Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
269
View
0
Reply

LG akan tutup perniagaan telefon bimbit

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-4-2021 09:20 AM | Show all posts |Read mode
LG akan tutup perniagaan telefon bimbit


Bahagian telefon bimbit LG mencatat kerugian bertahun-tahun sebelum ditutup. - Terry Scmitt/UPI


SEOUL-Syarikat elektronik Korea Selatan, LG mengumumkan akan  menutup perniagaan telefon bimbit miliknya selepas mencatat kerugian selama bertahun-tahun, lapor United Press International (UPI).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan selepas semua pengarah urusan bersetuju untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon bimbit.

Keputusan strategik LG untuk menarik diri daripada  sektor telefon bimbit yang cukup sengit adalah bagi membolehkan syarikat fokus kepada sektor pertumbuhan lain termasuk komponen kenderaan elektrik, rumah pintar, robotik dan kecerdasan buatan (AI), tulis kenyataan itu.

LG berkata, pihaknya akan terus menjual stok telefon bimbit yang masih ada serta memberikan servis berbentuk sokongan dan kemas kini untuk satu tempoh bergantung kepada kawasan.

LG yang mula memasuki industri telefon bimbit lebih dua dekad lalu adalah pembuat telefon bimbit ketiga paling popular di dunia sehingga 2008, setahun sebelum pasaran bertukar sepenuhnya selepas kemunculan iPhone, lapor akhbar tempatan, Korea Herald.

Penjualan telefon bimbit LG bagaimanapun mengalami penurunan pada 2015 yang juga merupakan tahun terakhir ia mencatat keuntungan, lapor agensi berita Yonhap News.

Syarikat itu menjangka  penutupan perniagaan telefon bimbitnya akan selesai sebelum 31 Julai depan. -Agensi


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list