Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
21286
View
200
Reply

[Jenayah] Bomoh di Kuantan mati ditembak disyaki bermotifkan dendam [dua individu ditahan pg.9]

[Copy link]

Author: Punat_button       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-4-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Punat_button at 7-4-2021 05:20 PM

Pengamal perubatan tradisional mati ditembak
Asrol Awang
am@hmetro.com.my

image.png
PENGAMAL perubatan tradisional maut akibat ditembak beberapa das di Perumahan Bukit Rangin Perdana. FOTO ihsan pembaca

Kuantan: Dendam dipercayai motif pembunuhan pengamal perubatan yang ditembak di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berlaku kejadian seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering pada jam 11 malam.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

"Ketika kejadian, mangsa berseorangan kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.

"Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.

"Mangsa yang sudah berkahwin baru saja mendapat anak lelaki. Mangsa tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

"Isteri mangsa kini sedang berpantang di rumah ibu mentua di Pekan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan disyaki bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Disiarkan pada: April 5, 2021 @ 7:32pm


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-4-2021 10:35 PM | Show all posts
'Tak sangka adik ditembak'
Asrol Awang
am@hmetro.com.my

image.png
IBU mangsa, Norhan Adam, 60, ditenangkan ahli keluarga. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Keluarga pengamal perubatan tradisional yang ditembak di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam, tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

Abang mangsa, Mohammad Redzuan Nasri, 37, berkata, pada hari kejadian, dia hanya lalu di depan rumah berkenaan.

Katanya, kali terakhir berjumpa arwah ialah tiga hari lalu tetapi mereka tidak bertegur sapa dan tiada sebarang perubahan yang dilihat.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila dimaklumkan adik meninggal dunia di rumah dan sememangnya ahli keluarga tidak sangka kejadian ini berlaku kepada arwah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian semalam, dendam dipercayai motif pembunuhan Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, yang juga pengamal perubatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering pada jam 11 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

"Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.

"Hasil siasatan disyaki bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Berita berkaitan

• Pengamal perubatan tradisional mati ditembak

Disiarkan pada: April 5, 2021 @ 8:51pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk komen2 kat Facebook tadi. Ada yg share page Facebook arwah ni. Baru semlm buat live.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya arwah Tok Moh ni..btw ksian bini tgah berpantang lak tu..Iollss doakn yg baik2 je untuk bini dia sbb takut kemurungan sampai meroyan lak t..hmm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2021 11:11 PM | Show all posts
Knowlee replied at 5-4-2021 10:54 PM
Tgk komen2 kat Facebook tadi. Ada yg share page Facebook arwah ni. Baru semlm buat live.

fb kata apa?


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 5-4-2021 11:11 PM
fb kata apa?

Majoriti taknak ckp lebih, just ckp takziah je la. Ada terbaca sorg ni tulis dlm loghat Kelantan, dia padankan muka arwah ni sbb kuat menipu...

Arwah ni dok promote Bani Tamim ke apa entah. I bukannya reti benda2 gini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya tergolek kena tembak camtu..
Siap pakai bju melayu kuning sepasang haa
Siapa je la yg rajin pergi pada bomoh2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.facebook.com/Pemuda-Bani-Tamim-Tanah-Melayu-104834348332741/

Ni link Facebook tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2021 11:45 PM | Show all posts
Edited by Punat_button at 5-4-2021 11:49 PM



Pawang diraja Asma Wali
Totok saraf ketuanan melayu


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ok je. Siangnya dia niaga ikan. Mlm jd tok bomoh. Niaga pun ok je. X kedekut. Abgnya nege jugak area yg sme. Bab jd bomoh,aku xtau la. Itu atr dia ngan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk fb dia mmg pelik cara berubat.. Pakai baju melayu kuning zaman dulu.. Dgn keris tongkat bagai siap buat live time berubat org.. Mcm ikut ajaran x lurus je
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bomoh ler ni..siap kain kuning la merah la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya dah jadi bomoh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ilmu putih ni.. tgk mcm hitam je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ye? Org frust minyak pengasih pikat neelofa tak menjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk jgk dia live kt fb..scary la tgk ngan baju kuning..mcm pelik jer..tetah pembunuh tu tgk dia live kan..pastu p bunuh..scaryyy
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke dia ni dari terapi kun, rawat saraf. Tp over do sampai bawa watak tah hape2
Ada org share gambo dia rawat seluk dlm kain pompuan. Pesakit pompuan pakai telekung siap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dia pergi dalam iman...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-4-2021 12:40 AM
tgk jgk dia live kt fb..scary la tgk ngan baju kuning..mcm pelik jer..tetah pembunuh tu tgk dia live ...

Mungkin Ada buat ilmu2 santau ke?

Org marah tembak terus
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 6-4-2021 02:00 AM

Sebab tu nak buat rawatan macam urut segala ni Tak leh buat Kat rumah...pergi la sewa Premis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list