baru selepas melalui cabaran akibat Covid-19 tahun lalu. Inisiatif sedia ada juga bertujuan membantu memulihkan semula sektor pelancongan, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka mod.. Lama x nampak.. Sibuk meh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:14 PM | Show all posts
sarah82 replied at 8-4-2021 02:12 PM
Kaka mod.. Lama x nampak.. Sibuk meh?

baru tukau id tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 8-4-2021 02:14 PM
baru tukau id tu

Hahahaha.. X baik.. Iols percaya kaka mod ada satu saja ID..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:25 PM | Show all posts
Ok ler tu tak kan sebab covid19 tak nak buat apa2 pembaharuan untuk bidang pelancongan.  Kurang2 pelancong tempatan masih ada utk kunjungi tempat tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list