Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
279
View
2
Reply

[Tempatan] Serambi benar operasi Param dan terawih

 Close [Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 01:49 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi di negeri ini sepanjang Ramadan dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian mengikut lokasi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata operasi bazar Ramadan juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, penjual hanya dibenar melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.

"Kita mengingatkan perlu ada penjarakan sosial di bazar Ramadan dan paling penting, jumlah penjual dan pembeli perlu mengikut kapasiti tempat.
Disyorkan Untuk Anda

    Kelonggaran beroperasi diberi bersama tanggungjawab
    Kelantan Gerbang Makanan Sihat 2020 diperkenal hari ini
    Mohon permit polis sebelum buat majlis keramaian
    Harap pertimbang e-bazar Ramadan

"Peniaga dan pelanggan perlu memastikan penjarakan sentiasa dipatuhi dan memakai pelitup muka," katanya selepas Majlis Perasmian Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Sementara itu, beliau berkata, Kelantan juga membenarkan solat Tarawih menggunakan imam yang ada di negeri ini saja.

"Kita ada ramai imam tempatan hasil keluaran pengajian tahfiz, sains dan pembelajaran normal. Jadi pihak masjid boleh guna khidmat mereka memandangkan imam dari luar tidak dapat masuk kerana pintu sempadan masih ditutup.

"Program Madinah Ramadan kita juga menggunakan khidmat imam sedia ada dan hanya membenarkan 500 orang saja hadir pada satu-satu masa," katanya.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.yg penting jaga sop..tak merasa la tahun ni solat berimam dgn imam imam import
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list