Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2575
View
46
Reply

[Tempatan] Bukan taasub, Replika kayu berbentuk capal di ruang solat surau hanya hiasan

[Copy link]

Author: Punat_button    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-4-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode
'Bukan taasub, hanya hiasan cantikkan ruang'
NORMAWATI ADNAN | | 06 April 2021


Replika kayu berbentuk capal yang diletakkan di ruang solat surau Pondok Haji Shahruddin Al Mandili di Kampung Banggol Batu, Lenggong tidak ada kaitan dengan amalan taasub.

GERIK - [DIKEMAS KINI] Replika kayu berbentuk capal yang tular kerana diletakkan di ruang solat di sebuah surau madrasah di Lenggong, di sini tidak ada kaitan dengan amalan taasub.

Ia telah dipasang di sudut surau Pondok Haji Shahruddin Al Mandili di Kampung Banggol Batu, Lenggong sejak setahun lalu bagi tujuan hiasan kerana ruang berkenaan turut dijadikan studio bagi aktiviti ceramah dan kuliah.

Mudir madrasah, Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri berkata, replika itu dihasilkan sendiri olehnya yang memang berkemahiran dalam menukang dan diletakkan di ruang itu semata-mata sebagai latar belakang ketika ceramah.

"Ruang imam ini sudah dijadikan studio untuk ceramah agama sejak setahun lalu, kuliah Subuh dan Maghrib pula kita buat setiap hari dan ada disiarkan secara langsung di Facebook.

"Jadi saya sengaja letakkan replika kayu ini di sini untuk menggantikan hiasan lain, replika ini turut dihiasai dengan lampu tujuannya untuk mencantikkan ruang ketika ceramah.

"Itu sahaja, bukan digunakan untuk tujuan menyembah atau sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, setakat ini belum ada mana-mana arahan rasmi yang memintanya menurunkan replika berkenaan.


Ahmad Rozaini menunjukkan replika kayu berbentuk capal yang turut dihiasi lampu hijau bagi tujuan hiasan latar belakang setiap kali ketika ceramah.

Bagaimanapun, pihaknya sudah memberi penjelasan kepada Pejabat Mufti Perak berhubung isu itu pada Isnin.

"Mereka nampak berpuas hati dengan penjelasan yang saya berikan itu dan buat masa ini saya tak terima lagi arahan agar replika itu diturunkan," katanya.

Ahmad Rozaini menganggap isu tular itu sebagai satu hikmah kerana ramai pihak menghubunginya berhasrat untuk menempah replika sama sebagai hiasan.

"Saya alu-alukan jika ada yang berminat, sekurang-kurangnya hasil upah itu nanti boleh digunakan untuk menyiapkan proses naik taraf surau ini.

"Boleh juga beri keselesaan kepada penduduk sekitar yang datang untuk menunaikan solat atau mengikuti kuliah dan ceramah di sini," katanya.

Ahad lalu, tular di laman sosial sebuah madrasah di Perak menempatkan replika berbentuk capal pada hadapan mihrab iaitu sudut bahagian imam.

Hantaran tular itu telah mendapat reaksi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui ciapan balasnya di laman Twitter menyifatkan ia satu kesalahan dalam menzahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dalam masa sama, Pejabat Mufti Perak turut menjalankan siasatan bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan madrasah.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... san-cantikkan-ruang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-4-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hiasan apa benda kalau dah gedabak depan saf solat?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Taasub la tu.
Capal letak dikaki.....diguna untuk alas kaki,  pergi ke jamban dan sebagainya.
Kenapa diruang solat dan dewan mengaji kamu letak lakaran capal.
Kan lebih elok letak gambaran bunga tecoma.....ada juga faedahnya.
P/s Makin pelik aku dengan lobai tak tahu hujung pangkal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama sebijik dah..
Studio_20210407_170029.png
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 7-4-2021 04:57 PM
Taasub la tu.
Capal letak dikaki.....diguna untuk alas kaki,  pergi ke jamban dan sebagainya.
Ke ...

Entahnya... Alasan je cantikkn ruang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali tgk..mcm bentuk hantu yg terapung je..hahahaha..

apa ke bodoh bende yg diletak kt kaki dijadikan hiasan...no wonder la sesetengah penunggang agama dalam dunia ni ada yg menjadikan bentuk kote sebagai idol..

Kantoi le tuuu...pihak mesjid sampai nk nafikan macam2 psl bentuk capal kt ruang solat: mengaji...hahahahh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:13 PM | Show all posts
Asal usul penyembahan patung berhala macam ni la. Selepas zaman nabi Idris ada 5 orang yang amat dihormati. Kemudia mereka mati hampir serentak. Ada seorang yang mengusulkan mereka membuat patung yang mati tu sebagai menghormati mereka. Mula-mula memang hanya sekadar hormat dan melepaskan rindu. Lama-kelamaan masuk generasi kedua dan selepasnya mula la menyeleweng dengan cerita kehebatan patung tu. Pendek kata, lepas tu berlakulah penyembahan berhala yang pertama oleh manusia hinggalah kini.

Niat asal memang macam baik. Namun lama-lama syaitan akan cucuk....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak dah orang yg guna "capal Rasulullah" ni kat produk deme, macam tshirt, sticker, topi & kopiah, dah macam commercialized pun

paling tak tahan tengok deme promo produk2 ni siap cium lambang capal tu, ramai je retis & selebriti yg pakai/promo

sayang Rasulullah katanya, tapi cium2 corak capal.... nasib baik la zaman Nabi dulu takde kamera & 1 potret pun takde, kalau tak tu entah camner la deme2 ni puja & cium2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:18 PM | Show all posts
setuju pandangan dalam thread ni syg rasulullah ikut sunnah rasulullah s.a.w. patuh apa rasullullah s.a.w. bawakan ajaran islam.

paling mudah selawat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-4-2021 05:01 PM
Sama sebijik dah..

itu la yg iols dok perasan...mcm bentuk hantu pacman..

ni semua pentaksub laa...jenis2 "hollier than thou"...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:28 PM | Show all posts
Aku pun nampak mcm hantu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2021 05:31 PM | Show all posts
Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian
| | 06 April 2021

Isu simbol capal yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau dipercayai di sebuah surau madrasah di Lenggong itu tular di media sosial baru-baru ini sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

IPOH - Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke suatu ruang yang lebih munasabah dan bersesuaian.

Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNP) dalam satu kenyataan berkata, pihak surau atau madrasah berkenaan perlu peka dengan persekitaran semasa dan telahan masyarakat awam dengan menutup pintu-pintu fitnah serta menolak perkara yang boleh membawa kepada unsur pemujaan.

Ini bersesuaian dengan konsep sad alzariah dengan maksud menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.

Dalam masa yang sama, netizen dan orang ramai dinasihatkan agar menjauhi perbuatan melabel sesuatu pihak dengan label yang melampau seperti kafir, fasik dan sebagainya tanpa melakukan proses tabayyun terlebih dahulu, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati simbol itu diletakkan di bahagian mihrab setahun yang lalu dan perbuatan itu diakui pihak pengurusan madrasah atau surau berkenaan sebagai hanya sekadar untuk hiasan.

JMNP setelah meneliti dengan penuh hemat dan saksama bahawa hasrat mereka yang terlibat adalah untuk menzahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Namun, perbuatan ini telah menimbulkan pelbagai andaian sehingga pernyataan yang tidak wajar terhadap urusan agama yang suci ini, katanya.

Menurut kenyataan itu, isu capal berkenaan mempunyai kaitan dengan tabarruk iaitu mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW.

Hukum tabarruk dengan kesan-kesan Nabi memang dibolehkan dalam Islam berdasarkan hadis-hadis yang sahih, tetapi ia adalah kesan langsung daripada peninggalan Nabi seperti capal, bekas minuman, rambut Nabi dan sebagainya, adapun replika ia bukan lagi disebut athar al-nabiy.

Kecintaan kepada Nabi dan insan yang soleh di sisi ALLAH boleh dizahirkan dengan pelbagai cara dan pendekatan yang sewajarnya dan hendaklah menjauhi daripada membuka ruang kepada perkara yang boleh membawa kepada bidah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang jauh daripada ajaran syarak, katanya.

Isu simbol capal yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau dipercayai di sebuah surau madrasah di Lenggong itu tular di media sosial baru-baru ini sehingga mengundang pelbagai spekulasi. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... e-ruang-bersesuaian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 7-4-2021 05:03 PM
Entahnya... Alasan je cantikkn ruang

When stupid people jadi orang yg ultras agama.....ikut pendapat kepala hotak dia je. No substance
Di Iran...... Syiah makan taik Ayatollah.
Ni semua jalan ke neraka
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 7-4-2021 05:27 PM
itu la yg iols dok perasan...mcm bentuk hantu pacman..

ni semua pentaksub laa...jenis2 "hollier ...


Letak betul2 ngadap imam camtu,time solat dah mcm sembah figura hantu tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:18 AM | Show all posts
amboi

kalo buat bentuk & kaler macam selipar muslim friendly tu boleh tak?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:22 AM | Show all posts
wow! ada jugak dalilnya

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla diturunkan replika kayu tersebut.
Bagusla kalo takde niat apa2 atau taksub
kpd sesuatu benda.

Asal mula2 mmg tiada apa2, mungkin ada
orang2 yg melihat dgn berbagai perspektif
ie. macam hantu ada mata, takde macam capal pong macam kepala bungkus kain pong ada.

Elokla replika tersebut diturunkan supaya
tidak menjadi Fitnah.

Jangan terikut agama amalan Paganism segala macam simbol digantung, segala patung2 penuh di tempat ibadat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:26 AM | Show all posts
Makin menjadi2 puak2 ni menyembah capal. Tangkal bentuk capal pon dah wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:29 AM | Show all posts

Sebijik sejibun sis! Bak kata senah, gi sembah berhala kat batu caves!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list