CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 968|Reply: 0

SHAH Iskandar sudah 'cuci tangan' terhadap dunia permotoran.

[Copy link]
Post time 5-4-2021 07:13 AM | Show all posts |Read mode
SHAH Iskandar sudah 'cuci tangan' terhadap dunia permotoran.



Gambar google



Kuala Lumpur: Pelakon Shah Iskandar mengakui berhabis hampir RM1 juta semata-mata memenuhi hobi mengubahsuai kereta dan motosikal.

Shah berkata, minat terhadap dunia permotoran itu lenyap selepas menjadi semakin matang dan mempunyai komitmen terhadap anak dan isteri.

"Masa berada di puncak populariti dan masih bujang saya memang tak fikir apa-apa. Duit yang saya dapat saya habiskan untuk mengubahsuai kereta dan motorsikal.

"Ketika itu saya ada enam kereta dan motosikal dan nilai pengubahsuaian mencecah RM1 juta jika dihitung kos keseluruhan ketika itu.

"Tapi sekarang semuanya sudah tiada. Selepas dikurniakan anak sulung tahun lalu saya akui semakin matang dan perlu fikir komitmen terhadap keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat pembukaan ruang acara, Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor di Damansara Perdana, kelmarin.

Menurut Shah, dia kini hanya mempunyai dua kereta dan motosikal sebagai koleksi peribadi.

"Saya dah 'cuci tangan'. Saya harus jujur dengan diri sendiri bahawa zaman kegemilangan sudah berubah.

"Malah jika difikir kembali sejauh mana saya mampu pergi dalam bidang lakonan. Jadi saya perlu lebih fokus untuk masa depan keluarga saya.

"Alhamdulillah, saya kini sedang mengusahakan ruang acara, Stesen Seni yang terletak di Damansara Perdana.

"Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang acara dan menjamu selera boleh datang ke Stesen Seni," katanya.


Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075247 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list