CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 0

Henti Amalan 'Nasionalisme Vaksin', Negara Kaya Digesa Kongsi Vaksin

[Copy link]
Post time 2-4-2021 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru negara-negara kaya menghentikan amalan "nasionalisme vaksin" sebaliknya berkongsi vaksin Covid-19 melalui kemudahan COVAX, lapor Sputnik.


Pengarah Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban berkata, penting untuk menangani visu agihan vaksin secara menyeluruh kerana melindungi negara berpendapatan tinggi sahaja tidak akan mengembalikan keadaan kepada normal.




Kredit foto: UNICEF




"Kami mendesak negara-negara kaya agar pertimbang untuk berkongsi dos mereka dengan seluruh dunia melalui kemudahan COVAX.


“Kami meminta sektor swasta tampil dan bekerjasama dengan COVAX untuk membantu meningkatkan penghantaran dan pengedaran vaksin yang adil,” katanya pada sidang media EMRO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.


UNICEF juga menyeru pengeluar vaksin untuk melesenkan, melakukan sub-kontrak dan berkongsi teknologi dan pengetahuan dengan rakan pembuat vaksin - tanpa mengira had atau sekatan geografi - bertujuan meningkatkan skala bekalan dengan segera.


“Semua halangan untuk pengembangan kapasiti harus dihentikan termasuk halangan Hak Harta Intelek,” katanya.


UNICEF telah mengagihkan lebih tiga juta dos vaksin ke sepuluh negara di Timur Tengah dan Afrika Utara menerusi kemudahan COVAX, dengan penghantaran terbaharu ke Yaman dan Mesir pada Khamis.WHO telah menetapkan matlamat untuk memulakan vaksinasi di semua negara dalam 100 hari pertama tahun ini.


Setakat ini 36 negara belum memulakan vaksinasi, 16 daripadanya akan menerima kumpulan pertama melalui mekanisme COVAX dalam masa dua minggu lagi.


Secara keseluruhan, 177 negara telah memulakan kempen vaksinasi dan COVAX telah mengedarkan lebih 32 juta vaksin ke 61 negara.




Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.582397 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list