|
Hina Agong, pemandu e-hailing didenda lagi
https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... iling-didenda-lagi/
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
7 April 2021, 3:05 pm

Sufazrin Amin keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas selesai membayar denda.
KUALA LUMPUR C Seorang pemandu e-hailing yang sebelum ini didenda RM16,000 kerana membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tahun lalu, didenda lagi RM7,000 atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Sufazrin Amin Ismail, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. OKS membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil Fazr Ismail.
Hantaran dibuat di antara pukul 1.55 petang pada 6 Januari 2020 yang kemudian dibaca pada 8 Januari 2020 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini,
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Terdahulu Sufazrin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan termasuk mengakui menyesal dengan apa yang telah dilakukan.
Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia..saya insaf dan kesal serta berjanji tidak mengulangi kesalahan sama, katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran terhadap OKS.
Meskipun bebas bersuara tetapi institusi Raja di negera ini harus dihormati, kata Noor Dayana.
Pada Ogos tahun lalu, Sufazrin pernah didenda RM16,000 oleh mahkamah sama kerana membuat empat hantaran komunikasi menghina Yang di-Pertuan Agong. -K!ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
so far belum jumpa lagi yang komen hina2 macam ni yang helok yah. kalau tak B40, mesti set2 jelita macam OKS nih |
|
|
|
|
|
Sufazrin...hinalah diri kamu sendiri dulu....
|
|
|
|
|
|
cashlah...penat2 bwk ehailing hujung2 byr denda...akak harap adik ni ikat perut kerana dah kehabisan uang lalu bdn yg gundu semakin slim harap2nya |
|
|
|
|
|
masuk penjara dpt makan free kan.. tempat tinggal free |
|
|
|
|
|
byk duit dia asyik nak membayar denda
bodoh jerk habiskan duit mcam tu |
|
|
|
|
|
apasal pulak denda kesalahan sama kali kedua lagi rendah daripada kesalahan pertama? nampak sangat tak insaf walaupun OKS kata dah insaf... denda maksimum 50k, patut tekan je la sampai 30k |
|
|
|
|
|
Takde rupa mcm kerana mulut badan binasa pun
Perut tetap bolat
Wallet je la yg rabak ni |
|
|
|
|
|
Laa ingat ke kaum lain yg buat perkara ini, rupanya org melayu sendiri. Ramai jah org melayu sebegini yg buat fake akaun bangsa lain utk timbulkan isu perkauman. |
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 8-4-2021 03:28 PM
Laa ingat ke kaum lain yg buat perkara ini, rupanya org melayu sendiri. Ramai jah org melayu sebegin ...
Sama la bangsa suci dan koliang dalam ni, multinick guna nama melayu, bagi salam, tapi hati rentung.. |
|
|
|
|
|
|