Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
440
View
1
Reply

[Sarawak] Covid 19 03/04/2021

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-4-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 290 kes positif baharu, satu kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 290 kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini dengan satu kematian dilaporkan di Bintulu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 86 kes diikuti Bintulu (81), Miri (36), Sibu (22) dan Samarahan (7).




Manakala lain-lain kes dikesan di Kapit (6), Subis (6), Julau (5), Bukit Mabong (4), Meradong (3), Marudi (3), Sarikei (2), Selangau (2), Sri Aman (2), Tebedu (2), Tanjung Manis, Tatau dan Belaga masing-masing satu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 17,135 kes manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 113 orang.
Daripada 290 kes baharu yang dilaporkan, 156 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
Manakala 104 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada, 20 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 8 kes lain-lain saringan dan masing-masing satu kes melibatkan individu balik dari Papua New Guinea dan dari negeri lain di Malaysia, katanya.





Mengenai kes kematian ke-113 yang dilaporkan hari ini, ia melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu.
Kes disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2021 dan ujian rt-PCR yang diambil pada 30 Mac didapati positif pada 2 April 2021.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 226 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Miri (48), Hospital Bintulu (48), Hospital Sibu (39), PKRC Serian (32), Hospital Umum Sarawak (25), Hospital Sarikei (21), PKRC Hospital Kapit (12) dan PKRC Mukah (1).
Ini menjadikan jumlah kes yang telah pulih meningkat kepada 14,244 orang atau 83.13 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,721 orang.
Mengenai kes orang disyaki (PUI), hari ini terdapat 290 PUI baru dilaporkan dengan satu PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.
Manakala seramai 276 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel bagi menjalani kuarantin.

kredit : utusan borneo 03/04/2021





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 3-4-2021 07:15 PM | Show all posts
Kluster Kampung Binyu diisytihar di Kuching libatkan majlis perkahwinan

KUCHING: Kluster Kampung Binyu diisytihar di daerah Kuching hari ini yang dikesan melibatkan majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Jalan Tanjung Bako di sini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kluster ini dikesan apabila tiga individu bergejala yang menjalani saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan di Kuching dan Bintulu didapati positif pada 30 Mac 2021.

Hasil siasatan katanya mendapati kes-kes ini mempunyai sejarah menghadiri majlis perkahwinan di kampung tersebut.

Hasil pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas semua kontak rapat, ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes-kes ini, tambahan 65 kes positif COVID-19 telah dikesan.

Sejumlah 231 individu telah disaring di mana 68 kes telah disahkan positif termasuk kes indeks, 163 kes negatif saringan pertama dan tiada kes menunggu keputusan makmal, katanya.


Kesemua 68 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Umum Sarawak atau di PKRC Kuching dan Hospital Bintulu.

Kontak-kontak rapat kes-kes positif ini pula telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan dan saringan COVID-19.

Keseluruhannya sebanyak 37 kluster jangkitan COVID-19 masih aktif dengan 14 kluster melaporkan penambahan kes manakala 23 kluster tidak ada penambahan kes.

Dalam pada itu daerah Belaga telah bertukar ke status Kuning daripada Hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada 19 daerah manakala daerah Bukit Mabong bertukar status Jingga kepada Kuning setelah merekodkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari ini.

Semua 19 daerah berstatus Kuning ialah Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Matu, Pakan, Marudi, Subis, Tebedu, Bau, Mukah, Selangau, Limbang, Telang Usan, Saratok dan Sebauh.

Tiga daerah iaitu Sri Aman, Sarikei dan Kanowit berstatus Jingga manakala 10 daerah iaitu Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Subis kekal berstatus Merah.

Lapan lagi daerah iaitu Dalat, Lundu, Pusa, Asajaya, Lawas, Simunjan, Daro dan Kabong kekal berstatus Hijau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list